Showing posts with label kEk. Show all posts
Showing posts with label kEk. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Kek Sarang Semut






Assalamualaikum...





Haluuu...




Semangat membaking luntur sikit sejak winter ni, sejuk woo rasa malas nak gerak, nak duduk dalam selimut sambil tengok cerita je..hehe over. kali ni nak share resepi kek sarang semut. Mak iolss suka buat kek ni. Dulu² tak teringin sangat nak makan kek ni sebab dia macam kenyal cikit. iolss suka kek yang gebu gebas tu..Lepas tu nak mkan kek ni leceh,sebab kena buang semut dulu...hehehe  tapi husband request kek sarang semut ni. Kak rumah Ma panggil kek gula hangus, rupanya sama je nama je lain.






Bahan-Bahan :

(A)
250 g Gula Pasir 
225 ml Air 
75 g Butter 

(B)
4 biji Telur Gred A
125 g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bikarbonate*
1 sk Baking Powder*(*disatukan dan diayak)
75 g Susu Pekat
1 sk Esen Vanilla








Cara - Cara :


1.     Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair, kacau hingga gula menjadi karamel, Masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, Hati² ekh sbb takot terkena tangan.pamas wooo kacau hingga rata. Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api dan biakan sejuk.


2.     Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan gula karamel tadi. Putar sebati dan masukkan dalam acuan yang telah di letak baking paper. Rehatkan 30 minit.



3.     Panaskan oven pada suhu 170C kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan mengunakan api BAWAH sahaja.




Tadaaa siappp...






Yang lubang² tu aku potong serong so nampak jelas la lubang² sarang semut..heeeeee





Bye²...

Thursday, September 22, 2016

Kek Coklat Moist (Simple Sgt²)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Menghilang sekejap sbb laptop buat hal dan kebetulan weolls balik Malaysia.. hehe Naik 2kg balik Malaysia =) so back to the reality..Hello Osaka & helllo autumn. Before balik haritu kat sini tengah summer balik² je da msuk autumn dan banyak² season aku suka autumn sebab udara dia best x panas & x sejuk beku. Yang paling best bila dpt tgk daun² maple merah penuh pokok, owsem sangat. Nanti aku share pic autumn kali ni tapi tunggu tengah² autumn baru ada daun merah² tu. Nak share yg last year mcm x best da..hehe

Laptop aku actully skrin dia pecah..hehe Mr. Aj buat main snowboard ....padam muka letak sticker butterfly banyak² lg so dia mcm tertarik dgn keindahan laptop aku tu..kih² Kali ni aku nak share resepi kek coklat moist, aku suka buat kek byte size sebab senang nak makan lagi satu senang bila kita nk bawak untuk potluck, da ciap potong² en x leceh da nak bwk pisau.









Bahan - Bahan :


1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla













Cara - Cara :


1.      Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.





Ciappp...






















Bye²...


Wednesday, March 23, 2016

Walnut Brownies






Assalamualaikum...





Haluuu...




Sekarang bukak je fb pemes u chewy fudge brownies ni tapi orang duk panggil dia brownies kedut.keh² memang kelakar..hehe mula² aku gelak gak bila orang cakap brownies kedut, amboiiii kalau kulit xmo kedut. Trus gi inject tang citu tang cini nak hilang kedut, kalau brownies nak yg kedut plak.

Actually, nama dia brownies kedut sebab rughpe permukaan dia kedut², shining & ade crack² gitu. Nanti bleh la guna ayat wajahmu cantik umpama brownies, biasa org guna umpama bulan,lekut² gak kan..samaaaa.. Ok da abis iklan so brownies ni teksture dia padat, dense dan rich sangat rasa coklat dia.


Aku buat half dari resepi je sebab berdua je nak makan nanti x habis lagipun kteorg x suka sangat coklat. Peminat tegar white chocolate sebab tu weoills putih gebu gebas...heeeeeeeeeeeeee








Bahan - Bahan :


400g Dark Coklat Couverture @ Coklat Compoun
150g Butter
170g Brown Sugar
4 Biji Telur
1 sk Esen Vanilla
100g Tepung Naik Sendiri
30g Serbuk Koko
80g Walnut






Cara - Cara :


1.     Satukan butter & coklat dan cairkan dengan kaedah double boiling then ketepikan.

2.     Dalam bowl lain, gaul sebati brown sugar, telur dan esen vanilla. Bila sebati tuang ke dalam bowl coklat yang telah kita cairkan tadi. Kacau sampai sebati

3.     Masukkan tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati.

4.     Masukkan walnut dan kacau lagi. Exercise tangan ok,xde la rasa bersalah sgt nak makan nanti. 

5.     Tuang dalam loyang then bakar selama 30 minit pada suhu 160 celcius dalam oven yang telah dipanaskan.

6.     Biarkan brownies sejuk dulu baru potong.






Ciappp...






