Showing posts with label aYaM. Show all posts
Showing posts with label aYaM. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Rosemary Ciken










Assalamualaikum...





Haluuu...





Arini mood rajin cikit, nak share resepi ciken. Asal dessert je kan, x kan buat dessert je ari²? haaa da tuan blog manis orangnya so dessert is the best word to describe how sweet she is..kehkehkeh aipppp² konsep hidup I skrg yang aman² je so jgn buat muka annoying ekh.

Macam biasa nak masak ciken ni sangat la senag sebab main campak² je yg penting watak utama dia ciken & heroin dia rosemary. Rosemary ni sangat best bila digandingkan dengan ciken ni,nak letak masa grill dgn salmon pun no hal tapi klau dengan ciken lagiiiiiii la sedap.







Bahan - Bahan :


500g Ayam ,pakai boneless sbb senang nak makan =) 
2 ulas Bawang Putih (cincang)
1sk Serbuk Jintang Manis
1sk Serbuk Jintang Putih
sedikit Garam
sedikit Serbuk kunyit
Black Paper
Rosemary
Carrot
Kentan






Cara - Cara :


1.     Cuci ayam & toskan, Masukkan semua bahan kecuali kentang dan carrot kemudian perap selama 1 jam atau lebih, kalau nak sedap semalaman.

2.     Buang kulit kentang dan carrot kemudian potong mengikut kesukaan masing². Aku lagi prefer besar² sebab nanti x kering sangat bila da masak.

3.      Gaul carrot dan kentang bersama ayam yang telah kita perap tadi then wrapkan dengan aluminium foil macam gambar bawah ni.



4.     Kemudian grill ayam pada suhu 200 celcius selama 30 minit. Gambar bawah ni rupa bila da grill selama 30 minit.Bila da 30 minit buka wrap dia sedikit kemudian bakar lagi 30 minit atau lagi tepat orang panggil broil.


Tujuan wrapkan dulu dengan aluminum foil ni supaya :

1. isi ciken tidak kering semasa di masak.
2. tak yah nak sental² tray semasa mencuci...=)



Tingggg!!!






Siappp...











Senang kan...




Bye²...

Monday, August 31, 2015

Pasta Gratin






Assalamualaikum...





Haluuu...




Jum tambah lemak dalam badan..hehe sape yg suka makan cheese mesti suka gratin ni. Gratin lebih kurang macam lasagna la tapi xde lapis². Untuk gratin kali ni aku guna pasta yang bentuk shell tu sebab bentuk dia comel, sebab tu je ke? yeaaaaa..sebab dia comel.. 

Makan gratin ni masa hujan..perghhh sedap.




Bahan - Bahan:


Untuk Inti 

1 cup Pasta (direbus & ditoskan)
1 cup Isi Ayam
1 ulas Bwg Putih - (hiris halus)
3 ulas Bwg Merah- (hiris halus)
1/2 sb Serbuk Blackpaper
1 sb Butter
sedikit Garam
Cendawan secukupnya
sedikit Serbuk Basil (option)

Untuk White Sauce

500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam





Cara - Cara :


1.   Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam tu masak.

2.   Masukkan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk blackpaper. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. Gaul sehingga sebati kemudian tabur serbuk basil. Kalau xde pun xpe, aku letak sebab nak eksyen ada serbuk basil..heheheheh da siap masak boleh tutup api dan ketepikan.

3.   Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.

4.     Sediakan bekas kaca gratin atau apa² bekas tahan panas, masukkan inti kkemudian surahkan white sauce. Last tabur cheese.

5.     Bakar 10 - 20 minit pada suhu 200 celcius. Ciap & best makan tyme dia panas².













Bye²...


Monday, April 13, 2015

Ciken Lasagna Yang Simple










Assalamualaikum...






Haluuu...





Da lama x update blog ni...hehe sebab iols bz cikit. Dengan ini aq nk mengumumkan bahawa aq x suke winter...heeee kunun mcm suspen je en pengumuman. Serius uh, sejuk sgt x elok untuk badan kite, selalu kena selsema. Ye la bukan omputih en, lahir² kt Malaysia.

Btw sekarang ni da spring kt cini, Sakura da berbunga, canteekkkk. Even da spring tapi udara still sejuk lagi tapi much better dari winter aritu. Sejuk² ni dapat makan bde yg panas² mesti best kan. Jum tengok resepi lasagna ni.






