Assalamualaikum...
Haluuu...
Mcm yang laz post aq ade janji nak share resepi cream puff en. So ni entry psal cream puff. Sebelum kawin dulu pun aq suke buat cream puff ni sebab ni memang fav aq. Letak dalam fridge sampai die sejuk pastu ngapppp...uishhh sedappppp...hehe aq suke cream puff yg sejuk.
Cream puff ni senang je nak buat, cuma kna buat keje 2 kali la buat puff dan filling die. Bila da dua² ciap kna masukkan filling dalam puff tu pulak. Dengar mcm leceh kan tapi bila pikir nikmat cream puff tu terus rasa nak buat tau..
Bahan - Bahan :
Untuk Filing cream puff
2 sb Tepung Gandum*
2 sb Tepung Custard*
8 sb Gula*
2 cup Susu Segar
2 biji Telur (L size)
1 sk Esen Vanilla
2 sb Butter
Untuk Puff
125g Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
100g Butter
250ml Air
1 sk Gula
1 sk Esen Vanilla
3 biji telur (L size)
Cara - Cara :
Untuk Filling
1. Memula kite buat filling die dulu, Masukkan bahan bertanda * ke dalam bowl. Tambah sedikit susu segar & kacau hingga tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu segar yang selebihnya & kacau lagi.
3. Masukkan semua bahan tadi dalam periuk. Masak dengan api sederhana & kena sentiasa kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus. Kacau² sambil buat exercise lengan. Masak filling ni t lengan pun slim..hehe...
Masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api. Masukkan mentega & kacau sebati.
4. Sejukkan filling sebelum masukkan ke dalam piping bag.
Untuk Puff
1. Panaskan air,gula dan butter sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan
2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung . Kacau adunan sebati. Pakai hand mixer pun boleh.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe adunan tu ikot bentuk idaman anda sampai abis.
4. Spray air ke atas doh yg kite pipe tadi untuk membantu adunan naik. Panaskan oven pada suhu 200 celcius. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit dgn api atas bawah.
5. Potong puff jgn sampai terbelah dua & masukkan filling ke dalam puff tu sampai penuh ringga dalam puff tu.
Ciappp...
Yang bestnya bila buat sdiri leh letak filling banyak²...tgk cream puff aq tu, tkeluar filling die.
urmmm nyum²
No comments:
Post a Comment