I pyer brownies ni x kedut sangat sebab i letak collagen..keh² padahal pakai milk chocolate sebab x jumpa la pure chocolate kt Osaka ni. Klau kt Malaysia aku biasa guna Coklat Compound Beryls.



















Bye²...

Wednesday, March 9, 2016

Peanut Butter Cake (3 minit & 3 bahan)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kek 3 minit ni macam² resepi kita boleh buat, aku biasa buat kek 3 minit ni untuk breakfast. Senang je nak buat dan sangat cepat. 3 minit je bleh makan kek nyum². Nasib baik 2-2 suka kek so untuk breakfast memang sangat sesuai untuk kita makan kek..hehe

Kali ni aku nak share resepi peanut butter cake, nanti next time buat chocolate kek plak ekh.x sempat nak snap gambar kek coklat sebab da ngap, masuk perot.







Bahan - Bahan :

3 sb Peanut Butter
1 1/2 sb Gula
1 bijik Telur






Cara - Cara :


1.     Masukkan semua bahan ke dalam cawan yang boleh dimasukkan ke dalam microwave then kacau sehingga sebati.

2.     Masukkan ke dalam microwave then masak selama 3 minit.




tinggg!!!



ciap...





Boleh letak pape topping kegemaran..





ni dia tekstur kek peanut butter kita...





Enjoy...






Bye²

Friday, February 12, 2016

Japanese Cotton Cheesecake (3 Bahan Je)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi cheesecake yg paling senang di abad ini & hanya pakai 3 bahan. Da guna 3 bahan je harusla senang kan. Japanese Cotton Cheesecake ni gebu sangat² & cair dalam mulut bila makan..hehe x tau la nak describe camne rasa dia, nak tau try la buat sdiri.









Bahan - Bahan :

120g White Chocolate
120g Cream Cheese
3 Biji Telur




Cara - Cara :

1.     Asingkan telur kuning & telur putih. Cairkan white chocolate dengan kaedah double boiler. Bila da cair masukkan cream cheese dan kacau sehingga kedua-duanya sebati.

2.     Tutup api untuk double boiler tadi kemudian tambah telur kuning & kacau hingga sebati.

3.     Dalam bowl yg lain, pukul putih telur sehingga kental & menjadi meringue. Kalau nak tau die betul² kembang angkat bowl, kalau putih telur kite x jatuh tu tanda die da cukup.

4.     Then masukkan meringue sikit² ke dalam white chocolate kita tadi. Kacau sehingga sebati dengan kaedah kaup balik.

5.     Letakkan baking paper di sekeliling & bawah loyang kemudian masukkan adunan tadi. Letak baking paper tu xmo bg kek melekat.

6.     Bakar kek dengan menggunakan kaedah au bain-marie (waterbath). 15 minit pada suhu 170 celcius, 15 minit lagi pada suhu 160 celcius dan biarkan kek dalam oven selama lagi 15 minit supaya kek tidak merekah & gebu gebassss...



Da ciap bleh deco dengan sugar powder @ ape² ikot kreativiti masing².







Enjoy....





Bye²...

Thursday, July 23, 2015

Kek Blueberry




Assalamualaikum...





Haluuu...





Selamat Hari Raya Aidilfitri sume....Aku raya kt Osaka tahun ni, raya kat perantauan ni xdela meriah mcm raya kt Malaysia. Harusssslllaaa mne bleh kacau dodol, bakar lemang, main mercun sume kt sini kan. Rendang pun klau nak makan boleh, tapi kena masak sdiri la..hehe

Menu raya tahun ni rendang daging, nasi himpit, roti jala, kari ayam & kek blueberry. Haaaa biskut raya xde...hehe tu buat kek, kunun ganti kuih raya. Tak plan pun nak buat kek tapi masa gi supermarket aritu nampak blueberry melambai² suh beli....heeeeee~

So da ada blueberry goggle cari resepi. Aku amik resepi ni kt blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku suka tengok blog ni sbb kalau ikot resepi dia mesti sedap kira kena dengan selera aku la. Thanks Mat Gebu..






Bahan - Bahan :

200g Mentega
2 biji Telur gred A
100ml Susu Segar
140g Gula Kastor
220g Tepung self-raising 
1sk Esen Vanilla
150g Blueberry






Cara - Cara :


1.     Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Kacau rata.

