Assalamualaikum...
Haluuu...
Tyme² panas ni dpt puding sejuk² best kan tapi kat jepun ni nak cari daun pandan susah woo, yg tanam kt umah ni pun x besar² mb sebab cuaca kot. Gigih bwk dari malaysia pandan tu, pastu die naek flight then smpai jepun..hehe jauh en pandan tu travel.
So utk gantikan daun pandan tu, aq gune pandan paste. Pun boleh la asal ade gak rase pandan cikit². Pasal tu la puding ni name die perantauan. kalau x perantauan bleh pakai daun pandan yg diblend dgn air sikit, paste pandan da x pandang la klau kt Malaysia, sbelah mata pun x tgk..eksyenn!!!
Bahan - Bahan :
1 paket Agar² Serbuk (11g)
4 cwn Air (refer direction kat kotak masing²)
200g Gula
250ml Santan
1 biji Telur
sedikit Pandan Paste
sedikit Pewarna Hijau
secubit Garam
Cara - Cara :
1. Masukkan air, agar² dan gula ke dalam periuk. Larutkan dengan api yg sederhana.
2. Masukkan telur ke dalam santan dan pukul hingga sebati. Pakai garfu jeee.
3. Masukkan santan dan telur tadi ke dalam larutan agar² kemudian masukkan pandan paste, pewarna hijau dan secubit garemmm..
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.
5. Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk & bila da nampak puding tu keras ckit bleh masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidang bila puding tu sejuk, baru besttt..
bye²....
No comments:
Post a Comment