Showing posts with label SnACk. Show all posts
Showing posts with label SnACk. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Caramel Popcorn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Konichiwa, kalau tgk movie memang x sah kalau x makan popcorn kan. Even tgk movie dalam umah pun kna makan popcorn baru dpt feel tgk movie..hehe.. So before strt tgk movie, jum kite buat caramel popcorn sendiri. Senang je nak buatnya, x payah mesin popcorn pun, kite pakai periuk yg ade tutup tu je. Bahan utama nak buat popcorn ialah biji jagung untuk popcorn, klau x tau roughpe die, ni haaa...








Bahan - Bahan :

2 gengam biji Jagung
2sb Minyak Canola / Minyak Masak
1sb Butter
secubit Garam


Caramel Souce

1 cawan Brown Sugar
4sb Butter
4sb Susu Pekat
2sb Madu
1sk Baking Powder
1sk Esen Vanilla






Cara - Cara :

1.     Panaskan minyak dan cairkan butter dalam periuk, letak secubit garam then masukkan biji jagung kemudian gaul-gaul rata biji jagung dengan minyak dan butter. Tutup periuk tunggu biji jagung tu meletup.




2.     Sambil² biji jagung tu meletup skali-sekala goyangkan periuk dari luar sebab nak bagi semua biji jagung tu meletup. Tyme meletup ni paling seronok dan bau die mengancam.


 Sila buat muka excited sambil tengok biji jagung meletup.



3.     Bila bunyi pop da xde boleh tutup api then pindahkan popcorn ke dalam bowl.


4.     Jum buat caramel source plak, masukkan brown suger, butter, madu dan susu pekat. Kacau sehingga sebati, guna api kecil je, takot gula hangus nanti pahit plak.

5.     Bila dah sebati boleh tutup api dan masukkan baking powder dan esen vanila dan kacau cepat².




6.     Masukkan caramel souce ke atas popcorn tadi kemudian kacau sebati, biar semua popcorn kena caramel. Nanti bleh tengok movie dengan aman sebab x yah pilih popcorn yg kena caramel source je..hehe

7.     Kalau nak popcorn lagi crunchy bleh ratakan popcorn atas baking paper kemudian bakar dalam oven sampai nampak die kering. Biarkan popcorn sejuk kejap dan pisahkan popcorn yang melekat² tu..ciappp.





 .

Yeayyy.... seronok bila dapat makan popcorn yang semuanya kena salut dengan caramel...hehehe


ps: thanks Kak Long for the recipe.!!!



Bye²...

Monday, November 24, 2014

Chewy Cheese Ball






Assalamualaikum...





Haluuu...




Ni sebab ade banyak kentang so bleh buat chewy cheese ball. Buat banyak² pastu letak dalam freezer bila nak makan, goreng je, senangkannn... So xde alasan tak makan breakfast tau. Resepi ni amik kt blog secubit garam , tentiu tuk resepi ni. 

Resepi ni sesuai tuk makan tyme² sejuk ni, kat malaysia pun skrg ni ngah musim tengkujuh kan. Umah kat kelantan hari² hujan. Tengok ujan sambil makan chewy cheese ball dgn teh susu panas..uuuuuuu syok...




Bahan - Bahan :

350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2)
1/2sk serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2sk serbuk pati ayam
Bread Crumb
3 biji telur




Cara - Cara :

1.   Rebus kentang sehingga empuk kemudian tos dan lenyetkan.

2.   Masukkan serbuk lada putih, garam dan pati ayam dan gaul.

3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati. Bila adunan da x lekat kat tangan bleh stop masukkan tepung.

4.   Ambil sedikit doh dan masukkan cheese kat tengah² kemudian bulatkan die.

5.   Celup bebola tadi dalam telur yang telah dipukul sekejap kemudian golekkan dalam bread crumbs.

6.   Goreng dengan api perlahan sehingga berwarna keemasan...Ciap



Aq punyer da bukan keemasan da ni da jadi gangsa...keh² tu x penting, yg penting sodap.






Ngap gigit chewy cheese ball ni...haaa tengok tak cheese kat dalam tuuuu mengoda kannn...








Bye²

Thursday, October 30, 2014

Popcorn Ciken






Assalamualaikum...





Haluuu...





Moning sume. Breakfast  hari ni kite makan ciken, awak² sume makan ape? Jangan skip breakfast ea. So resepi harini favorite setiap peringkat umur dari budak kecik sampai warga emas, nape bukan dari baby ag? sbb baby xleh makan ciken ag. Popcorn ciken ni start famous tyme kepci launch dulu ase²nya. Tyme tu kite skolah rendah, on tv je nampak iklan popcorn ciken ni pas2 lapar, pas2 ajak abah g beli..hehe

 Lagipun die mudah nak makan, bite size kan skali ngap je. Kite gune ayam boneless bahagian paha sbb kite suke makan peha ayam...heeee Boleh guna tepung kepci yg da ciap jual kt kedai tu, kalau xde boleh buat sdiri, kite bawak tepung kepci ni dari Malaysia ag. Buat ciap² then bawak datang Osaka, tepung sadur ayam ni tahan lama.




