Monday, October 19, 2015

Pai Epal Simple






Assalamualaikum...






Haluuu...





Kat rumah ni ada banyak sangat epal, asik makan camtu je so nak gak try buat pai. Makan panas² mesti sedap kan tambah² tyme sejuk camni..uishhh besttt. Pai epal ni dapat resepi kat sini thanks tuan blog for the recipe. 





Bahan - Bahan :


Pastry
300g Tepung Gandum
120g Mentega, disejukkan dan dadu kecil
40g Shortening
1sk Gula Aising
1/3sk Garam
4 - 5sb Air Ais

Inti Pai
3 biji Epal
2 1/2 sb Gula Perang 
1/2sk serbuk Kulit Kayu Manis
2sb penuh Mentega
1sb penuh Tepung Jagung
1/4sk Garam

Makeup
1 Kuning Telur*
1/2 sk Esen Vanilla*
1 sb Susu Cair (aku guna susu segar)*
*kacau rata







Cara-Cara :


1.     Mula² buat pastry dulu, satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Bungkus dengan plastik then simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2.     Untuk inti plak kupas epal, buang kulit, empulur & dadukan epal.


3.       Panaskan mentega, masukkan epal kacau dan tambah gula perang dan garam. Kalau nak manis boleh tambah gula lagi, nak kencing manis bleh masukkan sekilo gula..=) 

4.     Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan. 

5.       Keluarkan doh dari peti sejuk,potong 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.

aku xde acuan pai, so guna bowl ni je...janji bleh masuk oven sudah....

6.     Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh susun ikut kreativiti sdiri pada bahagian atas inti pai. Aku buat munge rose...hehe




7.      Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.






Ciappp...


















Bye²....

Saturday, October 17, 2015

Homemade Pepperoni Pizza






Assalamualaikum...




Haluuu...





Sekarang da autumn so makanan yang menjadi pilihan adalah makanan yang panas² & penyumbang adipose...hehe alasan x nak rasa bersalah makan makanan yang "menyihatkan" tubuh badan. Resepi kali ni aku buat doh roti pizza tu pakai bread maker je sebab malas kurang rajin 

tapiiii

tapiii

kucewa bila buka bread maker tu skali x jadi doh jadi macam yogurt..chehhhh kuang asam gelugur betol orang yg bagi resepi itu...( sambil imagine muka org tu yg gumuk x berapa nak kurus itu ). xpe la nak buat camne malas sgt nak uli dengan tgn kan skali 2 kerja kena buat. So aku share resepi doh pizza yang manual punya, yg ni mmg confirm jadi sebab aku selalu buat guna resepi ni.

Klik je kt doh ruti pizza ni. Nanti ikot la step² tu dengan gigih ea, nak makan benda best kna la gigih..hehehe nasib la duk jepun, klau x order je pizza pahtu tunggu sambil tengok the return of superman.. Ingat aku suka tengok runningman je lettew, google "the return of superman" ekh???






Bahan - Bahan :

Roti Pizza ( resepi sini )

2 ulas Bwg Putih
500g Daging Kisar
1 tin Tomato Dices
Sos Tomato
Maxican Hot Sauce (option)
Gula 
Garam
Oregano
Sosej
Mozzarella Cheese







Cara - Cara :


1.     Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih yang telah dihiris kurus². Bila da naik bau masukkan daging kisar dan masak sehingga daging kisar tu masak. (nak tau masak t daging dia berubah colour jadi coklat cikit.

2.     Masukkan tomato diced. kemudian kacau lagi, biasa tomato ni ade 2 jenis 1 tomato diced yang macam aku guna ni 1 lagi yg whole peeled so jangan tertukar ekh masa nak beli tu.

 Alamakkk I tertukarla camne? camne? 
Jangan kepoci sangat, masukkan dalam pan then penyet²kn sampai kecik²....settle

3.     Masukkan sos tomato & sos maxican hot sesedap rasa. Maxican hot sauce tu tuk bagi dia rasa pedas cikit. Kalau xde, x payah letak. Nak letak gak? boleh ganti dengan sos cili sikit.

