Assalamualaikum...
Haluuu...
Hi, post kali ni aku nak ajar pelbagai
cara dan kos untuk hantar wang dari Malaysia ke Jepun. so xde alasan x nk bagi aku duit..hehe..Rata-rata ramai yang
komplen susah nak hantar wang JPY untuk kegunaan survival di Japan. Informasi
yang aku letak kt bawah ni setakat ni xde salah, tapi kemungkinan untuk
policy makers di kedua negara untuk ubah polisi kewangan tu sentiasa ada. Jadi,
kalau ada silap, mohon maklumkan.
Cara biasa wang fizikal naik aeroplane,
kirim member, post tak cover kat sini. Boleh rujuk SINI.
Option
1 : Gunakan khidmat Visa/Mastercard.
Kalau korang ada kad Debit . Credit boleh
la bawa directly ke Japan untuk dicucuk di mana-mana ATM dalam 7 Eleven kat
Japan. Make sure bagitahu bank (call je card provider.. senang) untuk activate
card bagi kegunaan di Jepun. Dia akan tanya tempoh berapa lama.
Untuk pengetahuan korang 7 Bank terima
Visa, Mastercard, CIRRUS, PLUS, dan even MEPS based cards. Caj pengeluaran
biasanya RM 10.60 untuk setiap transaksi, except Maybank yang charge RM12.72
termasuk 6% GST.
Kalau nak kurangkan risiko kehilangan wang,
gunakan kad Debit. Dengan cara ni, korang tak perlu berhutang, or risau nak
bayar on-time untuk elakkan excess charges, or bayar RM50 setahun untuk setiap
credit card. ’Thanks’ Ah Jib Gor.
Foreign Currency Rate untuk Visa &
Mastercard dirombak setiap hari. So, kena hati-hati sebelum keluarkan wang.
Bank pula biasanya akan ambil 1-2% keuntungan atas jumlah pengeluaran.
Contoh,
Datin Sheila menggunakan credit kad credit
Mastercard CIMB suaminya untuk keluarkan JPY 50,000 di 7E ATM pada .30 Nov 2015
jam 11 pagi. Jumlah caj dikenakan untuk pengeluaran kali ni ialah :
Kos sebenar=harga semasa JPY+Bank Fee(%)+Overseas Withdrawal Fee+Japan ATM usage fee
50000*0.034752+(0.01*50000*0.034752)+10.60 +0 =MYR 1756.58,
yang mana kos pengeluaran untuk kali ni
ialah RM18.98.
MasterCard Exchange Rate http://bit.do/bBRan @ 30 Nov 2015 = 0.034752MYR /1JPY
Exchange Rate untuk Visa boleh didapati
dari sini: http://bit.do/bBRgV
Bayaran (Hutang sebenarnya sebab kad
kredit) ni mesti dijelaskan sebelum 12 haribulan Dec (bergantung bank & kad
anda) untuk mengelakkan denda bayaran lewat dari CIMB. Tambahan, kalau gunakan
kad kredit, sebenarnya ada lagi hidden cost. Biasanya kita pejam mata buat tak
nampak je sebab guna husband punyer hew hew hew.
Korang boleh la tengok jadual bawah ni
untuk tahu berapa kos sebenar yang korang kena bayar.
Bank
|
Product
|
ATM Fee*
(issuer)
|
ATM Fee*#
(7E ATM)
|
Other Fee
(imposed on receiver)
|
Note
|
Airasia EZ Pay
|
Passport
|
RM10 or 2%
|
0 – 200jpy
|
MC Ex-rate
|
6 currency value locking
|
CIMB
|
KWIK
|
RM10
|
0 – 200jpy
|
MC Ex-rate + 1%
|
Max 100,000 JPY per txn, or RM 4,999 wallet limit
per transaction. Usable ATM : Mastercard, CIRRUS, PLUS network.
|
CIMB
|
Debit MasterCard
|
RM10
|
0 – 200jpy
|
MC Ex-rate + 1%
|
Max 100,000 JPY per txn or RM 10,000 limit per day.
Usable ATM : Mastercard, MEPS network.
|
Maybank
|
Debit Visa
|
RM12
|
0 – 200jpy
|
V Ex-rate + 0?% 1%? 2%?
|
Max 100,000 JPY per txn
|
Maybank, CIMB, HSBC,
Citibank, etc
|
Credit Card
|
Credit Card owners
don’t really care about all the hidden cost. Thus, not being covered here.
|
Untuk Maybank, aku tak tahu berapa % dia
caj sebab Maybank rahsiakan benda ni dari website drg, so kalau korang tahu
sila maklumkan.
PRO
: Easy, Quick, Not requiring other people to do it
in Malaysia. Quick and updated forex rate.
CON
: Banyak extra fees, from 1-5%, so far belum ada
card provider yang bagi 0%. ATM Withdraw fee RM10-12. ATM fee di Jepun. kos
termahal untuk penghantaran melebihi MYR2000.
Sekian untuk posting kali ni.
Option
ke-2 dan ke-3 bakal menyusul. Kita explore apa itu T.T pulak. Dan kos dia pulak
berapa agaknya eh.
Bye.... uishh aku x jumpa kuasa 2 kecik tu kt keyboard ni... -.-
thanks tuk peminat no 1 Sheila Zahari sbb buat post ni...hehe sonoknyaaaaa
No comments:
Post a Comment