Assalamualaikum...
Haluuu...
Kat rumah ni ada banyak sangat epal, asik makan camtu je so nak gak try buat pai. Makan panas² mesti sedap kan tambah² tyme sejuk camni..uishhh besttt. Pai epal ni dapat resepi kat sini thanks tuan blog for the recipe.
Bahan - Bahan :
Pastry
300g Tepung Gandum
120g Mentega, disejukkan dan dadu kecil
40g Shortening
1sk Gula Aising
1/3sk Garam
4 - 5sb Air Ais
Inti Pai
3 biji Epal
2 1/2 sb Gula Perang
1/2sk serbuk Kulit Kayu Manis
2sb penuh Mentega
1sb penuh Tepung Jagung
1/4sk Garam
Makeup
1 Kuning Telur*
1/2 sk Esen Vanilla*
1 sb Susu Cair (aku guna susu segar)*
*kacau rata
Cara-Cara :
1. Mula² buat pastry dulu, satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Bungkus dengan plastik then simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Untuk inti plak kupas epal, buang kulit, empulur & dadukan epal.
3. Panaskan mentega, masukkan epal kacau dan tambah gula perang dan garam. Kalau nak manis boleh tambah gula lagi, nak kencing manis bleh masukkan sekilo gula..=)
4. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk,potong 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
aku xde acuan pai, so guna bowl ni je...janji bleh masuk oven sudah.... |
6. Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh susun ikut kreativiti sdiri pada bahagian atas inti pai. Aku buat munge rose...hehe
7. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.
Ciappp...
Bye²....
No comments:
Post a Comment