Sunday, January 11, 2015

Penne Bakar






Assalamualaikum...






Haluuu...





Harini jum masak pasta, penne ni macam makaroni gak tapi bentuk die mcm straw tapi panjang die dalam 1 inci je. Kalau x nak pkai penne, pkai makaroni pun boleh. Jangan guna spaghetti dah la sebab nanti rasa die padat sangat. Ni la penne,






Resepi ni dari ma kite, senang je nak buat. Boleh bakar dalam oven atau pakai pemanggang ajaib je. Kalau pakai pemanggang ajaib kna pusing² sebab nak die masak sekata, oven plak tekan then tunggu bunyi tingg...hehe





Bahan - Bahan :

1 cwn penne yang telah direbus
200g isi ayam (rebus dan dicarik²)
1/2 cawan bawang goreng
5 biji telur
1sb serbuk kari
4sb sos tomato
1sb butter
garam
gula
white paper
daun sup (xde so pakai daun bawang)





Cara - Cara :

1.     Gaulkan semua bahan sehingga rata.

2.     Panaskan pemanggang ajaib kemudian masukkan sebatian tadi kedalam pemanggang.





3.     Bakar penne selama 10 minit setiap bahagian atau sehingga masak.


Ciappp...








Makan dengan sos cili lagi umhhhhh....ngee








Bye²...

Friday, January 2, 2015

Grilled Ciken Chop wif Black paper Souce






Assalamualaikum...





Haluuu...





Yeayyy makan ciken lagi...hehe sape x suke makan ciken rugi woo, resepi grilled ciken ni sama je dgn yg entry lepas. Kalau nak resepi grilled ciken chop ni ade kt sini . Kali ni try buat Black paper source plak. Makan dengan black paper baru rasa hangat² sikit badan. Sesuai la buat masa sekarang, Osaka skarang tengah winter, tadi nampak salji halus, mcm ais ABC . Excited tengok salji...hehe 1st tyme tengok kannn..

Black paper source ni amik resepi kat kongsi resepi dari HomeKreation. Best, x yah nak beli yang kt kedai tu sebab yg kt kedai tu xde rasa cinta..hehe yg masak sendiri ni penuh dengan rasa cinta tau..ngeee da start merepek.



Bahan - Bahan :

2sb Olive Oil
2 ulas Bawang putih - cincang
½ biji Bawang Besar - cincang
2sb Butter
2sb Tepung Gandum
125ml Susu Segar + 125 ml Air
1 Kiub Ayam
2sb Lada Hitam - di kisar kasar
1sb Kicap Pekat
Garam



Cara - Cara :

1.     Panaskan olive oil kemudian tumis bwg putih sehingga wangi. Masukkan bwg besar dan goreng sehingga keperangan sedikit. Blend sehingga menjadi pes.

2.     Panaskan butter, masukkan tepung & kacau cepat sehingga sebati. Masukkan susu perlahan2 sambil di kacau sehingga licin. Bila mendidih, masukkan kiub ayam, pes bwg goreng tadi, lada, kicap dan garam. Masak mengikut kepekatan yg kite suke, campurkan air jika perlu.

3.     Hidangkan dgn grilled ciken atau stik daging.


Ciappp...









Makan sambil tengok cite Detective Conan.




Bye²...

Wednesday, December 24, 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese.






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kepada peminat cheese macam kteorg 2 org ni, biasa kite makan cheesecake yg x yah baked kan. Kali ni jum try buat yang kukus plak. Tadi jalan-jalan kt blog skali nampak resepi ni kt blog Mat Gebu pantang nampak cheese pastu ade plak tulis "senang dan sedap". Asal nampak senang je mesti nak try buat..hehe tentiu kepada tuan punyer resepi.






Bahan - Bahan :


Kek Coklat

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3sb serbuk koko*
1sk soda bicarbonate*
1/2sk baking powder*
(*disatukan dan di ayak)

Lapis Cheese

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1sb air
1sb tepung gandum







Cara - Cara :

1.     Panaskan kukusan. Lenser acuan kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi dan ketepikan.

2.     Untuk Kek Coklat :- Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, pukul sebati. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, pukul sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan² yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak kemudian ketepikan.

3.     Untuk Lapisan Cheese :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati.

4.     Tuang 1 bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan acuan kek dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak.

5.     Biarkan kek sejuk sekejap kemudian boleh keluarkan dari acuan dan dihidangkan.



Ciappp...







