Monday, October 13, 2014

Roti Tortilla




Assalamualaikum...






Haluuu...





Alhamdullilah semalam typhoon x teruk sgt melanda Osaka, just angin kuat dengan air ujan mencurah² kt tingkap tapi takot gak sebab dengar bunyi angin kuat sgt, angin die sejuk gile, x tipuuu. Untuk breakfast hari ni kite buat roti tortilla. Letak isi sosej je sebab malas nak defrost ayam..keh² pemalas betul Letak sosej pun sedap tau, bleh makan byk²..hehe Roti tortilla ni nampak je nipis tapi bila da makan kenyang sgt, sesuai tuk buat breakfast.

Resepi roti tortilla ni amik dari blog  Salam Dunia , tentiu tuan punyer resepi sebab share resepi yg simple dan senang ni, paling penting sedap.. =)






Bahan - Bahan :

2 cwn tepung gandum
3/4 baking powder
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
3/4 cwn air panas mendidih


Cara - Cara :

1.   Gaul rata tepung gandum, baking powder dan garam. Masukkan minyak masak dan kacau hingga tepung jadi bergentil-gentil.

2.   Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Uli doh sehingga menjadi lembut dan permukaan menjadi licin.

3.   Rehatkan doh dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30minit.

4.   Bahagikan kepada 9-12 bebola. Canaikan sehingga menjadi bulat nipis. Pastikan suhu pan pembakar betul2 panas. Bakar roti tortilla selama lebih kurang 1 minit untuk 1 permukaan je.

Tadaaa....da ciap



Untuk inti roti tortilla ni kite pkai sosej, salad, zucchini, sos cili, mayonis dan sos cheese. Kalau nk resepi cheese source tu boleh tgk kt sini . Gulung roti tortilla kite mcm yg jual kt kepci tu.




Dan boleh buat utk lunch box skali.. Da terjebak dengan art of bento, menarik & seronok buat bende ni upenya.



hehe...yg dlm cup kuning tu kek coklat cheese meleleh, bleh check resepi kek coklat tu kt sini
Selamat mencuba



bye²...

No comments:

Post a Comment