Wednesday, December 24, 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese.






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kepada peminat cheese macam kteorg 2 org ni, biasa kite makan cheesecake yg x yah baked kan. Kali ni jum try buat yang kukus plak. Tadi jalan-jalan kt blog skali nampak resepi ni kt blog Mat Gebu pantang nampak cheese pastu ade plak tulis "senang dan sedap". Asal nampak senang je mesti nak try buat..hehe tentiu kepada tuan punyer resepi.






Bahan - Bahan :


Kek Coklat

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3sb serbuk koko*
1sk soda bicarbonate*
1/2sk baking powder*
(*disatukan dan di ayak)

Lapis Cheese

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1sb air
1sb tepung gandum







Cara - Cara :

1.     Panaskan kukusan. Lenser acuan kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi dan ketepikan.

2.     Untuk Kek Coklat :- Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, pukul sebati. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, pukul sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan² yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak kemudian ketepikan.

3.     Untuk Lapisan Cheese :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati.

4.     Tuang 1 bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan acuan kek dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak.

5.     Biarkan kek sejuk sekejap kemudian boleh keluarkan dari acuan dan dihidangkan.



Ciappp...







Makan dengan teh panas madu sambil men game World of Tank duduk dalam Kotaksu...weee
(spend tyme during winter) Sekarang ni sibuk knitted plak, da ciap buat snow cap tuk incik husband and scarf untuk caye...uuuu besttttt....  








Bye²...

Friday, December 19, 2014

Caramel Popcorn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Konichiwa, kalau tgk movie memang x sah kalau x makan popcorn kan. Even tgk movie dalam umah pun kna makan popcorn baru dpt feel tgk movie..hehe.. So before strt tgk movie, jum kite buat caramel popcorn sendiri. Senang je nak buatnya, x payah mesin popcorn pun, kite pakai periuk yg ade tutup tu je. Bahan utama nak buat popcorn ialah biji jagung untuk popcorn, klau x tau roughpe die, ni haaa...








Bahan - Bahan :

2 gengam biji Jagung
2sb Minyak Canola / Minyak Masak
1sb Butter
secubit Garam


Caramel Souce

1 cawan Brown Sugar
4sb Butter
4sb Susu Pekat
2sb Madu
1sk Baking Powder
1sk Esen Vanilla






Cara - Cara :

1.     Panaskan minyak dan cairkan butter dalam periuk, letak secubit garam then masukkan biji jagung kemudian gaul-gaul rata biji jagung dengan minyak dan butter. Tutup periuk tunggu biji jagung tu meletup.




2.     Sambil² biji jagung tu meletup skali-sekala goyangkan periuk dari luar sebab nak bagi semua biji jagung tu meletup. Tyme meletup ni paling seronok dan bau die mengancam.


 Sila buat muka excited sambil tengok biji jagung meletup.



3.     Bila bunyi pop da xde boleh tutup api then pindahkan popcorn ke dalam bowl.


4.     Jum buat caramel source plak, masukkan brown suger, butter, madu dan susu pekat. Kacau sehingga sebati, guna api kecil je, takot gula hangus nanti pahit plak.

5.     Bila dah sebati boleh tutup api dan masukkan baking powder dan esen vanila dan kacau cepat².




6.     Masukkan caramel souce ke atas popcorn tadi kemudian kacau sebati, biar semua popcorn kena caramel. Nanti bleh tengok movie dengan aman sebab x yah pilih popcorn yg kena caramel source je..hehe

7.     Kalau nak popcorn lagi crunchy bleh ratakan popcorn atas baking paper kemudian bakar dalam oven sampai nampak die kering. Biarkan popcorn sejuk kejap dan pisahkan popcorn yang melekat² tu..ciappp.





 .

Yeayyy.... seronok bila dapat makan popcorn yang semuanya kena salut dengan caramel...hehehe


ps: thanks Kak Long for the recipe.!!!



Bye²...

Wednesday, December 17, 2014

Satay Ayam Perantauan






Assalamualaikum...







Haluuu...






Ni favorite tyme raya. Biasa kalau raya kteorg buat satay sendiri baru puas hati, letak ciken besar² pastu makan sambil tengok cite, masa raya en cite best² kat tv. Ni resepi ma kite, simple tapi sedap sangat². Da duk jepun ni sibuk nak makan satay pulak. So kite bakar satay dalam pemanggang ajaib, da name ajaib kan, sume boleh buat...teheeee



Bahan - Bahan :

2 keping Ayam boneless (dalam 500g)
2 ulas Bawang Putih 
10 bijik Bawang Merah
2 hiris Halia
2 hiris Lengkuas
2 batang Serai
Kunyit
Gula
Secubit Garam

*biasa satay mesti manis cikit rasa die so kalau tak nak letak garam pun boleh.



