Thursday, January 12, 2017

Kek Sarang Semut






Assalamualaikum...





Haluuu...




Semangat membaking luntur sikit sejak winter ni, sejuk woo rasa malas nak gerak, nak duduk dalam selimut sambil tengok cerita je..hehe over. kali ni nak share resepi kek sarang semut. Mak iolss suka buat kek ni. Dulu² tak teringin sangat nak makan kek ni sebab dia macam kenyal cikit. iolss suka kek yang gebu gebas tu..Lepas tu nak mkan kek ni leceh,sebab kena buang semut dulu...hehehe  tapi husband request kek sarang semut ni. Kak rumah Ma panggil kek gula hangus, rupanya sama je nama je lain.






Bahan-Bahan :

(A)
250 g Gula Pasir 
225 ml Air 
75 g Butter 

(B)
4 biji Telur Gred A
125 g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bikarbonate*
1 sk Baking Powder*(*disatukan dan diayak)
75 g Susu Pekat
1 sk Esen Vanilla








Cara - Cara :


1.     Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair, kacau hingga gula menjadi karamel, Masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, Hati² ekh sbb takot terkena tangan.pamas wooo kacau hingga rata. Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api dan biakan sejuk.


2.     Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan gula karamel tadi. Putar sebati dan masukkan dalam acuan yang telah di letak baking paper. Rehatkan 30 minit.



3.     Panaskan oven pada suhu 170C kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan mengunakan api BAWAH sahaja.




Tadaaa siappp...






Yang lubang² tu aku potong serong so nampak jelas la lubang² sarang semut..heeeeee





Bye²...

Thursday, November 3, 2016

Burger Salmon (Simple)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Semangat meroti datang kembali...hehe macam iklan tora datang lagiiiiii.. Musim sejuk-sejuk ni teringan plak makan burger, kalau kat Malaysia memang gi beli burger yang da siap je senang, tinggal ngapp da settle. Sepanjang kat Osaka ni, aku tak pernah plak nampak ada jual roti burger. Lagipun bukan sume jenis roti kita bleh makan kat sini, kena check ingredient satu-satu sebab deorg ni suka sangat letak sumber dari oink-oink.

Nak selamat kena la buat roti burger sendiri, gigih weh aku meroti sebab nak makan burger..hehe kali ni aku buat burger salmon, sedapppp ok. Biasa orang buat fish burger ni patty diorang goreng kan macam burger fillet o fish kt mcD tu. Aku buat burger ni grill, xde goreng-goreng. Nak kurus kan...heheheheheh

Roti burger aku guna resepi dulu. bleh tengok kat sini tapi kali ni roti burger I cantik bentuk dia ok sebab biasa dulu 1st time buat. Tapi still tak letak bijan sebab memang x suka la bijan tu.






Bahan - Bahan :

2 slice Salmon
1/2 biji Bawang Besar Oren (dicincang)
1 sb Mayonis
Breadcrumb
Garam
Parsley 
Olive Oil 





Cara - Cara :

1.     Buang segala tulang ikan salmon & kulit dia. Kemudian cincang isi salmon.

2.     Campurkan bawang, garam, parsley & mayonis ke dalam isi salmon then gaul sebati, masukkan  breadcrumb sedikit-sedikit (jangan letak banyak sangat asal boleh bentukkan isi salmon bulat-bulat macam patty daging ok la.

3.     Panaskan pan dengan sedikit olive oil kemudian grill patty sehingga masak.

Ciappp...boleh dihidangkan dengan roti burger, cheese, sayur, mayonis, sos cili & fries.



























Simple je kan...


Bye-Bye

Saturday, October 8, 2016

Murtabak Daging (Guna Roti Prata Je)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Murtabak Daging ni aku buat ala-ala Murtabak Singapore la cikit, daging melimpah² ke roti prata so jadi lah murtabak..hehe Disebabkan tiada seni untuk menibar roti canai maka dengan seboleh²nya pikir cara untuk buat murtabak tanpa mencanai tepung. Solution yg paling senang & tak sepahkan dapur ialah dengan mengunakan roti prata.

Yup...roti prata je ok, gi beli yg frozen kt supermarket aje. Kat Osaka ni ada jual roti prata frozen & Halal plak tu,import dari Malaysia lg..Confirm sedap. Jum tengok resepi murtabak ni.







Bahan - Bahan :


500g Daging Kisar
3sb Rempah Kerutuk
1 biji Bawang Besar 
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Telur secukupnya











Cara - Cara :


1.     Mula² kita buat inti murtabak dulu, hiris nipis bawang putih,bawang besar & halia. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau.

2.     Masukkan daging kisar dan goreng sekejap, masukkan plak rempah kerutuk. Kacau sehingga daging masak dan inti menjadi kering sedikit. Perasakan dengan sedikit garam kemudian siap. ketepikan dulu inti murtabak ni.

 3.    Untuk kulit murtabak plak keluarkan roti prata dari freezer sekejap, agak² lembut sikit da boleh dicanai dengan roll kayu. Tabur tepung kat board supaya tak melekat roti prata kita tu. Canai macam nak buat kulit karipap. Canai nipis agak²  boleh letak inti kat dalam dan lipat petak. Jangan nipis sangat takot koyak plak nanti letak inti.