4.     Kemudian Perisakan dengan garam dan gula. Lepas tu tabur oregano then tutup api. Cian topping pizza kita.

5.     Ambil roti pizza kemudian sapu topping yang kita da masak tadi.



 6.     Letakkan sosej & tabur cheese banyak²...nyum²





7.     Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 20 - 30 minit. Tengok agak² roti pizza kita da brown² tu ok la.




Ciappp.....





Yang mail nak tau bahan camne aku guna tu, ni haaaa



yang paket besar tu tepung, sos besar tu sos tomato yg botol colour turquoise tu oregano. Bleh beli kat Gymo. Sosej halal pun ade kt situ, gambar?? heeeee lupa nak amik tapi cap rose.



Bye²...

Monday, October 12, 2015

Overnight Oats






Assalamualaikum...




Haluuu...




Ni resepi da berkurun tapi baru ingat nak share, duk tengok² gambar dalam phone skali jumpa gambar overnight oat ni so rajinkan diri tuk menaip resepi ni. Kalau x taip nanti lupa plak nak buat camne kan. Overnight oat ni xyah nak sukat, nak timbang pun bahan² dia. Main agak² je.







Bahan - Bahan :


Rolled oats
Plain Yogurt
Fresh Milk
Madu
Buah- Buahan pilihan masing²







Cara - Cara :


1.     Memula sediakan mason jar, masukkan oat secukup rasa kemudian sudukan yogurt keatas oat tu then masukkan madu. Ulang langkah tu sampai jar tu penuh, jangan penuh sangat nanti x muat nak letak buah.




2.     Masukkan fresh milk then tutup jar, masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.




3.      Bila nak makan baru letak buah-buhan sebab nanti lembik x sedap. 1 jar ni boleh makan untuk  sehari kalau aku la. Kenyang oat ni. Kalau sape² xde masa nak prepare breakfast or bekal utk lunch, boleh bawak bekal overnight ni ke kelas @ tempat kerja. Senang sebab duduk dalam mason jar kan.




Aku letak kiwi & blueberry dalam oat ni..besttttt..




bye²

Monday, August 31, 2015

Pasta Gratin






Assalamualaikum...





Haluuu...




Jum tambah lemak dalam badan..hehe sape yg suka makan cheese mesti suka gratin ni. Gratin lebih kurang macam lasagna la tapi xde lapis². Untuk gratin kali ni aku guna pasta yang bentuk shell tu sebab bentuk dia comel, sebab tu je ke? yeaaaaa..sebab dia comel.. 

Makan gratin ni masa hujan..perghhh sedap.




Bahan - Bahan:


Untuk Inti 

1 cup Pasta (direbus & ditoskan)
1 cup Isi Ayam
1 ulas Bwg Putih - (hiris halus)
3 ulas Bwg Merah- (hiris halus)
1/2 sb Serbuk Blackpaper
1 sb Butter
sedikit Garam
Cendawan secukupnya
sedikit Serbuk Basil (option)

Untuk White Sauce

500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam





Cara - Cara :


1.   Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam tu masak.

2.   Masukkan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk blackpaper. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. Gaul sehingga sebati kemudian tabur serbuk basil. Kalau xde pun xpe, aku letak sebab nak eksyen ada serbuk basil..heheheheh da siap masak boleh tutup api dan ketepikan.

3.   Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.

4.     Sediakan bekas kaca gratin atau apa² bekas tahan panas, masukkan inti kkemudian surahkan white sauce. Last tabur cheese.

5.     Bakar 10 - 20 minit pada suhu 200 celcius. Ciap & best makan tyme dia panas².













Bye²...


Thursday, July 23, 2015

Kek Blueberry




Assalamualaikum...





Haluuu...