2.     Tuang esen vanilla dan masukkan blueberry tadi, gaul rata dengan spatula. Masukkan dalam acuan yg da dileserkan mentega.

3.     Panaskan oven then bakar 40 minit atau hingga masak pada suhu 175 celcius.


Siappp...







Tadaaaaaa...















Bye²...

Sunday, June 28, 2015

Kek Coklat Cheese Leleh (Simple)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Baru ade masa nak share resepi ni, mcm² yang jadi bulan june ni..hehe sweet sgt² tau even ada rasa risau dan terkejut, dia macam tiba² je tau..suspen x? nanti rajin aq update post pasal bde ni ea. Kek ni aq buat masa anniversary kiteorg. Senang je nak buat kek ni. Jum kita tengok resepi dia.





Bahan - Bahan :

(Kek Coklat)
1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla

(Cheese Leleh)
250g Cream Cheese
1/2 tin Susu Pekat



Cara - Cara :

1.     Mula² buat kek coklat dulu. Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.

4.     Untuk cheese leleh plak, pukul cream chesse dan susu pekat sehingga pekat dan sebati.

5.     Bila kek da masak biarkan kek sejuk seketika then boleh curahkan adunan cheese tu kt atas kek....ciapp






Tadaaa...








So boleh la hias kek korang ikot suka korang. Senang kan nak buat. Gigil aq nak tulis atas kek tu. hehehehe






Selamat Mencuba...




Bye²...

Sunday, April 26, 2015

Kek Cokelatttt Moist (Kukus)








Assalamualaikum...





Haluuu...





Cuaca kat Osaka skrg tgh best² je...uuuuu i love spring..hehe Memula nak msuk spring dlu sejuk ag so x suke sgt skrg ni suhu around 18-20 celcius, syok woo..


Ok, berbalik pada entry harini, tyme aq tgk running man tibe² incik asben line kasi pic resepi kek coklat kukus. Tersenyum aq sebab sebelum ni aq ade ckp lame kite x mkn kek cokelatt en, maklum la nak beli kek yg halal kt sini susah. Yg ade pun yg frozen tu pun jauh nk gi beli then ade 1 choice je. So bersyukur la kite lahir n membesar kat Malaysia sebab heaven gile makanan kat Malaysia, da la sedap murah plak tu.


Bila duk tgk² resepi tu skali semua bahan ade je kt dapur tu so esk bleh buat la. Resepi tu x tau link die dari mane incik asben amik tapi resepi dari Chef Wan. Esoknya aq tgk 1 cite korea ni, jln cite die best tapi heroin die kureng cantik ckit..adoiii ilang mood agagaga nk tgk yg cantek aje~. Jum ikot Chef Two ni buat kek.





Bahan - Bahan :

1 1/4 cwn Tepung Gandum
1 sk Baking Powder
1 sk Soda Bicarbonate
1 cwn Gula (aq letak 3/4 je)
1 cwn Serbuk Koko (Pure)
1 cwn Susu Cair (aq pakai susu segar)
1 cwn Butter
1/2 cwn Susu Pekat
3 bijik Telur
1 sk Vanilla esen (tambah sdiri)




Cara - Cara :

1.     Ayak tepung gandum, baking powder & soda bicarbonate then ketepikan.

2.     Masukkan gula, serbuk koko, susu segar, butter, susu pekat dan masak di atas api yg sederhana. Kacau sehingga sebati then make sure x hangus ea. Da nampak bubble² then tutup api.

3.       Biarkan sejuk seketika. Bila da sejuk bleh letak telur satu persatu then kacau hingga sebati. 

4.     Masukkan esen vanilla. Esen vanilla ni bleh ilangkan bau hanyir telur & aq suke sgt bau esen vanilla ni, wangieee.

5.     Kemudian boleh masukkan tepung tapi. Kacau sehingga semua bahan sebati. Masa aq duk kacau kekeng² kt dapur, incik asben tgk then die ckp nape x pakai hand mixer? dgn jujurnya aq ckp nanti malas nak cuci..hehe pemalas btol kan. Die gelak then ckp guna la, ag senang pakai hand mixer. Da ciap guna letak je kt sinki nanti die tolong cuci. Owhhh bahagia je dgr, trus g amik hand mixer..hehe

6.     Bila da ciap. Boleh kukus kek tu selama 45 minit atau sehingga kek tu masak.

* jgn lupe balut kain kat tutup pengukus tuk elak wap air masuk dalam bancuhan kek kite, kalau x nak balut dgn kain bleh guna aluminium foil then cover atas kek tu.


Ciappp...









kasi pic dekat cikitttt...









Bye²...

