Showing posts with label BreaKFasT. Show all posts
Showing posts with label BreaKFasT. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Cinnamon Roll wiff Custard Sauce





Assalamualaikum...




Haluuu...





Cinnamon roll ni 1st tyme aku makan sebab aku jenis yang tak suka benda yang berspices² ni. Boleh terjebak buat ni sebab Mr. Husband tibe² msg ckp terbayang cinnamon & bread kat retina mata. hehehe retina ok,.fening btol ayat org suka biology ni.

Aku bayangkan cinnamon tabur² atas ruti ohhhh myyyyy totally not my taste. Skali try buat uishhh sedap ok, makan plak dengan custard sauce. Perghhh berhantu wehh, rasa mkn makan tanpa henti.

Resepi ni aku amik kat bloh tapi lupa da link dia kt ne. Keh² xpe la. So jum kita tengok resepi Cinnamon Roll ni.








Bahan - Bahan :


250g Tepung Roti
50g Gula Kastor
1/2sk Garam 
30g Telur (pecahkan sebijik telur,kacau then amik half dari telur tu)
6g Instant Yeast
20g Shortening
125ml Air Suam


(Bahan² Untuk Tabur)

1 1/2sb Butter (dicairkan)
3sb Brown Sugar*
1/3 sk Serbuk Kulit Kayu Manis*
*disatukan sehingga sebati
1/2 cawan kismis,



(Bahan² Custard Sauce) 

2 cwn Susu Segar
2sb Tepung Custard
4sb Gula



Cara - Cara :


1.     Larutkan yis dalam air suam then biar dia berbuih. 

2.     Satukan semua bahan, masukkan bancuhan yis tadi uli sehingga menjadi doh. Uli adunan sehingga doh licin dan kenyal.

3.     Rehatkan doh dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga doh naik. Kalau nak senang macam aku masuk semua bahan dalam bread maker then set setting untuk doh.settle..hehehe

4.     Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin, buat roti mmg camtu da biarkan dia naik,kembang pahtu tumbuk bagi keluar angin pulak..hehehe

5.     Canai doh nipis dan berbentuk empat segi then sapu doh dengan butter yang dicairkan kemudian tabur gula & serbuk cinnamon yang telah kita satukan tadi. Last skali tabur kismis plak.

6.     Gulung doh kita tadi macam swissroll ,makesure gulung cantik² & kemas². pastu potong kepada 10 bahagian.

7.     Letak setiap potongan dalam paper cupa & perap 45 minit. Sapu telur yang balance tadi.

8.     Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit.

9.     Untuk Custard sauce plak satukan susu segar dan tepung custard, kacau kemudian tapis.

10.     Masukkan susu segar dan tepung custard yang telah ditapis tadi ke dalam sauce pan dan tambah gula. kacau dengan api sederhana sehingga mencapai kepekatan yang diingini .

ps: sila rajin² kacau sbb nanti hangit.









Ciappp.....














Bye²...

Sunday, May 29, 2016

Roti Oat






Assalamualaikum...




Haluuu...





Harini nak share 1 resepi ruti.. aku memang peminat tegar ruti, klau tak makan nasi pun tak pe asal ada ruti. Oleh kerana banyak sangat stock oat kat rumah ni beli kunun nak kuyus makan oat je tapi skali je makan pastu tak hingin pandang dah so kita guna oat ni untuk buat ruti. Kteorg makan berdua ni tahan la 2-3 hari. 

Resepi ni aku dapat kat sini thanks tuan pyer resepi sedap sangat, gebu uoilss ruti ni


Bahan - Bahan :

(Untuk Doh)
320g Tepung Roti
2sk Yeast
180 ml Air 
1/2 sk Bread Improver*
1/2 sk Bread Softerner*(*optional)

(Bahan Lain)
80g Quaker Oat
60ml Air
6g Garam
25ml Madu
25g Brown Sugar
30g Butter





Cara - Cara :

1.     Masukkan semua bahan untuk doh ruti ke dalam bread maker kemudian setkan kepada setting untuk adunan, kalau bread maker aku ni sejam je da siap uli.

2.     Biarkan adunan naik 2 kali ganta kemudian masukkan bahan² lain dan settingkan lagi skali untuk doh pada bread maker.

3.     Keluarkan doh kemudian boleh bentukkan doh kepada bentuk yang disukai. Aku buat roti bun kunun macam bunga bolat².

