Tuesday, September 2, 2014

Donut Gebu Tanpa Acuan





Assalamualaikum...





Haluuuu...




Donut Gebu uoillll..hehe nak gebu aje, hari ni nk share resepi donut dgn korg semua sebab donut ni lembut, gebu & yang pling penting x pyah guna acuan donut. Simple je cara nk buat donut ni sebab tu aq buat. Ni 2nd trial buat, yg 1st dulu x cntik sgt n kurg gebu so bila da jadi cantik & gebu baru boleh share resepi kannn...

Aq buat frozen donuts sebab nanti senang tuk buat bekfast, tinggal defrost n goreng je. So, boleh bangun tido lambat..yeayy!!! hehehe Jum kite buat donut gebu de vass ni.


Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu @ susu segar (pakai susu pekat pun boleh)
2 sudu besar shortening 
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil instant yeast*
200 ml air suam*



Cara- Cara :

  1. Rendamkan yeast dgn air suam sehingga mengeluarkan buih.
  2. Masukkan tepung, susu, garam dan shortening ke dalam mangkuk besar dan gaul rata kemudian masukkan campuran yeast tadi ke dalam mangkuk tadi.
  3. Uli adunan sehingga adunan sebati dan tidak melekat pada tangan. Tambahkan tepung lagi kalau doh tu melekat kat tgn.
  4. Gunakan gelas untuk membuat bentuk bulat donut dan penutup botol tu tuk buat bulat kt tgh² donut. Tekap je mcm men play dough mcm zaman kcik² dlu..
  5. Letakkan donut yang telah siap ditekap di atas dulang yang telah ditabur dengan tepung utk x nak bagi donut² tu melekat kat dulang. Nati x cantik klau die melekat, jadi kedut² klau pkai SK-II pun da x jadi licin tau. so, jgn kedekut tepung..hehe
  6. Rehatkan donut selama 30 minit. Nanti die kembang². Bila da 30 minit, boleh goreng donut dengan minyak dan api yg sederhana besar.
  7. Angkat donut dan toskan minyak dengan kitchen towel, tisuuuuuu. Boleh golek² kn die atas gula atau boleh buat topping gune chocolate dgn almond atau ape² yg korg suke.




Yang aq pyer ni aq nak buat frozen so goreng ckit² je.. Tadaaaa da ciap senang kan..

Selamat mencuba uoilss..

bye².

1 comment:

  1. Tq atas cara bauat donut tanpa acuan ni :) sangat membantu akak hihi..
    Kongsi dik cemana adik buat frozen : Adi Putra Buat Kontroversi Lagi, Sebarkan Fakta Palsu Mengenai Susu Ibu?


    ReplyDelete