Wednesday, December 24, 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese.






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kepada peminat cheese macam kteorg 2 org ni, biasa kite makan cheesecake yg x yah baked kan. Kali ni jum try buat yang kukus plak. Tadi jalan-jalan kt blog skali nampak resepi ni kt blog Mat Gebu pantang nampak cheese pastu ade plak tulis "senang dan sedap". Asal nampak senang je mesti nak try buat..hehe tentiu kepada tuan punyer resepi.






Bahan - Bahan :


Kek Coklat

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3sb serbuk koko*
1sk soda bicarbonate*
1/2sk baking powder*
(*disatukan dan di ayak)

Lapis Cheese

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1sb air
1sb tepung gandum







Cara - Cara :

1.     Panaskan kukusan. Lenser acuan kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi dan ketepikan.

2.     Untuk Kek Coklat :- Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, pukul sebati. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, pukul sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan² yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak kemudian ketepikan.

3.     Untuk Lapisan Cheese :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati.

4.     Tuang 1 bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan acuan kek dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak.

5.     Biarkan kek sejuk sekejap kemudian boleh keluarkan dari acuan dan dihidangkan.



Ciappp...







Makan dengan teh panas madu sambil men game World of Tank duduk dalam Kotaksu...weee
(spend tyme during winter) Sekarang ni sibuk knitted plak, da ciap buat snow cap tuk incik husband and scarf untuk caye...uuuu besttttt....  








Bye²...

Thursday, December 11, 2014

Oreo Cheesecake Lagi






Assalamualaikum...





Haluuu...





Haaa tajuk saje je nak letak lagi sebab kali ni buat proper sikit sebab i da ade hand mixer uoilss...hehehehe colour pink lagi..weeeweee sukeee. Still gune resepi yang dulu gak. Xpe x yah cari² resepi kite yg dulu tu sebab harini rajin terlebih so kite taip balik..

Ni sebabnya 2-2 suke makan oreo dan cheese..Pergh~ makanan yg mampu membuatkn badan menjadi kuwus sangat...ngee. Btw suhu kat sini sekarang 9 Celsius. Sejuk gigil uh..cheesecake xyah letak dalam peti sejuk dah..hehe 


Nampak x betapa excited nya dpt mixer pink.

Bahan - Bahan :

1 paket biskut oreo
2 sb butter (dicairkan)
200 ml whipping cream
150 g cream cheese
3 sb gula aising
1 sk esen vanilla



Cara - Cara :

1.     Hancurkan 10 keping oreo with filling sampai crumbly.

2.     Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam oreo yg dihancurkan tadi sampai sebati then mampat² kan die dengan sudu untuk dijadikan base kek kite tu. Simpan dalam peti sejuk dulu kejap.

3.     Pukul whipping cream sampai die kembang.

4.     Pukul cream cheese dan gula dalam bowl yg lain kemudian letak esen vanilla.

5.     Bila cream adunan cream cheese tadi da sebati bleh masukkan cream cheese yang kita da pukul td.

6.     Kemudian patah²kan oreo yang ada untuk dicampurkan kedalam adunan cheese tadi. Bila da masuk biskut tu kita kacau² biar sebati.

7.     Masukan adunan ke atas base yang telah dibuat tadi. Kemudian masukkan dalam peti sejuk semalaman atau 4-5 jam.

Ciappp...










ps: tentiu incik asben sebab belikn hand mixer, nanti kite beli brg² len clour pink jugak ea..keh²





Bye²...


Tuesday, November 25, 2014

Cheat's Lemon Cheesecake (Tanpa Cheese)






Assalamualaikum...






Haluuu...






Cheesecake ni org panggil cheat's cheesecake sebab cheesecake ni x pakai cheese..Peningkan? nama cheesecake tapi x pakai cheese...hehe Ni sebab tengok masterchef haritu, asal tengok masterchef je rasa lapar sebab nampak sedap sangat deorg masak. Kek ni salah satu menu ade dalam cite tu, magic uhhh buat cheesecake x guna cream cheese. 

Memula macam x cayer tau tapi bila da try buat pastu bagi incik husband try. Tanye die kek ape ni? die pun ckp cheezy lemon cake..hehehehe maksudnya berjaya la buat cheesecake ni...ngeee Yang paling best kek ni senang je nak buat dan x perlukan banyak bahan. Lagi 1 x payah nak guna oven pun.








