Assalamualaikum...
Haluuu...
Harini nak share resepi yg simple je dan tak perlukan banyak bahan. Sape suke makan cheese angkat tangannnnn....hehe Harini kite buat cheezy wedges yg sedap dimakan panas²..nyum²
Untuk wedges tu boleh bli yg frozen je kat kedai atau bleh beli tepung ayam kepci tu then bancuh pas2 goreng.Kalau nak buat sdiri pun bolehhh..
Bahan - Bahan (Wedges):
2 bijik ubi kentang saiz besar
1sk serbuk cili
1sb serbuk black paper
1 bijik telur
1 cwn tepung gandum
garam
Cara - Cara:
1. Cuci kentang kemudian potong mengikut kesukaan sendiri.
2. Rebus kentang dengan sedikit garam. Bila da setengah masak, angkat dan toskan kentang.
3. Campurkan tepung gandum, serbuk cili, serbuk black paper kemudian gaul hingga sebati.
4. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan kentang dalam telur kemudian sadurkan kentang dengan tepung yg telah disedikan tadi.
5. Goreng kentang hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Bahan - Bahan (Cheese Souce) :
2 sb butter
2 sb tepung gandum
200ml susu segar
garam
1sk serbuk cili
1sk serbuk lada putih
3 keping cheddar cheese
pewarna kuning
Cara - Cara :
1. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau². Jgn bagi berketul-ketul.
2. Masukkan susu, serbuk cili, serbuk lada putih dan sedikit garam.
3. Masukkan cheddar cheese kemudian kacau rata.
4. Masukkan sedikit perwarna kuning kemudian kacau sehingga warna kuning sebati dan tutup api bila sos sudah pekat mengikut keperkatan yg dikehendaki.
Boleh dihidangkan dengan wedges tadi. Lagi sedap bila dimakan dengan mayonis.
Bagi pic dekat cikit...kasi nampak cheese meleleh tuuuuu...hehe
haaaaaaaaaa...mengoda en cheezy wedges tu.
okBye...
No comments:
Post a Comment