Assalamualaikum...
Haluuu...
Korang breakfast ape arini? Kteorg makan mushroom soup dgn garlic bread. Sedapppp....Mushroom soup & garlic bread ni mcm :
"irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan, rosakla lagu, pincanglah seni"
Cececeh...nampak takkk yg suka sgt tgk cite P. Ramlee. Fav arwah abah kite, tu la join skali tgk, cite die pun x bosan en, even tgk ulang². Alahaiiiii Kasiimmmm.....hehehe ok² jum pegi tgk resepi mushroom soup.
Bahan - Bahan :
isi ayam
cendawan butang
1500ml air
500ml susu segar
1 pati ayam
200g tepung gandum (bancuh dgn air)
serbuk blackpaper
garam
1 sk tepung jagung (jika perlu)
Cara - Cara :
1. Masukkan air, kiub ayam dan isi ayam. Biar sampai ayam tu masak.
2. Ketepikan isi ayam tadi. Aq suka makan soup yg ayam die mcm tali² tu (macam dlm soto)..hehe susah btol nk explain. So kalau korg suka mkn yg ketul² tu boleh potong kcik² dulu then rebus. Tak payah carik² da ayam tu.
3. Masukkan susu kedalam air tadi kemudian kacau, bila mendidih boleh masukkan cendawan butang.
4. Masukkan isi ayam yang dicarik² tadi tu kemudian masukkan bancuhan tepung. Sila tapis dulu tuk mengelakkan die jadi berketul².
5. Masukkan garam jika perlu. Kacau soup sampai kepekatan yg dikehendaki. Kalau nk pekat lagi tambah tepung jagung yg dibancuh dengan air.
Ciap...
Untuk garlic bread plak aq guna ruti sandwich, x guna pun france bread sebab kt umah de byk sgt ruti sandwich..hehe suke makan ruti kann. Ni resepi incik husband..=)
Bahan - Bahan :
2 ulas bwg putih
butter
parsley kering (kalau suka)
Cara - Cara :
1. Buang kulit bawang dan cuci bawang putih tu. Balut bawang putih dengan aluminium foil then bakar dalam toaster oven.
2. Tumbuk bawang sampai lumat kemudian gaul dengan butter.
3. Sapu butter tadi pada permukaan roti kemudian letak parsley (kalau suke, kteorg x letak).
4. Bakar roti dalam toaster oven.
Ciap...
Boleh makan dengan mushroom soup yg kite buat tadi..oyeayyyy
njoy..
Bye²...
No comments:
Post a Comment