Assalamualaikum...
Haluuu...
Haaa tajuk saje je nak letak lagi sebab kali ni buat proper sikit sebab i da ade hand mixer uoilss...hehehehe colour pink lagi..weeeweee sukeee. Still gune resepi yang dulu gak. Xpe x yah cari² resepi kite yg dulu tu sebab harini rajin terlebih so kite taip balik..
Ni sebabnya 2-2 suke makan oreo dan cheese..Pergh~ makanan yg mampu membuatkn badan menjadi kuwus sangat...ngee. Btw suhu kat sini sekarang 9 Celsius. Sejuk gigil uh..cheesecake xyah letak dalam peti sejuk dah..hehe
Nampak x betapa excited nya dpt mixer pink. |
Bahan - Bahan :
1 paket biskut oreo
2 sb butter (dicairkan)
200 ml whipping cream
150 g cream cheese
3 sb gula aising
1 sk esen vanilla
Cara - Cara :
1. Hancurkan 10 keping oreo with filling sampai crumbly.
2. Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam oreo yg dihancurkan tadi sampai sebati then mampat² kan die dengan sudu untuk dijadikan base kek kite tu. Simpan dalam peti sejuk dulu kejap.
3. Pukul whipping cream sampai die kembang.
4. Pukul cream cheese dan gula dalam bowl yg lain kemudian letak esen vanilla.
5. Bila cream adunan cream cheese tadi da sebati bleh masukkan cream cheese yang kita da pukul td.
6. Kemudian patah²kan oreo yang ada untuk dicampurkan kedalam adunan cheese tadi. Bila da masuk biskut tu kita kacau² biar sebati.
7. Masukan adunan ke atas base yang telah dibuat tadi. Kemudian masukkan dalam peti sejuk semalaman atau 4-5 jam.
Ciappp...
ps: tentiu incik asben sebab belikn hand mixer, nanti kite beli brg² len clour pink jugak ea..keh²
Bye²...
No comments:
Post a Comment