4.     Tutup adunan dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaan ruti dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. 

5.     Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. 




tinggggg siappp...


Ni la ruti oat ioilss yg kunun nak bentuk bunga tu











Belanja pic dekat sikit..haaa gebu ...

So boleh biarkan ruti sejuk or boleh ngap panas².. aku suka ruti panas² sedap wooo.
Bleh gak makan dengan mushroom soup.Nak resepi Mushroom soup yg sedap sgtttt sgtttt tgk sini..












Bye²...

Wednesday, March 9, 2016

Peanut Butter Cake (3 minit & 3 bahan)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kek 3 minit ni macam² resepi kita boleh buat, aku biasa buat kek 3 minit ni untuk breakfast. Senang je nak buat dan sangat cepat. 3 minit je bleh makan kek nyum². Nasib baik 2-2 suka kek so untuk breakfast memang sangat sesuai untuk kita makan kek..hehe

Kali ni aku nak share resepi peanut butter cake, nanti next time buat chocolate kek plak ekh.x sempat nak snap gambar kek coklat sebab da ngap, masuk perot.







Bahan - Bahan :

3 sb Peanut Butter
1 1/2 sb Gula
1 bijik Telur






Cara - Cara :


1.     Masukkan semua bahan ke dalam cawan yang boleh dimasukkan ke dalam microwave then kacau sehingga sebati.

2.     Masukkan ke dalam microwave then masak selama 3 minit.




tinggg!!!



ciap...





Boleh letak pape topping kegemaran..





ni dia tekstur kek peanut butter kita...





Enjoy...






Bye²

Sunday, January 31, 2016

Twice-Baked Potatoes











Assalamualaikum...





Haluuu...





Sape suka kentang angkat tangan...hehe actually aku tak suka kentang, kalau beli snake plate kt kepci tu mesti x abis mash potato tu, gravy die je licin..=) disebabkan ada org yg suke sgt makan kentang so kita masak la jugak kentang ni. Nama die twice baked potatoes sebab kentang ni kita kena bakor 2 kali. Ni sangat sesuai mkn tyme² winter mcm skrg ni.Makan panas² syokkk..






Bahan - Bahan :

4 Biji Kentang
2-4 sb Butter
1/2 cup Cheddar Cheese
Garam
Susu Segar
Blackpaper Powder
Olive Oil
Oregano





Cara - Cara :

1.     Cuci kentang bersih² then keringkan dengan kitchen paper. Lumurkan kentang dengan olive oil then bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 celcius.

2.     Bila kentang da masak potong kentang macam cup. 1 bahagian kecik & 1 bahagian lagi besar. Sori lupa nak snap pic. keluarkan isi kentang, makesure kulit kentang tu still ada isi sikit²  nak mengelakkan dia pecah masa kita bakar nanti. Senang cite, buat macam mangkuk dengan kentang tu.

3.     Isi kentang yang telah dikeluarkan tu kita mashkan masukkan butter, susu segar sikit, garam & black paper. Macam nak buat mash potato tu. Masukkan cheese & gaul hingga sebati.

4.     Masukkan mash potatoes tadi ke dalam mangkuk kentang yg kita buat tadi tu, taburkan oregano then bakar sekali lagi selama 15-20 minit. agak² cheese da cair tu ok la.




Ciap...






Bye²...

Monday, October 12, 2015

Overnight Oats






Assalamualaikum...




Haluuu...




Ni resepi da berkurun tapi baru ingat nak share, duk tengok² gambar dalam phone skali jumpa gambar overnight oat ni so rajinkan diri tuk menaip resepi ni. Kalau x taip nanti lupa plak nak buat camne kan. Overnight oat ni xyah nak sukat, nak timbang pun bahan² dia. Main agak² je.







Bahan - Bahan :


Rolled oats
Plain Yogurt
Fresh Milk
Madu
Buah- Buahan pilihan masing²







Cara - Cara :


1.     Memula sediakan mason jar, masukkan oat secukup rasa kemudian sudukan yogurt keatas oat tu then masukkan madu. Ulang langkah tu sampai jar tu penuh, jangan penuh sangat nanti x muat nak letak buah.




