Assalamualaikum...
haluuu...
Deman hanami dah hilang sebab sakura da xde..hehe so duk umah diam² sebab da penat jalan² pegi picnic sbil tgk sakura kan. Harini terasa nak makan dessert yg simple. Aq x suke sgt yg rasa lemak² ni sgt sebab nanti cepat rase muak pastu xleh mkn byk²...heeeeee
Tepung custard ni bawak dari Malaysia, semangat bawak sebab nk makan kat Jepun. Kat cini x sure ade jual ke x sebab biasa usya kt kedai xde, klau beli online tu mungkin ade la. Jum tgk resepi.
Bahan - Bahan :
Untuk Puding Cocktail
1 tin Cocktail (asingkan buah & air)
1 cwn Tepung Custard
5 sb Gula
1200 ml air
Untuk Custard Cream
500ml Susu Segar
200ml Air
200ml Sirap @ Air Cocktail (yg diasingkan tadi)
200 g Gula
1 biji Kuning Telur
2 sb Tepung Custard
1 sk Esen Vanilla
Cara - Cara :
1. Memula kite buat puding dulu, masukkan tepung custard, gula dan air ke dalam bowl kemudian kacau sehigga gula larut dan tepung custard tidak berketul.
2. Tapiskan dan kemudian masak di atas api yg sederhana sambil kacau sehingga die pekat dan berkilat.
3. Potong cocktail dan masukkan ke dalam bekas atau acuan yg tahan panas. Masukkan puding yg dimasak tadi. Biarkan pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk.
4. Then boleh buat cream die, satukan semua bahan kemudian kacau sehingga gula larut dan sebati.
5. Tapiskan dan masak sehingga cream menjadi sedikit pekat. Tutup api kemudian biarkan pada suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Bila puding dan cream sejuk, boleh dihidangkan.
Ciap...
Bye²...
No comments:
Post a Comment