Bahan - Bahan :

Kepingan lasagna secukupnya
cheese untuk ditabur

Inti Lasagna

500g ayam kisar
1 ulas bwg putih - (hiris halus)
3 ulas bwg merah- (hiris halus)
sedikit garam
cendawan butang secukupnya
1 tin diced tomato (pakai prego pun boleh)
serbuk oregano

White Sauce

500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam





Cara - Cara:


1.   Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam kisar. Kacau sehingga ayam tu masak.

2.   Masukkan 1 tin tomato dan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk oregano. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian ketepikan.

3.   Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.

4.   Rebus kepingan lasagna dengan 1sk minyak sehingga lembut dan toskan.

5.   Letak kepingan lasagna di dalam loyang atau apa² bekas yang bleh dimasukkan ke dalam oven. kemudian masukkan inti ayam yang telah kite masak tadi, tabur sedikit cheese ke atas inti ayam then lapiskan dengan kepingan lasagna. Diikuti dengan white sauce kemudian kepingan lasagna lagi. Buat la sampai habis. Last sekali, Kat permukaan lasagna tu tabur cheese ikot selesa awk² semua.

6.   Bakar dalam oven selama 30-45 minit pada suhu 175 Celsius.




Ciappp...







Bye²...

Sunday, January 11, 2015

Penne Bakar






Assalamualaikum...






Haluuu...





Harini jum masak pasta, penne ni macam makaroni gak tapi bentuk die mcm straw tapi panjang die dalam 1 inci je. Kalau x nak pkai penne, pkai makaroni pun boleh. Jangan guna spaghetti dah la sebab nanti rasa die padat sangat. Ni la penne,






Resepi ni dari ma kite, senang je nak buat. Boleh bakar dalam oven atau pakai pemanggang ajaib je. Kalau pakai pemanggang ajaib kna pusing² sebab nak die masak sekata, oven plak tekan then tunggu bunyi tingg...hehe





Bahan - Bahan :

1 cwn penne yang telah direbus
200g isi ayam (rebus dan dicarik²)
1/2 cawan bawang goreng
5 biji telur
1sb serbuk kari
4sb sos tomato
1sb butter
garam
gula
white paper
daun sup (xde so pakai daun bawang)





Cara - Cara :

1.     Gaulkan semua bahan sehingga rata.

2.     Panaskan pemanggang ajaib kemudian masukkan sebatian tadi kedalam pemanggang.





3.     Bakar penne selama 10 minit setiap bahagian atau sehingga masak.


Ciappp...








Makan dengan sos cili lagi umhhhhh....ngee








Bye²...

Friday, January 2, 2015

Grilled Ciken Chop wif Black paper Souce






Assalamualaikum...





Haluuu...





Yeayyy makan ciken lagi...hehe sape x suke makan ciken rugi woo, resepi grilled ciken ni sama je dgn yg entry lepas. Kalau nak resepi grilled ciken chop ni ade kt sini . Kali ni try buat Black paper source plak. Makan dengan black paper baru rasa hangat² sikit badan. Sesuai la buat masa sekarang, Osaka skarang tengah winter, tadi nampak salji halus, mcm ais ABC . Excited tengok salji...hehe 1st tyme tengok kannn..

Black paper source ni amik resepi kat kongsi resepi dari HomeKreation. Best, x yah nak beli yang kt kedai tu sebab yg kt kedai tu xde rasa cinta..hehe yg masak sendiri ni penuh dengan rasa cinta tau..ngeee da start merepek.



Bahan - Bahan :

2sb Olive Oil
2 ulas Bawang putih - cincang
½ biji Bawang Besar - cincang
2sb Butter
2sb Tepung Gandum
125ml Susu Segar + 125 ml Air
1 Kiub Ayam
2sb Lada Hitam - di kisar kasar
1sb Kicap Pekat
Garam



Cara - Cara :

1.     Panaskan olive oil kemudian tumis bwg putih sehingga wangi. Masukkan bwg besar dan goreng sehingga keperangan sedikit. Blend sehingga menjadi pes.