2.     Masukkan fresh milk then tutup jar, masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.




3.      Bila nak makan baru letak buah-buhan sebab nanti lembik x sedap. 1 jar ni boleh makan untuk  sehari kalau aku la. Kenyang oat ni. Kalau sape² xde masa nak prepare breakfast or bekal utk lunch, boleh bawak bekal overnight ni ke kelas @ tempat kerja. Senang sebab duduk dalam mason jar kan.




Aku letak kiwi & blueberry dalam oat ni..besttttt..




bye²

Saturday, May 9, 2015

Kek Pisang Grand Prix






Assalamualaikum...




Haluuu...




Kerlass en tajuk kek pisang kite, grand prixnya bukan ape sebab kek pisang ni senang & cepat sgt nak membuatnya. Incik husband yg buatkan kek pisang ni, sedap wooo. Klau makan yg org buatkan mmg jadi lagi & lagiiii sedapkan..hehe ekhhhh ke aq sorang je rase camtu?

Kteorg nak gi bbq kt taman so decided nak buat dessert la sebab da banyak makanan² berat so kteorg bawak dessert. Kteorg buat kek pisang, creampuff & aiskrim coklat Malaysia..hehe daging utk bbq incik husband da ciap² marinade sebab makin lama marinade makin sodap kan.

Resepi creampuff dan aiskrim coklat Malaysia tu nanti aq update ekh. Kali ni buat post kek pisang grand prix dulu. ishh jgn duk gelojoh sgt nak sumbat semua resepi kt post ni.




Bahan - Bahan :

200g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bicarbonate*
1 sk Baking Powder*
(*satukan & diayak)
3 bijik Pisang (saiz sederhana)
150g Gula Kastor
Secubit Garam
3 bijik Telur gred A
120ml Minyak Sayur 
1 sk esen vanilla (kalau ade esen pisang bleh guna)




Cara - Cara :


1.     Lenyetkan pisang, gula dan garam sehingga sebati.

2.     Masukkan telur satu per satu kedalam adunan tadi dan kacau rata. Pakai hand mixer je senang.

3.    Masukkan tepung tadi kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

4.     Panaskan oven pada suhu 170 Celsius.

5.     Sapukan butter pada loaf pan dan tuang adunan ke dalam loaf pan.

6.     Bakar kek pisang selama 40 minit. 1 rumah bau kek pisang ni...wangiee bau die..




Ciap...











Bye²...


Friday, May 1, 2015

Homemade Roti & Patty Burger Bakar







Assalamualaikum...





Haluuu...





Kali ni buat burger bulat plak, dulu burger petak kan..hehe burger petak tu sbb pakai ruti sandwich. So kali ni special ckit sebab buat roti sdiri, yeayyyy!!!! da bleh makan burger bolat. Xde bread maker pun bleh buat roti burger yg lembut tau.

Resepe roti burger ni aq amik blog jintangmanis , thanks Kak Ros sebab share resepi ni. Untuk patty die plak aq buat je ikot selera sendiri..hehe





Bahan - Bahan :

Doh Roti Burger

300g Tepung High Protein/ Tepung Roti
2 sb Gula
1 sk Garam
1 ½ sk Yis
1 biji Telur (kecil)-('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sb  Marjerin atau Butter
160 ml Susu Segar

Untuk Gliss

baki telur tadi+1 sk Susu Segar+beberapa titik Madu
sedikit Sesame Seed




Cara - Cara :


1.     Masukkan yis ke dalam sedikit air suam selama 5 minit.

2.     Satukan semua bahan doh kecuali butter didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.

3.      Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu bleh buat sambil tgk tv. Uli dalam 15-30 minit, x rasa lama pun sebab sambil tgk tv.

4.     Masukkan doh ke dalam bowl tadi dan sapu butter & uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perapkan doh selama 1 jam.

5.     Selepas doh diperap, uli sekejap doh sekali lagi dan bentukkan  ruti dengan bentuk yg disukai. Aq buat 10 bijik ruti.

6.     Atur ruti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

7.      Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan ruti dengan bancuhan telur dan tabur sesame seed  di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.


Tadaaa....



Aq x letak sesame seed sebab x suke....=)

Resepi untuk patty burger plak:





Bahan - Bahan :

500g Daging Kisar
2 ulas Bwg Putih
3 ulas Bwg Merah
Garam
serbuk Lada Hitam
serbuk Kari
serbuk Paprika
serbuk Basil
* boleh letak sesuka hati byk mne & rempah yg disukai
1 bijik Telur
Bread Crumbs


Untuk Make-up Burger

Tomato
Salad
Cheese
Telur
Cucumber Pickle
Mayonis
Sos Cili
*apa² yg korang rasa nak letak dalam burger tu.