Makan dengan teh panas madu sambil men game World of Tank duduk dalam Kotaksu...weee
(spend tyme during winter) Sekarang ni sibuk knitted plak, da ciap buat snow cap tuk incik husband and scarf untuk caye...uuuu besttttt....  








Bye²...

Friday, December 19, 2014

Caramel Popcorn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Konichiwa, kalau tgk movie memang x sah kalau x makan popcorn kan. Even tgk movie dalam umah pun kna makan popcorn baru dpt feel tgk movie..hehe.. So before strt tgk movie, jum kite buat caramel popcorn sendiri. Senang je nak buatnya, x payah mesin popcorn pun, kite pakai periuk yg ade tutup tu je. Bahan utama nak buat popcorn ialah biji jagung untuk popcorn, klau x tau roughpe die, ni haaa...








Bahan - Bahan :

2 gengam biji Jagung
2sb Minyak Canola / Minyak Masak
1sb Butter
secubit Garam


Caramel Souce

1 cawan Brown Sugar
4sb Butter
4sb Susu Pekat
2sb Madu
1sk Baking Powder
1sk Esen Vanilla






Cara - Cara :

1.     Panaskan minyak dan cairkan butter dalam periuk, letak secubit garam then masukkan biji jagung kemudian gaul-gaul rata biji jagung dengan minyak dan butter. Tutup periuk tunggu biji jagung tu meletup.




2.     Sambil² biji jagung tu meletup skali-sekala goyangkan periuk dari luar sebab nak bagi semua biji jagung tu meletup. Tyme meletup ni paling seronok dan bau die mengancam.


 Sila buat muka excited sambil tengok biji jagung meletup.



3.     Bila bunyi pop da xde boleh tutup api then pindahkan popcorn ke dalam bowl.


4.     Jum buat caramel source plak, masukkan brown suger, butter, madu dan susu pekat. Kacau sehingga sebati, guna api kecil je, takot gula hangus nanti pahit plak.

5.     Bila dah sebati boleh tutup api dan masukkan baking powder dan esen vanila dan kacau cepat².




6.     Masukkan caramel souce ke atas popcorn tadi kemudian kacau sebati, biar semua popcorn kena caramel. Nanti bleh tengok movie dengan aman sebab x yah pilih popcorn yg kena caramel source je..hehe

7.     Kalau nak popcorn lagi crunchy bleh ratakan popcorn atas baking paper kemudian bakar dalam oven sampai nampak die kering. Biarkan popcorn sejuk kejap dan pisahkan popcorn yang melekat² tu..ciappp.





 .

Yeayyy.... seronok bila dapat makan popcorn yang semuanya kena salut dengan caramel...hehehe


ps: thanks Kak Long for the recipe.!!!



Bye²...

Wednesday, December 17, 2014

Satay Ayam Perantauan






Assalamualaikum...







Haluuu...






Ni favorite tyme raya. Biasa kalau raya kteorg buat satay sendiri baru puas hati, letak ciken besar² pastu makan sambil tengok cite, masa raya en cite best² kat tv. Ni resepi ma kite, simple tapi sedap sangat². Da duk jepun ni sibuk nak makan satay pulak. So kite bakar satay dalam pemanggang ajaib, da name ajaib kan, sume boleh buat...teheeee



Bahan - Bahan :

2 keping Ayam boneless (dalam 500g)
2 ulas Bawang Putih 
10 bijik Bawang Merah
2 hiris Halia
2 hiris Lengkuas
2 batang Serai
Kunyit
Gula
Secubit Garam

*biasa satay mesti manis cikit rasa die so kalau tak nak letak garam pun boleh.



Cara - Cara :

1.     Potong ayam kecik² (mcm bentuk cube) jangan kecik sangat nanti lepas bakar tinggal lidi je.

2.     Kisar semua bahan² di atas kecuali ayam.

3.     Perap isi ayam yang dipotong tadi dengan bahan² yang kite kisar tadi selama 1 jam dalam peti sejuk.

4.     Lepas da sejam, keluarkan ayam dan boleh cucuk isi ayam dengan lidi.




(Make sure pakai glove masa cucuk tu sebab tak nak tangan jadi colour kuning nanti tak santik da tangan. Kalau tak nak pakai glove pun xpe, nanti bila borak dgn mak cik sbelah umah tu sila aktifkan tangan.So nanti die mesti tanya tangan tu kenapa? ckp la buat satay. Pergh~ nagis mak cik tu sebab buat satay kt Jepun. Kalau yg tak kawin lagi tu, naik saham uhhh..Nanti bleh jadi menantu mak cik yg nagis tu sebab pandai buat satay...hehe)

5.     Masa cucuk satay ni kena betul² pastikan lidi tak terkeluar sebab kalau terkeluar nanti terbakar lidi patah satay kite.