2.     Panaskan butter, masukkan tepung & kacau cepat sehingga sebati. Masukkan susu perlahan2 sambil di kacau sehingga licin. Bila mendidih, masukkan kiub ayam, pes bwg goreng tadi, lada, kicap dan garam. Masak mengikut kepekatan yg kite suke, campurkan air jika perlu.

3.     Hidangkan dgn grilled ciken atau stik daging.


Ciappp...









Makan sambil tengok cite Detective Conan.




Bye²...

Wednesday, December 17, 2014

Satay Ayam Perantauan






Assalamualaikum...







Haluuu...






Ni favorite tyme raya. Biasa kalau raya kteorg buat satay sendiri baru puas hati, letak ciken besar² pastu makan sambil tengok cite, masa raya en cite best² kat tv. Ni resepi ma kite, simple tapi sedap sangat². Da duk jepun ni sibuk nak makan satay pulak. So kite bakar satay dalam pemanggang ajaib, da name ajaib kan, sume boleh buat...teheeee



Bahan - Bahan :

2 keping Ayam boneless (dalam 500g)
2 ulas Bawang Putih 
10 bijik Bawang Merah
2 hiris Halia
2 hiris Lengkuas
2 batang Serai
Kunyit
Gula
Secubit Garam

*biasa satay mesti manis cikit rasa die so kalau tak nak letak garam pun boleh.



Cara - Cara :

1.     Potong ayam kecik² (mcm bentuk cube) jangan kecik sangat nanti lepas bakar tinggal lidi je.

2.     Kisar semua bahan² di atas kecuali ayam.

3.     Perap isi ayam yang dipotong tadi dengan bahan² yang kite kisar tadi selama 1 jam dalam peti sejuk.

4.     Lepas da sejam, keluarkan ayam dan boleh cucuk isi ayam dengan lidi.




(Make sure pakai glove masa cucuk tu sebab tak nak tangan jadi colour kuning nanti tak santik da tangan. Kalau tak nak pakai glove pun xpe, nanti bila borak dgn mak cik sbelah umah tu sila aktifkan tangan.So nanti die mesti tanya tangan tu kenapa? ckp la buat satay. Pergh~ nagis mak cik tu sebab buat satay kt Jepun. Kalau yg tak kawin lagi tu, naik saham uhhh..Nanti bleh jadi menantu mak cik yg nagis tu sebab pandai buat satay...hehe)

5.     Masa cucuk satay ni kena betul² pastikan lidi tak terkeluar sebab kalau terkeluar nanti terbakar lidi patah satay kite.

6.     Da siap cucuk bleh masukkan dalam freezer bag then biarkan semalaman dalam peti sejuk.

7.     Bakar satay sehingga masak. Sambil² tu renjis² dengan minyak pakai batang serai.









Ciappp...








Untuk kuah kacang plak biasanya ma buat sendiri gak tapi aq guna kuah satay ni je.....











Tadaaaa....











hehe pemalas btol kurang rajin betol. Dah nama perantauan mesti la nak semua senang kan. Nasi impit plak rebus yang Nona je..heheheheheh best².










Bye²...


















Saturday, November 22, 2014

Grilled Ciken Chop






Assalamualaikum...





Haluuu...






Sape suka makan ciken akat tangan...hehe Kalau kat rumah ma suka buat ciken chop, die punya ciken chop besar woo, tebal plak tu, pkai ayam fresh...sedapppp. So kat jepun ni ayam halal yg frozen je la kite guna, tak kan nak bela ayam kt balcony kan, beku ayam² tu kat luar nanti sebab sejuk sangat.

Kalau ikot tekak ni, lagi suka chiken chop yg grill dari yg goreng salut bread crumb tu. Ni rajin nak buat grill sebab bleh pkai pemanggang ajaib je, senang dan cepat..opsss bukan nak jual pemanggang ajaib tau, sekadar pendapat.

Jum buat grilled ciken chop.








Bahan - Bahan :

3 paha ayam boneless *
1 sb serbuk lada hitam *
3sb sos tiram *
1sb serbuk lada *
1sb kicap manis *
1sb lemon juice *
 halia - dicincang halus *
1sb madu *
sedikit garam *

* Gaulkan semua bahan diatas dan perap ayam dalam peti sejuk semalaman


Bahan untuk gravy :

1/2 biji bwg Besar Holland
1sb Butter
2sb Tepung Jagung
750ml Air
1sb Sos Tiram
1sb Kicap Manis
1sb Sos Tomato
1sb serbuk Black Paper
1/2 kiub ayam
secubit garam







Cara - Cara :


1.   Untuk ayam yang telah diperap tadi, kite grill dalam pemanggang ajaib. Letakkan sedikit minyak olive oil dan panggang ayam hingga masak. 