Selamat Hari Raya Aidilfitri sume....Aku raya kt Osaka tahun ni, raya kat perantauan ni xdela meriah mcm raya kt Malaysia. Harusssslllaaa mne bleh kacau dodol, bakar lemang, main mercun sume kt sini kan. Rendang pun klau nak makan boleh, tapi kena masak sdiri la..hehe

Menu raya tahun ni rendang daging, nasi himpit, roti jala, kari ayam & kek blueberry. Haaaa biskut raya xde...hehe tu buat kek, kunun ganti kuih raya. Tak plan pun nak buat kek tapi masa gi supermarket aritu nampak blueberry melambai² suh beli....heeeeee~

So da ada blueberry goggle cari resepi. Aku amik resepi ni kt blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku suka tengok blog ni sbb kalau ikot resepi dia mesti sedap kira kena dengan selera aku la. Thanks Mat Gebu..






Bahan - Bahan :

200g Mentega
2 biji Telur gred A
100ml Susu Segar
140g Gula Kastor
220g Tepung self-raising 
1sk Esen Vanilla
150g Blueberry






Cara - Cara :


1.     Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Kacau rata.

2.     Tuang esen vanilla dan masukkan blueberry tadi, gaul rata dengan spatula. Masukkan dalam acuan yg da dileserkan mentega.

3.     Panaskan oven then bakar 40 minit atau hingga masak pada suhu 175 celcius.


Siappp...







Tadaaaaaa...















Bye²...

Sunday, June 28, 2015

Kek Coklat Cheese Leleh (Simple)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Baru ade masa nak share resepi ni, mcm² yang jadi bulan june ni..hehe sweet sgt² tau even ada rasa risau dan terkejut, dia macam tiba² je tau..suspen x? nanti rajin aq update post pasal bde ni ea. Kek ni aq buat masa anniversary kiteorg. Senang je nak buat kek ni. Jum kita tengok resepi dia.





Bahan - Bahan :

(Kek Coklat)
1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla

(Cheese Leleh)
250g Cream Cheese
1/2 tin Susu Pekat



Cara - Cara :

1.     Mula² buat kek coklat dulu. Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.

4.     Untuk cheese leleh plak, pukul cream chesse dan susu pekat sehingga pekat dan sebati.

5.     Bila kek da masak biarkan kek sejuk seketika then boleh curahkan adunan cheese tu kt atas kek....ciapp






Tadaaa...








So boleh la hias kek korang ikot suka korang. Senang kan nak buat. Gigil aq nak tulis atas kek tu. hehehehe






Selamat Mencuba...




Bye²...

Wednesday, May 27, 2015

Puding Pandan Santan Perantauan






Assalamualaikum...





Haluuu...





Tyme² panas ni dpt puding sejuk² best kan tapi kat jepun ni nak cari daun pandan susah woo, yg tanam kt umah ni pun x besar² mb sebab cuaca kot. Gigih bwk dari malaysia pandan tu, pastu die naek flight then smpai jepun..hehe jauh en pandan tu travel.

So utk gantikan daun pandan tu, aq gune pandan paste. Pun boleh la asal ade gak rase pandan cikit². Pasal tu la puding ni name die perantauan. kalau x perantauan bleh pakai daun pandan yg diblend dgn air sikit, paste pandan da x pandang la klau kt Malaysia, sbelah mata pun x tgk..eksyenn!!!




Bahan - Bahan :

1 paket Agar² Serbuk (11g)
4 cwn Air (refer direction kat kotak masing²)
200g Gula 
250ml Santan
1 biji Telur
sedikit Pandan Paste
sedikit Pewarna Hijau
secubit Garam





Cara - Cara :

1.     Masukkan air, agar² dan gula ke dalam periuk. Larutkan dengan api yg sederhana.

2.     Masukkan telur ke dalam santan dan pukul hingga sebati. Pakai garfu jeee.

3.     Masukkan santan dan telur tadi ke dalam larutan agar² kemudian masukkan pandan paste, pewarna hijau dan secubit garemmm..

4.    Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.

5.     Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk & bila da nampak puding tu keras ckit bleh masukkan ke dalam peti sejuk.


Hidang bila puding tu sejuk, baru besttt..









bye²....