4.     Pecahkan 1 telur dalam bowl then kacau, masukkan plak beberapa sudu inti kedalam telur tadi kemudian kacau lagi. Kalau suka bleh tambah hirisan bawang besar, aku tak letak sebab x suka bawang banyak².

5.     Letakkan inti yang telah bercampur dengan telur tadi kat tengah² roti prata yang telah dicanai then lipat macam kat kedai jual murtabak tu.

6.     Amik pan then masukkan sedikit minyak kemudian goreng murtabak kita tu tadi. Masa nak masukkan murtabak ke dalam pan aku guna sudip lebar tu so kadar murtabak pecah then kuar inti tu agar sedikit..hehehehehehe Goreng sampai garing then bleh la angkat. 

7.     Nak macam Murtabak singapore tu boleh la tabur inti yang kita buat memula tadi kat atas murtabak yang da digoreng tadi. Kemudian ulangla sampai habis inti kita buat tadi, kalau rasa banyak boleh goreng sikit then sejukkan, letak dalam freezer jadi murtabak frozen, nak makan goreng je nanti..senang kan

Boleh makan murtabak ni dengan kari ayam, marbelesss.. 




Ciappp...





Makan plak dengan teh susu...uishhhhh 





Bye² ...



Thursday, September 22, 2016

Kek Coklat Moist (Simple Sgt²)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Menghilang sekejap sbb laptop buat hal dan kebetulan weolls balik Malaysia.. hehe Naik 2kg balik Malaysia =) so back to the reality..Hello Osaka & helllo autumn. Before balik haritu kat sini tengah summer balik² je da msuk autumn dan banyak² season aku suka autumn sebab udara dia best x panas & x sejuk beku. Yang paling best bila dpt tgk daun² maple merah penuh pokok, owsem sangat. Nanti aku share pic autumn kali ni tapi tunggu tengah² autumn baru ada daun merah² tu. Nak share yg last year mcm x best da..hehe

Laptop aku actully skrin dia pecah..hehe Mr. Aj buat main snowboard ....padam muka letak sticker butterfly banyak² lg so dia mcm tertarik dgn keindahan laptop aku tu..kih² Kali ni aku nak share resepi kek coklat moist, aku suka buat kek byte size sebab senang nak makan lagi satu senang bila kita nk bawak untuk potluck, da ciap potong² en x leceh da nak bwk pisau.









Bahan - Bahan :


1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla













Cara - Cara :


1.      Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.





Ciappp...






















Bye²...


Wednesday, June 8, 2016

Cinnamon Roll wiff Custard Sauce





Assalamualaikum...




Haluuu...





Cinnamon roll ni 1st tyme aku makan sebab aku jenis yang tak suka benda yang berspices² ni. Boleh terjebak buat ni sebab Mr. Husband tibe² msg ckp terbayang cinnamon & bread kat retina mata. hehehe retina ok,.fening btol ayat org suka biology ni.

Aku bayangkan cinnamon tabur² atas ruti ohhhh myyyyy totally not my taste. Skali try buat uishhh sedap ok, makan plak dengan custard sauce. Perghhh berhantu wehh, rasa mkn makan tanpa henti.

Resepi ni aku amik kat bloh tapi lupa da link dia kt ne. Keh² xpe la. So jum kita tengok resepi Cinnamon Roll ni.








Bahan - Bahan :


250g Tepung Roti
50g Gula Kastor
1/2sk Garam 
30g Telur (pecahkan sebijik telur,kacau then amik half dari telur tu)
6g Instant Yeast
20g Shortening
125ml Air Suam


(Bahan² Untuk Tabur)

1 1/2sb Butter (dicairkan)
3sb Brown Sugar*
1/3 sk Serbuk Kulit Kayu Manis*
*disatukan sehingga sebati
1/2 cawan kismis,



(Bahan² Custard Sauce) 

2 cwn Susu Segar
2sb Tepung Custard
4sb Gula



Cara - Cara :


1.     Larutkan yis dalam air suam then biar dia berbuih. 

2.     Satukan semua bahan, masukkan bancuhan yis tadi uli sehingga menjadi doh. Uli adunan sehingga doh licin dan kenyal.

3.     Rehatkan doh dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga doh naik. Kalau nak senang macam aku masuk semua bahan dalam bread maker then set setting untuk doh.settle..hehehe

4.     Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin, buat roti mmg camtu da biarkan dia naik,kembang pahtu tumbuk bagi keluar angin pulak..hehehe

5.     Canai doh nipis dan berbentuk empat segi then sapu doh dengan butter yang dicairkan kemudian tabur gula & serbuk cinnamon yang telah kita satukan tadi. Last skali tabur kismis plak.

6.     Gulung doh kita tadi macam swissroll ,makesure gulung cantik² & kemas². pastu potong kepada 10 bahagian.

7.     Letak setiap potongan dalam paper cupa & perap 45 minit. Sapu telur yang balance tadi.

8.     Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit.