2.   Panaskan butter kemudian tumis bawang sehingga layu.

3.   Masukkan air, sos tiram, kicap sos tomato, black paper, kiub ayam dan sedikit garam kemudian kacau sebati.

4.   Bila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

5.     Biarkan gravy mendidih dan memekat. Bila gravy da pekat boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan ayam tadi.

6.   Boleh makan dengan coleslaw dan fries.









Gravy x sempat nak pekat sangat sebab da x sabar nak makan...hehehe






Bye²

Wednesday, November 12, 2014

Ciken Nugget






Assalamualaikum...






Haluuu...






Aishh... kalau kt Malaysia xdenya rasa nak makan macam² bila da kt jepun ni sume bende nak makan..hehe gumuk la gini. Aritu da buat popcorn ciken harini nak buat nugget plak. Cara beh kurang je dari popcorn ciken tu. Kalau nugget buat sdiri ni rasa daging ayam die ag juicy sebab fresh kan, nugget dalam paket yg kite bese beli tu da lama deorg buat.

Resepi ni boleh dapat dalam 25-30 ketul nugget, bleh frozenkan yg selebihnya t snng cikit, tinggal goreng je bila nak makan tambah² tuk breakfast kan. Bgun pagi² goreng nugget then buat air teh susu panas. Uishh heaven...






Bahan - Bahan :

500g Ayam boneless
1 cawan Bread Crumb
150 Taufu Lembut
Garam
Gula
1sb serbuk Blackpaper
1sb serbukWhitepaper

* 1sb serbuk jintang manis
*1sb serbuk jintang putih
*1sb serbuk kayu manis

*option, kalau xde pun xpe, still sedap gak sebab ciken kannnn..

Telur & Bread Crumb secukupnaya untuk coating.






Cara - Cara :

1.     Buang kulit dan lemak pada isi ayam kemudian potong kecik² then kisar isi ayam dengan menggunakan food processor. 

2.   Gaulkan isi ayam yang telah dikisar dengan garam, gula, blackpaper, whitepaper dan apa² serbuk yang disukai.

3.   Kemudian masukkan taufu dan gaul hingga sebati. Taufu ni x rasa sangat bila nugget da ciap goreng tapi isi nugget akan rasa lebih lembut dan juicy.

4.   Gaulkan isi ayam tadi dengan 1 cawan bread crumb plak.

5.  Bentukkan nugget kite, suka ati nak buat bentuk ape.

6.   Pukul telur dalam bowl sekejap. Celup nugget tadi kedalam telur kemudian golekkan ke dalam bread crumb.
( nugget - telur - bread crumb)

7.   Goreng nugget sehingga warna kekuningan dan toskan minyak nugget dengan kitchen paper.


Ciappp...






Lagi cantik bila pakai bread crumb yg colour oren tu. aq guna yg colour putih je sebab x jumpa yg colour oren...kasi pic lagi dekat cikitttt..




Makan tyme nugget panas² dengan sos kegemaran....sedapppp



Sos tomato...nyum² ape, x rock makan sos tomato? sos tomato boleh buat kulit cantik tauuuuuu....hehehehehehehe ayat nak cover sbb x suke sangat makan pedas







Bye²

Thursday, October 30, 2014

Popcorn Ciken






Assalamualaikum...





Haluuu...





Moning sume. Breakfast  hari ni kite makan ciken, awak² sume makan ape? Jangan skip breakfast ea. So resepi harini favorite setiap peringkat umur dari budak kecik sampai warga emas, nape bukan dari baby ag? sbb baby xleh makan ciken ag. Popcorn ciken ni start famous tyme kepci launch dulu ase²nya. Tyme tu kite skolah rendah, on tv je nampak iklan popcorn ciken ni pas2 lapar, pas2 ajak abah g beli..hehe

 Lagipun die mudah nak makan, bite size kan skali ngap je. Kite gune ayam boneless bahagian paha sbb kite suke makan peha ayam...heeee Boleh guna tepung kepci yg da ciap jual kt kedai tu, kalau xde boleh buat sdiri, kite bawak tepung kepci ni dari Malaysia ag. Buat ciap² then bawak datang Osaka, tepung sadur ayam ni tahan lama.