Cara - Cara :

1.     Potong ayam kecik² (mcm bentuk cube) jangan kecik sangat nanti lepas bakar tinggal lidi je.

2.     Kisar semua bahan² di atas kecuali ayam.

3.     Perap isi ayam yang dipotong tadi dengan bahan² yang kite kisar tadi selama 1 jam dalam peti sejuk.

4.     Lepas da sejam, keluarkan ayam dan boleh cucuk isi ayam dengan lidi.




(Make sure pakai glove masa cucuk tu sebab tak nak tangan jadi colour kuning nanti tak santik da tangan. Kalau tak nak pakai glove pun xpe, nanti bila borak dgn mak cik sbelah umah tu sila aktifkan tangan.So nanti die mesti tanya tangan tu kenapa? ckp la buat satay. Pergh~ nagis mak cik tu sebab buat satay kt Jepun. Kalau yg tak kawin lagi tu, naik saham uhhh..Nanti bleh jadi menantu mak cik yg nagis tu sebab pandai buat satay...hehe)

5.     Masa cucuk satay ni kena betul² pastikan lidi tak terkeluar sebab kalau terkeluar nanti terbakar lidi patah satay kite.

6.     Da siap cucuk bleh masukkan dalam freezer bag then biarkan semalaman dalam peti sejuk.

7.     Bakar satay sehingga masak. Sambil² tu renjis² dengan minyak pakai batang serai.









Ciappp...








Untuk kuah kacang plak biasanya ma buat sendiri gak tapi aq guna kuah satay ni je.....











Tadaaaa....











hehe pemalas btol kurang rajin betol. Dah nama perantauan mesti la nak semua senang kan. Nasi impit plak rebus yang Nona je..heheheheheh best².










Bye²...


















Monday, December 15, 2014

Sweet Cup Corn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi yang sgt simple, sesuai makan sbil tengok cite. Skrg ni sejuk so nak makan bende yg panas² tuk hangatkan badan. Cup corn ni biasa ade jual kt mall², kt Malaysia dulu pegi beli je rm2 satu cup pastu makan..hehe senang kan.

Bila da duk di perantauan ni kena buat² rajin la cikit kalau nk makan. Sape² yg nak tgk movie kt bilik tu bleh try buat cup corn ni. Syok kot makan jugung sbil tgk movie, kalah popcorn tau. Yg duk asrama tu kukus jagung pakai rice cooker, Boleh je. Kteorg dlu kukus pau dalam rice cooker lagi..hehe






Bahan - Bahan :

1 paket isi Jagung
secubit Garam
Butter
Susu Pekat





Cara - Cara :

1.     Amik jagung dalam peti ais kemudian potong plastik die....hehe (saje je nk tulis sebab  nak bykkn step cara²).



2.     Masukkan jagung ke dalam pengukus kemudian kukus jagung sehingga masak.




3.     Gaulkan jagung dengan sedikit butter then masukkan garam dan susu pekat sesedap rasa. Kalau dari baka diabetes tu leh letak susu pekat manyak² pastu ilang kaki...heeeee

ciappp...





Nyum²...sekelip mata je ni bleh abis...=)







Bye²...

Thursday, December 11, 2014

Oreo Cheesecake Lagi






Assalamualaikum...





Haluuu...





Haaa tajuk saje je nak letak lagi sebab kali ni buat proper sikit sebab i da ade hand mixer uoilss...hehehehe colour pink lagi..weeeweee sukeee. Still gune resepi yang dulu gak. Xpe x yah cari² resepi kite yg dulu tu sebab harini rajin terlebih so kite taip balik..

Ni sebabnya 2-2 suke makan oreo dan cheese..Pergh~ makanan yg mampu membuatkn badan menjadi kuwus sangat...ngee. Btw suhu kat sini sekarang 9 Celsius. Sejuk gigil uh..cheesecake xyah letak dalam peti sejuk dah..hehe 


Nampak x betapa excited nya dpt mixer pink.