Cara - Cara :


1.   Blend bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan bahan yg telah diblend  ke dalam daging kisar. Gaul sebati.

2.   Masukkan segala serbuk dan garam kemudian gaul lagi hingga sebati.

3.   Pecahkan telur sebijik dalam daging tadi kemudian gaul lagi..hehe sila rajin gaul² ea.

4.   Masukkan bread crumbs sedikit demi sedikit, agak² da boleh bentukkan daging kita tu cukup la.

5.   Bentukkan adunan daging tu dengan bentuk bulat atau apa² bentuk daging burger yg korang nak.



6.   Bakar daging burger yang da korang buat dengan bersungguh². Ioilss pakai pemanggang ajaib je, sonang.

7.     Sapukan butter kat ruti yg kite buat tadi tu then letak skali dlm pemanggang ajaib, bila butter da jadi brown gold² tu bleh akat. Jgn lame plak t hangus ruti.

8.     Boleh letak sayur dan ape² bahan make-up yg korang suke dalam burger tu. Make-up tuk burger ea buka liptik, mascara bagai tu. Ciap..





Tadaa...

Ni burger bakar yang aq buat pagi tadi.



Jumlah kalori? eleh..bila da gigit x terasa bersalah malah puas ati dengan karya sendiri..hehe


Tiada lagi drama² kutip sesame seed atas ruti burger, bleh makan dengan tenang..hehe aq tyme kecik² memang buang sesame seed tu kalau makan burger, penat weh nak cubit satu² kt atas ruti tu..


Done!!!

Selamat mencuba..



Bye²...

Monday, December 8, 2014

Homemade Ciken Pizza






Assalamualaikum...





Haluuu...





Untuk breakfast harini kiteorg makan ciken pizza dengan teh rosehip & apple. Makan panas² tyme sejuk ni memang sedap sangat. Masa ni la lemak² tepu dalam badan kesayangan ni berfungsi..hehe kununnya klau badan byk lemak x sejuk sgt. Tipu laaaa....sejuk gigil² gak weh, buat penat je jaga lemak tepu ni...heeee

Haa buat pizza sendiri uhhhh mabeles kan. Kelassss kak ton buat pizza sdiri. Kat Malaysia dulu ade gak try buat pizza. Complicated sebab buat white source bagai, pastu hasil die roti keras ckit then tebal. So da x nak buat, nak g beli je, senang.

Sekali lagi hati ni cair bila tengok blog Laura Vitale, hehe memang suke tgk page ni sebab ade video skali. Kite buat half dari resepi asal so dapat 2 bijik pizza medium size.





Bahan - Bahan :

Doh Pizza
1 3/4 cwn Tepung Roti @ Tepung Gandum
secubit Garam
1 sk Gula
1 sb Olive Oil
1 sk Yis
150ml Air Suam (40-45℃)

Topping
1 tin Tomato Puree
250g Ayam Boneless (potong kecik²)
Serbuk Origano
Serbuk Basil
Serbuk Blackpaper
Serbuk Paprika
Garam
Gula
Olive
Cheese



Cara - Cara :

1.     Masukkan yis ke dalam air suam selama 5 minit.

2.     Satukan bahan doh yg lain didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.

3.     Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu bleh buat sambil tgk tv. Uli dalam 15-30 minit, x rasa lama pun sebab sambil tgk tv.

4.     Bahagikan doh kepada 2 bahagian kemudian letak dalam bowl yg telah disapu dengan minyak. Wrapkan bowl dengan plastic wrap dan biarkan doh mengembang selama 1-2 jam.



5.     Untuk topping plak, gaulkan isi ayam dengan garam, blackpaper dan paprika.

6.     Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian goreng isi ayam tadi sehingga masak sedikit, Masukkan tomato puree, oregano dan basil. Gaul sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Bila ayam da masak boleh tutup api dan ketepikan.

7.     Tabur tepung kat doh tadi kemudian canai doh, boleh pakai pencanai kayu atau guna tangan. Kite pkai tangan je.



8.     Panaskan Oven 180 Celsius . Letakkan topping kat doh pizza, tabur olive dan cheese. bakar pizza selama 20 mint atau sehingga roti pizza tu perang.