Bahan - Bahan :

150g Tepung Beras*
100g Tepung Jagung*
50g Tepung Gandum*
25g Serbuk Kurma*
25g Baking Powder*
1sb serbuk Kunyit*
1sb serbuk Lada Putih*
Garam*

250g ayam boneless 
1 biji Telur
Bread Crumbs







Cara - Cara :

1.   Memula kite buat tepung kepci dulu, campur semua bahan yang bertanda * kemudian gaul sampai sebati dan ketepikan.

2.   Cuci dan potong ayam kecik² (bite size) kemudian toskan air ayam tu.

3.   Pecahkan telur dalam bowl kemudian kacau sedikit.

4.   Dalam bowl yg lain masukkan tepung kepci yg dibuat tadi kemudian tambah bread crumbs untuk kasi popcorn ciken kite crunch. Gaul² tepung dan bread crumbs tu.

5.   Celupkan ayam dalam telur kemudian golekkan ayam dalam tepung kepci dan bread crumb tadi.
(ayam  -  telur  - tepung+bread crumb)

6.   Goreng ayam dalam minyak yg panas. Angkat ayam bila da nampak colour die perang². Toskan minyak ayam dengan kitchen paper.


Ciap...




Makan dgn sos dan mayonis ag sedap.





Nescafe untuk awak, yogurt drink untuk saya...=)




Bye²...

Thursday, October 16, 2014

Mushroom Soup & Garlic Bread






Assalamualaikum...





Haluuu...





Korang breakfast ape arini? Kteorg makan mushroom soup dgn garlic bread. Sedapppp....Mushroom soup & garlic bread ni mcm :


"irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan, rosakla lagu, pincanglah seni"


Cececeh...nampak takkk yg suka sgt tgk cite P. Ramlee. Fav arwah abah kite, tu la join skali tgk, cite die pun x bosan en, even tgk ulang². Alahaiiiii Kasiimmmm.....hehehe ok² jum pegi tgk resepi mushroom soup.






Bahan - Bahan :

isi ayam
cendawan butang
1500ml air
500ml susu segar
1 pati ayam
200g tepung gandum (bancuh dgn air)
serbuk blackpaper
garam
1 sk tepung jagung (jika perlu)





Cara - Cara :

1.   Masukkan air, kiub ayam dan isi ayam. Biar sampai ayam tu masak.

2.   Ketepikan isi ayam tadi. Aq suka makan soup yg ayam die mcm tali² tu (macam dlm soto)..hehe susah btol nk explain. So kalau korg suka mkn yg ketul² tu boleh potong kcik² dulu then rebus. Tak payah carik² da ayam tu.

3.   Masukkan susu kedalam air tadi kemudian kacau, bila mendidih boleh masukkan cendawan butang.


4.   Masukkan isi ayam yang dicarik² tadi tu kemudian masukkan bancuhan tepung. Sila tapis dulu tuk mengelakkan die jadi berketul².

5.   Masukkan garam jika perlu. Kacau soup sampai kepekatan yg dikehendaki. Kalau nk pekat lagi tambah tepung jagung yg dibancuh dengan air.


Ciap...


Untuk garlic bread plak aq guna ruti sandwich, x guna pun france bread  sebab kt umah de byk sgt ruti sandwich..hehe suke makan ruti kann. Ni resepi incik husband..=) 





Bahan - Bahan :

2 ulas bwg putih 
butter
parsley kering (kalau suka)





Cara - Cara :

1.   Buang kulit bawang dan cuci bawang putih tu. Balut bawang putih dengan aluminium foil then bakar dalam toaster oven.

2.   Tumbuk bawang sampai lumat kemudian gaul dengan butter. 

3.   Sapu butter tadi pada permukaan roti kemudian letak parsley (kalau suke, kteorg x letak).

4.   Bakar roti dalam toaster oven.



Ciap...    


Boleh makan dengan mushroom soup yg kite buat tadi..oyeayyyy
njoy..



Bye²...