Bahan - Bahan :

1 paket biskut oreo
2 sb butter (dicairkan)
200 ml whipping cream
150 g cream cheese
3 sb gula aising
1 sk esen vanilla



Cara - Cara :

1.     Hancurkan 10 keping oreo with filling sampai crumbly.

2.     Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam oreo yg dihancurkan tadi sampai sebati then mampat² kan die dengan sudu untuk dijadikan base kek kite tu. Simpan dalam peti sejuk dulu kejap.

3.     Pukul whipping cream sampai die kembang.

4.     Pukul cream cheese dan gula dalam bowl yg lain kemudian letak esen vanilla.

5.     Bila cream adunan cream cheese tadi da sebati bleh masukkan cream cheese yang kita da pukul td.

6.     Kemudian patah²kan oreo yang ada untuk dicampurkan kedalam adunan cheese tadi. Bila da masuk biskut tu kita kacau² biar sebati.

7.     Masukan adunan ke atas base yang telah dibuat tadi. Kemudian masukkan dalam peti sejuk semalaman atau 4-5 jam.

Ciappp...










ps: tentiu incik asben sebab belikn hand mixer, nanti kite beli brg² len clour pink jugak ea..keh²





Bye²...


Wednesday, December 10, 2014

Grilled Salmon with White Sauce






Assalamualaikum...






Haluuu...






Salmon lagi??? hehe favorite ni. Kali ni buat grilled salmon dengan white sauce. Bila mkn dgn white sauce ni rase lagi cepat kenyang. Tambah dgn broccoli plak..nyum² lengkap 1 dish. Kali ni pun kiteorg makan salmon tuk dinner. Sebab ape suke masak salmon sebab ni bende pling senang nak prepare dan sedap. Kalau yg senang dan simple tu memang suke sgt.

Bukak peti ais nampak salmon trus amik. Memang dalam peti ais selalu ade stock salmon sebab orang yg menaip ni suke salmon. Bila dapat makan salmon, menagis kucing sebab tinggal tulang je.








Bahan - Bahan :

 White Source
2 sb Butter
1/2 biji Bawang Besar (dicincang)
1 sb Tepung Gandum
1/2 sk serbuk Basil
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Grilled Salmon
Salmon
Garam 
Blackpaper




Cara - Cara :

1.     Memula kite buat white source dulu, panaskan butter dalam non-stick pan. Masukkan bawang kemudian goreng sampai bawang tu layu. Layu di tasik madu..keh²

2.     Masukkan tepung gandum dan kacau sampai tepung tu melekat kat bawang tadi.

3.     Masukkan susu dan basil. Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan blackpaper. Masak sampai mendidih. Kalau suke sos tu nampak smooth boleh blendkn sos yg da ciap masak td.

4.     Lumurkan salmon dengan garam dan blackpaper. Cikit je sebab tak nak rasa pure salmon tu hilang.

5.     Grill kan salmon selama 5 minit setiap permukaan. Masak 5 minit je da cukup sebab klau lama sgt nanti salmon tu keras dan x rasa fresh.

6.     Hidangkan dengan white source tadi. Ciapppp..





Tadaaa...






Belanje gambar dekat cikittt....




Nampak x daging salmon yg oren dan cekci tu..haaaaa lembut & juicy tau.






Bye²...

Monday, December 8, 2014

Homemade Ciken Pizza






Assalamualaikum...





Haluuu...





Untuk breakfast harini kiteorg makan ciken pizza dengan teh rosehip & apple. Makan panas² tyme sejuk ni memang sedap sangat. Masa ni la lemak² tepu dalam badan kesayangan ni berfungsi..hehe kununnya klau badan byk lemak x sejuk sgt. Tipu laaaa....sejuk gigil² gak weh, buat penat je jaga lemak tepu ni...heeee

Haa buat pizza sendiri uhhhh mabeles kan. Kelassss kak ton buat pizza sdiri. Kat Malaysia dulu ade gak try buat pizza. Complicated sebab buat white source bagai, pastu hasil die roti keras ckit then tebal. So da x nak buat, nak g beli je, senang.

Sekali lagi hati ni cair bila tengok blog Laura Vitale, hehe memang suke tgk page ni sebab ade video skali. Kite buat half dari resepi asal so dapat 2 bijik pizza medium size.