9.     Aq bakar roti pizza tu sekejap dulu sebab nak buat roti pizza segera. Nak jimat masa untuk breakfast kan. Buat ciap² roti then nanti tinggal letak topping tabur cheese dan bakar.ciapp..

Ni da ciap bakar kejap.

Aq buat 3 keping sebab pakai oven kecik je.



Tadaaaaa.....





Makan ciken pizza dengan teh rosehip & apple...sedappp






Bye²...

Monday, November 24, 2014

Chewy Cheese Ball






Assalamualaikum...





Haluuu...




Ni sebab ade banyak kentang so bleh buat chewy cheese ball. Buat banyak² pastu letak dalam freezer bila nak makan, goreng je, senangkannn... So xde alasan tak makan breakfast tau. Resepi ni amik kt blog secubit garam , tentiu tuk resepi ni. 

Resepi ni sesuai tuk makan tyme² sejuk ni, kat malaysia pun skrg ni ngah musim tengkujuh kan. Umah kat kelantan hari² hujan. Tengok ujan sambil makan chewy cheese ball dgn teh susu panas..uuuuuuu syok...




Bahan - Bahan :

350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2)
1/2sk serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2sk serbuk pati ayam
Bread Crumb
3 biji telur




Cara - Cara :

1.   Rebus kentang sehingga empuk kemudian tos dan lenyetkan.

2.   Masukkan serbuk lada putih, garam dan pati ayam dan gaul.

3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati. Bila adunan da x lekat kat tangan bleh stop masukkan tepung.

4.   Ambil sedikit doh dan masukkan cheese kat tengah² kemudian bulatkan die.

5.   Celup bebola tadi dalam telur yang telah dipukul sekejap kemudian golekkan dalam bread crumbs.

6.   Goreng dengan api perlahan sehingga berwarna keemasan...Ciap



Aq punyer da bukan keemasan da ni da jadi gangsa...keh² tu x penting, yg penting sodap.






Ngap gigit chewy cheese ball ni...haaa tengok tak cheese kat dalam tuuuu mengoda kannn...








Bye²

Tuesday, November 18, 2014

Apam Balik Lembut






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini baru sempat update blog sebab kite selsema. Kalau pegi pasar malam mesti suka  beli apam balik ni, kalau bli kna mintak jagung xtra baru sedap..hehe Nak cari orang jual apam balik kat cini mmg dalam mimpi je la, jgn ke orang jual apam balik, apam balik pun xde. Kenapa org panggil apam balik ekh? Incik suami ckp da beli balik...hehehe

Jum kite buat apam balik sendiri...







Bahan - Bahan :

1 cawan Tepung Gandum
150ml Air
45g Gula
1 bijik Telur
1sb Minyak
1/2 sk Yis
1/2 sk Baking Powder
secubit Garam
Esen Vanilla
Pewarna Kuning

Untuk tabur : 
Jagung krim
Kacang
Gula
Butter










Cara - Cara :


1.   Blend telur dan gula sehingga kembang.

2.   Masukkan garam, baking powder, minyak, esen vanilla dan air kemudian blend lagi.

3.   Masukkan tepung dan pewarna, blend sehingga sebati. Perap adunan selama 1 jam.

4.   Panaskan non-stick pan dgn menggunakan api yg kecil je. Masukkan adunan tadi kemudian tabur gula, jagung, kacang then butter. Letak jagung dan kacang byk² baru best.

5.   Bila da masak bleh lipatkan apam then angkat apam balik. Ciappp.








Ni pic before potong.










Bagi pic dekat cikittttt...tgk ni, gebu tau..




terkeluar jagung die sebab banyak...nyum²






bye²...

Wednesday, November 12, 2014

Ciken Nugget






Assalamualaikum...






Haluuu...






Aishh... kalau kt Malaysia xdenya rasa nak makan macam² bila da kt jepun ni sume bende nak makan..hehe gumuk la gini. Aritu da buat popcorn ciken harini nak buat nugget plak. Cara beh kurang je dari popcorn ciken tu. Kalau nugget buat sdiri ni rasa daging ayam die ag juicy sebab fresh kan, nugget dalam paket yg kite bese beli tu da lama deorg buat.