9.     Untuk Custard sauce plak satukan susu segar dan tepung custard, kacau kemudian tapis.

10.     Masukkan susu segar dan tepung custard yang telah ditapis tadi ke dalam sauce pan dan tambah gula. kacau dengan api sederhana sehingga mencapai kepekatan yang diingini .

ps: sila rajin² kacau sbb nanti hangit.









Ciappp.....














Bye²...

Sunday, May 29, 2016

Roti Oat






Assalamualaikum...




Haluuu...





Harini nak share 1 resepi ruti.. aku memang peminat tegar ruti, klau tak makan nasi pun tak pe asal ada ruti. Oleh kerana banyak sangat stock oat kat rumah ni beli kunun nak kuyus makan oat je tapi skali je makan pastu tak hingin pandang dah so kita guna oat ni untuk buat ruti. Kteorg makan berdua ni tahan la 2-3 hari. 

Resepi ni aku dapat kat sini thanks tuan pyer resepi sedap sangat, gebu uoilss ruti ni


Bahan - Bahan :

(Untuk Doh)
320g Tepung Roti
2sk Yeast
180 ml Air 
1/2 sk Bread Improver*
1/2 sk Bread Softerner*(*optional)

(Bahan Lain)
80g Quaker Oat
60ml Air
6g Garam
25ml Madu
25g Brown Sugar
30g Butter





Cara - Cara :

1.     Masukkan semua bahan untuk doh ruti ke dalam bread maker kemudian setkan kepada setting untuk adunan, kalau bread maker aku ni sejam je da siap uli.

2.     Biarkan adunan naik 2 kali ganta kemudian masukkan bahan² lain dan settingkan lagi skali untuk doh pada bread maker.

3.     Keluarkan doh kemudian boleh bentukkan doh kepada bentuk yang disukai. Aku buat roti bun kunun macam bunga bolat².

4.     Tutup adunan dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaan ruti dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. 

5.     Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. 




tinggggg siappp...


Ni la ruti oat ioilss yg kunun nak bentuk bunga tu











Belanja pic dekat sikit..haaa gebu ...

So boleh biarkan ruti sejuk or boleh ngap panas².. aku suka ruti panas² sedap wooo.
Bleh gak makan dengan mushroom soup.Nak resepi Mushroom soup yg sedap sgtttt sgtttt tgk sini..












Bye²...

Sunday, May 15, 2016

Mango Panna Cotta









Assalamualaikum...






Haluuu...





Berhabuk blog, hehe....Actually busy packing & unpacking barang² sebab kteorg pindah rumah baru. Still lagi kat Osaka la but kt Suita. Penat weh pindah rumah ni, nampak macam sikit je barang² kiteorg skali packing, berkotak². Benda yg byknya baju la, yg musim winter pyer baju lagi la tebal² kan, tu pun da pakai vacuum bag. Yang pasti ratio baju aku : husband = 5:1..keh² biasa la perempuan.


Panna Cotta ni dessert yg senang & simple then x pakai banyak barang pun. Aku buat dessert ni masa housewarming kteorg, tapi masa tu buat Strawberry Panna Cotta sebab x jumpa mango. For me, aku lagi suka Mango tapi Panna Cotta ni boleh je nak letak buah pape as long as korang suka buah tu, kan buat untuk makan sendiri but pliss jgn letak durian ok..even ko hantu durian,tengok durian mengalir air liur mimpi² sampai nagis bucu katil x dapat makan sebab buah ni sangat x sesuai dengan Panna Cotta.


Jum kita buat Mango Panna Cotta.






Bahan - Bahan :

2 sk gelatin (larutkan dengan 3 sb Air Panas)
1 cwn Susu Segar
1/2 cwn Heavy Cream
1/4 cwn Gula
1 biji Mango atau 12 biji Strawberi








Cara - Cara :


1.     Larutkan Gelatin dengan air panas kemudian kacau sehingga gelatin betol² larut. Aku guna gelatin Halalgel, bawak dari Malaysia lg..gigihhh (tepuk tangan kekuat)

2.     Masukkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam sauce pot kemudian panaskan dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau² biar gula hancur dan sebati. Bila da panas, tengok klau da keluar bubble² kat tepi pot tu da boleh tutup api then masukkan larutan gelatin tadi. Kacau sehingga sebati.

3.     Susu tadi kita boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai untuk dessert macam cawan kecik² tu. Then sejukkan panna cotta kita di dalam fridge selama 5-6 jam.Sejuk² baru besttt.

4.     Untuk mango sauce plak, blend mango sehingga menjadi puri. Aku da tak letak gula dalam puri tu sebab tak nak kill rasa mango tu. Kalau pakai strawberry boleh letakkan 2-3 sk gula masa blend tu.Ikut selera masing². Simpan puri dalam fridge gak.

5.     Bila nak makan boleh sudukan puri mangga tadi ke atas panna cotta kita. 




Siapppp













Makan tyme panas² ni best....sejukk











Ni plak strawberry panna cotta yg aku buat masa housewarming.





Selamat mencuba...




Bye²...