Bahan - Bahan :

Doh Pizza
1 3/4 cwn Tepung Roti @ Tepung Gandum
secubit Garam
1 sk Gula
1 sb Olive Oil
1 sk Yis
150ml Air Suam (40-45℃)

Topping
1 tin Tomato Puree
250g Ayam Boneless (potong kecik²)
Serbuk Origano
Serbuk Basil
Serbuk Blackpaper
Serbuk Paprika
Garam
Gula
Olive
Cheese



Cara - Cara :

1.     Masukkan yis ke dalam air suam selama 5 minit.

2.     Satukan bahan doh yg lain didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.

3.     Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu bleh buat sambil tgk tv. Uli dalam 15-30 minit, x rasa lama pun sebab sambil tgk tv.

4.     Bahagikan doh kepada 2 bahagian kemudian letak dalam bowl yg telah disapu dengan minyak. Wrapkan bowl dengan plastic wrap dan biarkan doh mengembang selama 1-2 jam.



5.     Untuk topping plak, gaulkan isi ayam dengan garam, blackpaper dan paprika.

6.     Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian goreng isi ayam tadi sehingga masak sedikit, Masukkan tomato puree, oregano dan basil. Gaul sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Bila ayam da masak boleh tutup api dan ketepikan.

7.     Tabur tepung kat doh tadi kemudian canai doh, boleh pakai pencanai kayu atau guna tangan. Kite pkai tangan je.



8.     Panaskan Oven 180 Celsius . Letakkan topping kat doh pizza, tabur olive dan cheese. bakar pizza selama 20 mint atau sehingga roti pizza tu perang.

9.     Aq bakar roti pizza tu sekejap dulu sebab nak buat roti pizza segera. Nak jimat masa untuk breakfast kan. Buat ciap² roti then nanti tinggal letak topping tabur cheese dan bakar.ciapp..

Ni da ciap bakar kejap.

Aq buat 3 keping sebab pakai oven kecik je.



Tadaaaaa.....





Makan ciken pizza dengan teh rosehip & apple...sedappp






Bye²...

Thursday, December 4, 2014

Yee Mee Sizzling






Assalamualaikum...






Haluuu...







Ni favorite tyme kt UTM dlu, slalu makan kt giant. Dalam byk² tempat aq makan yg pling sedap kt giant tu la. Kalau weken je mesti nak pegi makan sizzling, kdg² pergi sana semata² nak makan sizzling..hehe gigih kan.

Sizzling die sedap sebab kuah die pekat, ayam & cendawan pun banyak pastu yang paling best telur kuning die x masak sgt. Tekan dgn sudu je mengalir telur kuning tu...nyum²...Ade setengah org x suke telur camtu,deorg suka yang fully cook.

Kalau xde plate yg sizzling tu jangan risau, kite bleh buat sizzling ni pakai pan je..hehehe best kannn. Sejak kawin ni da 2 kali buat sizzling. 1st tyme buat pkai mee kuning halus tu je sebab x jpe yee mee tapi sedap gak. 2nd tyme pakai yee mee. Kalau pakai meggi sedap gak kot.






Bahan - Bahan :

5 ulas putih - dihiris nipis
2 hiris halia - dihiris nipis
3 lada kering - potong dua
2 cawan air
8 bijik cendawan shitake (yg fresh lagi sedap)
250g isi Ayam 
3sb Kicap
2sb Sos Tiram
1sb Kicap Pekat
sedikit olive oil untuk menumis
sedikit serbuk blackpaper
garam
1sb Tepung Jagung - bancuh dengan sedikit air
2 sanggul yee mee
2 bijik telur



Cara - Cara:

1.   Memula kite buat kuah die dulu. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.

2.   Masukkan isi ayam yang telah dipotong dan masak sekejap.

3.   Masukkan air, kicap manis, sos tiram, kicap pekat dan blackpaper. 

4.   Apabila air mendidih masukkan cendawan yang telah dipotong. Biarkan 5 minit.

5.    Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat. Kepekatan ikot selera masing² kalau nak pekat lebihkan tepung jagung, klau x nak pekat sangat tambah air. Tutup api..Da ciap kuah kite.


6.   Rebus yee mee mengikut arahan kat paket kemudian toskan.

7.   Panaskan non-stick pan kemudiaan letakkan yee mee yang telah ditoskan, sendukkan  kuah yang telah dimasak tadi ke atas yee mee dan pecahkan sebijik telur kedalam pan tadi. Buat step macam orang yg jual sizzling tu.

8.   Bila telur da masak bleh tuangkan ke dalam bowl untuk dimakan. Klau suke bleh tambah sayur.



ciappp...





Bagi pic dekat cikittttt.....hehe





Kejap je licin sebab dua-dua suke makan sizzling.....nyum²





Bye²...