Resepi ni boleh dapat dalam 25-30 ketul nugget, bleh frozenkan yg selebihnya t snng cikit, tinggal goreng je bila nak makan tambah² tuk breakfast kan. Bgun pagi² goreng nugget then buat air teh susu panas. Uishh heaven...






Bahan - Bahan :

500g Ayam boneless
1 cawan Bread Crumb
150 Taufu Lembut
Garam
Gula
1sb serbuk Blackpaper
1sb serbukWhitepaper

* 1sb serbuk jintang manis
*1sb serbuk jintang putih
*1sb serbuk kayu manis

*option, kalau xde pun xpe, still sedap gak sebab ciken kannnn..

Telur & Bread Crumb secukupnaya untuk coating.






Cara - Cara :

1.     Buang kulit dan lemak pada isi ayam kemudian potong kecik² then kisar isi ayam dengan menggunakan food processor. 

2.   Gaulkan isi ayam yang telah dikisar dengan garam, gula, blackpaper, whitepaper dan apa² serbuk yang disukai.

3.   Kemudian masukkan taufu dan gaul hingga sebati. Taufu ni x rasa sangat bila nugget da ciap goreng tapi isi nugget akan rasa lebih lembut dan juicy.

4.   Gaulkan isi ayam tadi dengan 1 cawan bread crumb plak.

5.  Bentukkan nugget kite, suka ati nak buat bentuk ape.

6.   Pukul telur dalam bowl sekejap. Celup nugget tadi kedalam telur kemudian golekkan ke dalam bread crumb.
( nugget - telur - bread crumb)

7.   Goreng nugget sehingga warna kekuningan dan toskan minyak nugget dengan kitchen paper.


Ciappp...






Lagi cantik bila pakai bread crumb yg colour oren tu. aq guna yg colour putih je sebab x jumpa yg colour oren...kasi pic lagi dekat cikitttt..




Makan tyme nugget panas² dengan sos kegemaran....sedapppp



Sos tomato...nyum² ape, x rock makan sos tomato? sos tomato boleh buat kulit cantik tauuuuuu....hehehehehehehe ayat nak cover sbb x suke sangat makan pedas







Bye²

Thursday, October 30, 2014

Popcorn Ciken






Assalamualaikum...





Haluuu...





Moning sume. Breakfast  hari ni kite makan ciken, awak² sume makan ape? Jangan skip breakfast ea. So resepi harini favorite setiap peringkat umur dari budak kecik sampai warga emas, nape bukan dari baby ag? sbb baby xleh makan ciken ag. Popcorn ciken ni start famous tyme kepci launch dulu ase²nya. Tyme tu kite skolah rendah, on tv je nampak iklan popcorn ciken ni pas2 lapar, pas2 ajak abah g beli..hehe

 Lagipun die mudah nak makan, bite size kan skali ngap je. Kite gune ayam boneless bahagian paha sbb kite suke makan peha ayam...heeee Boleh guna tepung kepci yg da ciap jual kt kedai tu, kalau xde boleh buat sdiri, kite bawak tepung kepci ni dari Malaysia ag. Buat ciap² then bawak datang Osaka, tepung sadur ayam ni tahan lama.




Bahan - Bahan :

150g Tepung Beras*
100g Tepung Jagung*
50g Tepung Gandum*
25g Serbuk Kurma*
25g Baking Powder*
1sb serbuk Kunyit*
1sb serbuk Lada Putih*
Garam*

250g ayam boneless 
1 biji Telur
Bread Crumbs







Cara - Cara :

1.   Memula kite buat tepung kepci dulu, campur semua bahan yang bertanda * kemudian gaul sampai sebati dan ketepikan.

2.   Cuci dan potong ayam kecik² (bite size) kemudian toskan air ayam tu.

3.   Pecahkan telur dalam bowl kemudian kacau sedikit.

4.   Dalam bowl yg lain masukkan tepung kepci yg dibuat tadi kemudian tambah bread crumbs untuk kasi popcorn ciken kite crunch. Gaul² tepung dan bread crumbs tu.

5.   Celupkan ayam dalam telur kemudian golekkan ayam dalam tepung kepci dan bread crumb tadi.
(ayam  -  telur  - tepung+bread crumb)

6.   Goreng ayam dalam minyak yg panas. Angkat ayam bila da nampak colour die perang². Toskan minyak ayam dengan kitchen paper.


Ciap...




Makan dgn sos dan mayonis ag sedap.





Nescafe untuk awak, yogurt drink untuk saya...=)




Bye²...