6.     Da siap cucuk bleh masukkan dalam freezer bag then biarkan semalaman dalam peti sejuk.

7.     Bakar satay sehingga masak. Sambil² tu renjis² dengan minyak pakai batang serai.









Ciappp...








Untuk kuah kacang plak biasanya ma buat sendiri gak tapi aq guna kuah satay ni je.....











Tadaaaa....











hehe pemalas btol kurang rajin betol. Dah nama perantauan mesti la nak semua senang kan. Nasi impit plak rebus yang Nona je..heheheheheh best².










Bye²...


















Monday, December 15, 2014

Sweet Cup Corn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi yang sgt simple, sesuai makan sbil tengok cite. Skrg ni sejuk so nak makan bende yg panas² tuk hangatkan badan. Cup corn ni biasa ade jual kt mall², kt Malaysia dulu pegi beli je rm2 satu cup pastu makan..hehe senang kan.

Bila da duk di perantauan ni kena buat² rajin la cikit kalau nk makan. Sape² yg nak tgk movie kt bilik tu bleh try buat cup corn ni. Syok kot makan jugung sbil tgk movie, kalah popcorn tau. Yg duk asrama tu kukus jagung pakai rice cooker, Boleh je. Kteorg dlu kukus pau dalam rice cooker lagi..hehe






Bahan - Bahan :

1 paket isi Jagung
secubit Garam
Butter
Susu Pekat





Cara - Cara :

1.     Amik jagung dalam peti ais kemudian potong plastik die....hehe (saje je nk tulis sebab  nak bykkn step cara²).



2.     Masukkan jagung ke dalam pengukus kemudian kukus jagung sehingga masak.




3.     Gaulkan jagung dengan sedikit butter then masukkan garam dan susu pekat sesedap rasa. Kalau dari baka diabetes tu leh letak susu pekat manyak² pastu ilang kaki...heeeee

ciappp...





Nyum²...sekelip mata je ni bleh abis...=)







Bye²...

Thursday, December 11, 2014

Oreo Cheesecake Lagi






Assalamualaikum...





Haluuu...





Haaa tajuk saje je nak letak lagi sebab kali ni buat proper sikit sebab i da ade hand mixer uoilss...hehehehe colour pink lagi..weeeweee sukeee. Still gune resepi yang dulu gak. Xpe x yah cari² resepi kite yg dulu tu sebab harini rajin terlebih so kite taip balik..

Ni sebabnya 2-2 suke makan oreo dan cheese..Pergh~ makanan yg mampu membuatkn badan menjadi kuwus sangat...ngee. Btw suhu kat sini sekarang 9 Celsius. Sejuk gigil uh..cheesecake xyah letak dalam peti sejuk dah..hehe 


Nampak x betapa excited nya dpt mixer pink.

Bahan - Bahan :

1 paket biskut oreo
2 sb butter (dicairkan)
200 ml whipping cream
150 g cream cheese
3 sb gula aising
1 sk esen vanilla



Cara - Cara :

1.     Hancurkan 10 keping oreo with filling sampai crumbly.

2.     Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam oreo yg dihancurkan tadi sampai sebati then mampat² kan die dengan sudu untuk dijadikan base kek kite tu. Simpan dalam peti sejuk dulu kejap.

3.     Pukul whipping cream sampai die kembang.

4.     Pukul cream cheese dan gula dalam bowl yg lain kemudian letak esen vanilla.

5.     Bila cream adunan cream cheese tadi da sebati bleh masukkan cream cheese yang kita da pukul td.

6.     Kemudian patah²kan oreo yang ada untuk dicampurkan kedalam adunan cheese tadi. Bila da masuk biskut tu kita kacau² biar sebati.

7.     Masukan adunan ke atas base yang telah dibuat tadi. Kemudian masukkan dalam peti sejuk semalaman atau 4-5 jam.

Ciappp...










ps: tentiu incik asben sebab belikn hand mixer, nanti kite beli brg² len clour pink jugak ea..keh²





Bye²...