Assalamualaikum...
Haluuu...
Sekarang da autumn so makanan yang menjadi pilihan adalah makanan yang panas² & penyumbang adipose...hehe alasan x nak rasa bersalah makan makanan yang "menyihatkan" tubuh badan. Resepi kali ni aku buat doh roti pizza tu pakai bread maker je sebab malas kurang rajin
tapiiii
tapiii
kucewa bila buka bread maker tu skali x jadi doh jadi macam yogurt..chehhhh kuang asam gelugur betol orang yg bagi resepi itu...( sambil imagine muka org tu yg gumuk x berapa nak kurus itu ). xpe la nak buat camne malas sgt nak uli dengan tgn kan skali 2 kerja kena buat. So aku share resepi doh pizza yang manual punya, yg ni mmg confirm jadi sebab aku selalu buat guna resepi ni.
Klik je kt doh ruti pizza ni. Nanti ikot la step² tu dengan gigih ea, nak makan benda best kna la gigih..hehehe nasib la duk jepun, klau x order je pizza pahtu tunggu sambil tengok the return of superman.. Ingat aku suka tengok runningman je lettew, google "the return of superman" ekh???
Bahan - Bahan :
Roti Pizza ( resepi sini )
2 ulas Bwg Putih
500g Daging Kisar
1 tin Tomato Dices
Sos Tomato
Maxican Hot Sauce (option)
Gula
Garam
Oregano
Sosej
Mozzarella Cheese
Cara - Cara :
1. Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih yang telah dihiris kurus². Bila da naik bau masukkan daging kisar dan masak sehingga daging kisar tu masak. (nak tau masak t daging dia berubah colour jadi coklat cikit.
2. Masukkan tomato diced. kemudian kacau lagi, biasa tomato ni ade 2 jenis 1 tomato diced yang macam aku guna ni 1 lagi yg whole peeled so jangan tertukar ekh masa nak beli tu.
Alamakkk I tertukarla camne? camne?
Jangan kepoci sangat, masukkan dalam pan then penyet²kn sampai kecik²....settle
3. Masukkan sos tomato & sos maxican hot sesedap rasa. Maxican hot sauce tu tuk bagi dia rasa pedas cikit. Kalau xde, x payah letak. Nak letak gak? boleh ganti dengan sos cili sikit.
4. Kemudian Perisakan dengan garam dan gula. Lepas tu tabur oregano then tutup api. Cian topping pizza kita.
5. Ambil roti pizza kemudian sapu topping yang kita da masak tadi.
6. Letakkan sosej & tabur cheese banyak²...nyum²
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 20 - 30 minit. Tengok agak² roti pizza kita da brown² tu ok la.
Ciappp.....
Yang mail nak tau bahan camne aku guna tu, ni haaaa
yang paket besar tu tepung, sos besar tu sos tomato yg botol colour turquoise tu oregano. Bleh beli kat Gymo. Sosej halal pun ade kt situ, gambar?? heeeee lupa nak amik tapi cap rose.
Bye²...
Bye²...
No comments:
Post a Comment