Tuesday, October 28, 2014

Burger Perantauan





Assalamualaikum...







Haluuu...







Harini kite brunch burger. Burger kite petak bukan bolat sbb tu dinamakan art..hehe sebenarnya x jumpe ruti buger. Pun boleh la, bila ruti burger kite petak so daging buger kite petak gak..hehe

Satu hidangan burger biasanya mengandungi lebih 475 kalori tapi bila tambah sos, cheese, mayonis dan dressing  sume² lagi la berganda² sbb tu kelvin zahri ckp burger masuk dlm top 10 makanan paling mengemukan rakyat Malaysia..umhhh skali skala boleh je...(nak sedapkan diri sdiri).

 Mesti penuh daging lembu dalam peti ais korg kan sebab baru pas raya aidiladha, so pegi amik daging tu then kisar. Fresh meat lagi best dari daging kisar yg da ciap tu.





Bahan - Bahan :

500g daging kisar 
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
garam
gula 
1sk serbuk jintang manis
1sk serbuk jintang putih
serbuk lada hitam
1 bijik telur
bread crumbs




Cara - Cara :

1.   Blend bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan bahan yg telah diblend  ke dalam daging kisar. Gaul sebati.

2.   Masukkan segala serbuk, garam dan gula kemudian gaul lagi hingga sebati.

3.   Pecahkan telur sebijik dalam daging tadi kemudian gaul lagi..hehe sila rajin gaul² ea.

4.   Masukkan bread crumbs sedikit demi sedikit, agak² da boleh bentukkan daging kita tu cukup la.

5.   Bentukkan adunan daging tu dengan bentuk bulat atau apa² bentuk daging burger yg korang nak.

6.   Grill daging burger yang da korang buat dengan bersungguh² tu. Kalau nak goreng mcm jual kt kedai tu pun boleh, letak butter cikit then goreng².



7.   Sapu butter kat roti then bakar dalam toaster oven.

8.   Boleh letak daging, sayur dan ape² sos yg korang suke.
Da ciappp...






Ni baru puas ati makan burger kannn... Sila tgk pic bila da gigit burger ni, saje nak eksyen daging burger kite tebal...hehe korg sume pun boleh buat camni gak..



Ok da kenyang sampai esok..Selamat mencuba.




Bye²...

Kuih Keria







Assalamualaikum...






Haluuu...





Haritu ade beli ubi keledek tyme pegi pasar, org klate panggil sweet potato..keh² "ubi stelor" glamor en name die. Kununnya nak rebus makan panas² sebab tengah musim sejuk kan, tapi beli banyak sgt so kite buat kuih keria. Kuih keria ni bentuk die macam donut tapi x segebu donut sebab die diperbuat dari ubi kan, dan cara tuk buat die jauh lagi senang dari donut sebab x banyak bahan yg digunakan.

Actually, kuih keria ni bukan favorite sebab kuih ni melekit bila pegang tettttt kantoi malas cuci tangan...hehe Kenal donut dulu dari kuih ni sebab tu lagi suka donut tapi kena la tukar² selera gak kan, x kan nak makan yg sama je t bosan.

Ok klau nak sedap sila beli ubi yg isi die colour oren sebab yg clour oren manis dari yg colour kuning. Kalau xde gak yg colour oren bleh je guna yg colour kuning t manis gak sbb letak gula..heeeee~






Bahan - Bahan :

Ubi Keledek (cik ubi stelor)
Tepung gandum
4 sb gula
3 sb air
Sedikit garam







Cara - Cara :

1.   Rebus ubi dengan sedikit garam sehingga empuk.

2.   Toskan ubi kemudian biarkan sejuk then baru boleh lenyet² kan.

3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Agak² je, jgn banyak sgt t keras kuih keria kite.

4.   Bentukkan kuih keria bulat² macam donut.

5.   Goreng kuih keria dalam minyak yg banyak dengan api yg sederhana sehingga masak. Toskan minyak pada kuih keria tu dengan kitchen paper.

6.   Panaskan air dan gula dalam pan yg lain dengan api yg kecil. Bila air gula da mula berbuih masukkan kuih keria yg telah digoreng tadi.

7.   Kacau rata, matikan api dan teruskan mengacau kuih keria tu sehingga gula² melekat kat kuih tu. Ciappp...





Tadaaa...









Bye²...