Bahan - Bahan :

200g Digestive Biskut (oreo pun bleh gak)
100g Butter (dicairkan)
250ml Susu Pekat
250ml Whipping Cream
2 Biji Jus Lemon
1 Biji Parutan Kulit Lemon




Cara - Cara :

1.     Hancurkan biskut sampai biskut jadi serbuk. Kalau pakai biskut oreo hancurkan dengan cream die skali, tak payah buang. Pakai food processor lagi senang nak hancurkan biskut tu.

2.     Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. Kacau biskut dengan butter tadi then jadikan die base kek kite dengan masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan² sehingga rata.

3.     Masukkan ke dalam fridge sementara kite nak buat filling die.

4.     Pukul susu pekat sehingga kembang kemudian masukkan jus dan parutan kulit lemon tadi dan kacau, kemudian ketepikan.

5.     Pukul whipping cream di dalam bowl yg lain sehingga kembang atau bese org pakai istilah bertanduk. Tanduk kambing pun boleh..hehe

6.   Masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan susu pekat dan kacau sebati.

7.     Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi kemudian masukkan ke dalam fridge selama 5 jam atau semalaman.


Ciapp...










Tadaaa..... senang kannn...







Bye²...

Monday, October 13, 2014

Kek Coklat Kukus






Assalamualaikum...






Haluuu...






Hari ni xleh kuar sbb de typhoon so kite duk umah senyap²..hehe.. Bunyi angin kuat dari sliding door & tingkap, harap² semuanya ok la kan. So malam² teringin nak makan kek coklat, tanya kt incik husband, nak makan kek coklat tak? cepat je die balas, nakkkk..ngee~

Kek coklat kukus ni die pyer structure lain dengan kek coklat yg kite bakar, kalau kukus die macam padat cikit dan yg paling penting confirm x akan hangit punyer. Macam biasa, kite akan buat benda yg senang dan tak perlukan banyak bahan sebab kalau x banyak bahan mesti beginner macam i ni boleh buat...heeee baru blajar masuk dapur kannnn...




Bahan - Bahan :

170g tepung gandum
170g butter
200 gula kastor (kurangkan manis dlm makanan)
3 bijik telur
45g pure coco powder (bancuh dengan 150ml air)
1 sk vanilla essen



Cara - Cara :

1.   Pukul butter dengan gula sampai sebati.

2.   Masukkan telur 1 per 1 then kacau. Satu per satu tau jgn men campak sume je.




3.   Masukkn vanilla essen. Vanilla essen ni function die untuk hilangkan bau hanyir telur.

4.   Masukkan bancuhan coklat tadi dan kacau hingga sebati.

5.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit kemudian kacau sekejap. Make sure semua bahan tu sebati ekh.

6.   Sapu butter kat sekitar loyang kek kemudian masukkan bancuhan kek tadi ke dalam loyang.

7.   Kukus kek dengan api yg sederhana selama 45-55 minit. Balut tutup kukusan kite tu dengan kain supaya air dari tutup tu x jatuh dalam kek.


Siapppp...boleh hidangkan dengan topping kesukaan masing².


 Kite buat topping cheese meleleh..Sedapppp sbb kek coklat tu x berapa manis then combine dengan cheese yg manis itu. aurmmm..





Selamat mencuba..




Bye²...






Wednesday, October 1, 2014

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum...





Haluuu...




Sape suke mkn cheese akat tgn cepatttt...asben kite suke cheese.. Huntunglaaa die mkn cheese byk² pun maintain kuwus. So cheese cake yg paling senang nak buat adalah oreo cheese cake pasal die x yah nak bakar atau kukus. Senang sgt² dan hasilnya nyum² sedap, rasa mcm kek eskrim. Jum tgk resepi.




Bahan - Bahan :

2 paket biskut oreo
2 sb butter (dicairkan)
200 ml whipping cream
150 g cream cheese
3 sb gula aising
1 sk esen vanilla



Cara - Cara :

  1. Hancurkan 10 keping oreo with filling sampai crumbly.
  2. Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam oreo yg dihancurkan tadi sampai sebati then mampat² kan die dengan sudu untuk dijadikan base kek kite tu.
  3. Pukul whipping cream sampai die kembang.
  4. Pukul cream cheese dan gula dalam bowl yg lain kemudian letak esen vanilla.
  5. Bila cream adunan cream cheese tadi da sebati bleh masukkan cream cheese yang kita da pukul td. Aq pakai blander je tuk pukul adunan...hehehe

  6. Kemudian patah²kan oreo yang ada untuk dicampurkan kedalam adunan cheese tadi. Bila da masuk biskut tu kita kacau² biar sebati.

  7. Masukan adunan ke atas base yang telah dibuat tadi. Buat cantik² kemudian masukkan ke dalam peti ais. Ciapppp




Da kena makan...hehe


bye²