Assalamualaikum...
Haluuu...
Da lama x update blog ni...hehe sebab iols bz cikit. Dengan ini aq nk mengumumkan bahawa aq x suke winter...heeee kunun mcm suspen je en pengumuman. Serius uh, sejuk sgt x elok untuk badan kite, selalu kena selsema. Ye la bukan omputih en, lahir² kt Malaysia.
Btw sekarang ni da spring kt cini, Sakura da berbunga, canteekkkk. Even da spring tapi udara still sejuk lagi tapi much better dari winter aritu. Sejuk² ni dapat makan bde yg panas² mesti best kan. Jum tengok resepi lasagna ni.
Bahan - Bahan :
Kepingan lasagna secukupnya
cheese untuk ditabur
Inti Lasagna
500g ayam kisar
1 ulas bwg putih - (hiris halus)
3 ulas bwg merah- (hiris halus)
sedikit garam
cendawan butang secukupnya
1 tin diced tomato (pakai prego pun boleh)
serbuk oregano
White Sauce
500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam
Cara - Cara:
1. Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam kisar. Kacau sehingga ayam tu masak.
2. Masukkan 1 tin tomato dan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk oregano. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian ketepikan.
3. Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.
4. Rebus kepingan lasagna dengan 1sk minyak sehingga lembut dan toskan.
5. Letak kepingan lasagna di dalam loyang atau apa² bekas yang bleh dimasukkan ke dalam oven. kemudian masukkan inti ayam yang telah kite masak tadi, tabur sedikit cheese ke atas inti ayam then lapiskan dengan kepingan lasagna. Diikuti dengan white sauce kemudian kepingan lasagna lagi. Buat la sampai habis. Last sekali, Kat permukaan lasagna tu tabur cheese ikot selesa awk² semua.
Bye²...
menyelerakan ..
ReplyDeletennti sy nk try buat