Bahan - Bahan :

150g Tepung Beras*
100g Tepung Jagung*
50g Tepung Gandum*
25g Serbuk Kurma*
25g Baking Powder*
1sb serbuk Kunyit*
1sb serbuk Lada Putih*
Garam*

250g ayam boneless 
1 biji Telur
Bread Crumbs







Cara - Cara :

1.   Memula kite buat tepung kepci dulu, campur semua bahan yang bertanda * kemudian gaul sampai sebati dan ketepikan.

2.   Cuci dan potong ayam kecik² (bite size) kemudian toskan air ayam tu.

3.   Pecahkan telur dalam bowl kemudian kacau sedikit.

4.   Dalam bowl yg lain masukkan tepung kepci yg dibuat tadi kemudian tambah bread crumbs untuk kasi popcorn ciken kite crunch. Gaul² tepung dan bread crumbs tu.

5.   Celupkan ayam dalam telur kemudian golekkan ayam dalam tepung kepci dan bread crumb tadi.
(ayam  -  telur  - tepung+bread crumb)

6.   Goreng ayam dalam minyak yg panas. Angkat ayam bila da nampak colour die perang². Toskan minyak ayam dengan kitchen paper.


Ciap...




Makan dgn sos dan mayonis ag sedap.





Nescafe untuk awak, yogurt drink untuk saya...=)




Bye²...

Thursday, October 9, 2014

Karipap Serunding (mini)







Assalamualaikum...







Haluuu...





Al-kisah tyme nak dtg Osaka aritu, kakak sulung kite bg 2 paket serunding. 2 paket skali die kasi, mungkin 1 tuk incik husband n 1 tuk adik bgsu die ni, t leh lawan sape abis makan dulu die menang...hehe tapi ade ag kt situ serunding tu, xde yg makan pun. 1 paket da bawak g lab, bagi student² jepun rasa ckit serunding Malaysia, biar mimpi² nak dtg Malaysia...hehe

Tengah duk on9 tu tibe² terbuka 1 blog ni then tertarik dgn resepi "karipap inti serunding yang ranggup", tertarik sebab cara nk buat die simple je, bab senang² ni mmg sukee sgttt.. 
Tentiu Julia Homemade for the recipe. Memang ranggup mcm tajuk die...

Memang ikot betul² resepi ni sebab sy budak baru belajar..
So jum kite buat karipap inti serunding ni.





Bahan - Bahan :

250g tepung gandum
50g butter (dicairkan & biar suam)
1/2 sk garam 
110ml air sejuk
serunding (utk inti)




Cara - Cara :

1.   Campurkan tepung dan garam. Kacau biar tercampur rata.

2.   Tuang butter yang telah dicairkan dan air sejuk sedikit demi sedikit.

3.   Uli sehingga sebati dan rehatkan doh selama 15 minit.

4.   Canai adunan nipis dan potong bulat. Nipis baru sedap sebab nanti x rasa sgt tepung, kan serunding watak utama. Isi inti serunding kemudian kelim karipap tu dgn bersungguh².





Ni budak baru belajar kelim karipap...hehe x kemas, asal nampak bentuk karipap jadi la kannnn.





5.   Goreng karipap sehingga sedap mata memandang...hehe then toskan atas kitchen towel tuk kurangkan minyak.




Tadaaa ciap..




Tip nak kasi karipap sedap:

* Kulit karipap mestilah nipis

*Letak byk² serunding tapi jgn byk sgt nanti xleh kelim

*Makan sambil men World of Tanks xpun Clash of Clans 

pegan karipap 1 tangan, serang kg org 1 tangan..hehe




Bye²....

Monday, June 23, 2014

Kentang Goreng Ranggup...krukk...krukk~




Assalamualaikum...



Haluuuuuuu...




Oleh kerana org di sana (incik suami) suke makan kentang maka org di sini pun try cari cara nk kasi kentang goreng crispy macam fries kepci & McD tu. Kt Osaka ni ade la kepci & McD tp status halal tu x mcm tempat kita so better x pyah try la makan kt citu.

Biasanya klau kite goreng kentang sdiri mesti lembik & mengecewakan kannnnn? Arini org di cini nak share cara utk membuatkan kentang goreng ranggup & crispy.





Bahan-Bahan:

Ubi kentang
Garam
Air (untuk merebus)
Minyak (untuk menggoreng)
Sos Cili
Mayonis yang putih gebu..hehe

Cara-Cara:

  1. Cuci Ubi kentang & kupas kulitnya, Potong ubi tadi panjang² mcm fries yg jual kt kepci tu. 
  2. Rebus kentang dengan air dan sedikit garam. Biarkan dalam 2-3 minit. 
  3. Toskan kentang tadi dan bilas dengan air sejuk. 
  4. Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng kentang yg telah siap direbus tadi. Make sure kentang korg td betol² dah ditoskan b4 masuk dlm minyak panas, takot t terkena minyak pnas bila msukkn kentang. 
  5. Goreng kentang sehingga kekuningan. 
  6. Angkat kentang kemudian sejukkn selama 1 jam (aq ltak dlm peti ais j). 
  7. Selepas itu, goreng kentang yg telah disejukkn tadi skali lagi sehingga masak. 
  8. Hidangkan dengan sos cili & mayonis..Mkn tyme panas²..sedapppp



Selamat Mencuba.