Sunday, November 30, 2014

Autumn in Osaka...






Assalamualaikum...






Haluuu...






Dalam post yang lepas aq ade janji nak tunjuk pic daun maple merah banyak² kan..So ni ade sdikit pic di musim autumn ni. Kalau sape² plan nak dtg jln² kat Osaka tyme Autumn bleh try pegi 
Minoo Park, Banpaku-kinen-koen natural and cultural gardens & Arashiyama

Ni ade sdikit pic tuk dikongsi, Klau nak tengok semua meh datang umah. Kite tengok sambil² mnum teh baru layan..hehe
























Bye²...

Tuesday, November 25, 2014

Cheat's Lemon Cheesecake (Tanpa Cheese)






Assalamualaikum...






Haluuu...






Cheesecake ni org panggil cheat's cheesecake sebab cheesecake ni x pakai cheese..Peningkan? nama cheesecake tapi x pakai cheese...hehe Ni sebab tengok masterchef haritu, asal tengok masterchef je rasa lapar sebab nampak sedap sangat deorg masak. Kek ni salah satu menu ade dalam cite tu, magic uhhh buat cheesecake x guna cream cheese. 

Memula macam x cayer tau tapi bila da try buat pastu bagi incik husband try. Tanye die kek ape ni? die pun ckp cheezy lemon cake..hehehehe maksudnya berjaya la buat cheesecake ni...ngeee Yang paling best kek ni senang je nak buat dan x perlukan banyak bahan. Lagi 1 x payah nak guna oven pun.








Bahan - Bahan :

200g Digestive Biskut (oreo pun bleh gak)
100g Butter (dicairkan)
250ml Susu Pekat
250ml Whipping Cream
2 Biji Jus Lemon
1 Biji Parutan Kulit Lemon




Cara - Cara :

1.     Hancurkan biskut sampai biskut jadi serbuk. Kalau pakai biskut oreo hancurkan dengan cream die skali, tak payah buang. Pakai food processor lagi senang nak hancurkan biskut tu.

2.     Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. Kacau biskut dengan butter tadi then jadikan die base kek kite dengan masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan² sehingga rata.

3.     Masukkan ke dalam fridge sementara kite nak buat filling die.

4.     Pukul susu pekat sehingga kembang kemudian masukkan jus dan parutan kulit lemon tadi dan kacau, kemudian ketepikan.

5.     Pukul whipping cream di dalam bowl yg lain sehingga kembang atau bese org pakai istilah bertanduk. Tanduk kambing pun boleh..hehe

6.   Masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan susu pekat dan kacau sebati.

7.     Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi kemudian masukkan ke dalam fridge selama 5 jam atau semalaman.


Ciapp...










Tadaaa..... senang kannn...







Bye²...

Monday, November 24, 2014

Chewy Cheese Ball






Assalamualaikum...





Haluuu...




Ni sebab ade banyak kentang so bleh buat chewy cheese ball. Buat banyak² pastu letak dalam freezer bila nak makan, goreng je, senangkannn... So xde alasan tak makan breakfast tau. Resepi ni amik kt blog secubit garam , tentiu tuk resepi ni. 

Resepi ni sesuai tuk makan tyme² sejuk ni, kat malaysia pun skrg ni ngah musim tengkujuh kan. Umah kat kelantan hari² hujan. Tengok ujan sambil makan chewy cheese ball dgn teh susu panas..uuuuuuu syok...




Bahan - Bahan :

350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2)
1/2sk serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2sk serbuk pati ayam
Bread Crumb
3 biji telur




Cara - Cara :

1.   Rebus kentang sehingga empuk kemudian tos dan lenyetkan.

2.   Masukkan serbuk lada putih, garam dan pati ayam dan gaul.

3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati. Bila adunan da x lekat kat tangan bleh stop masukkan tepung.

4.   Ambil sedikit doh dan masukkan cheese kat tengah² kemudian bulatkan die.

5.   Celup bebola tadi dalam telur yang telah dipukul sekejap kemudian golekkan dalam bread crumbs.

6.   Goreng dengan api perlahan sehingga berwarna keemasan...Ciap



Aq punyer da bukan keemasan da ni da jadi gangsa...keh² tu x penting, yg penting sodap.






Ngap gigit chewy cheese ball ni...haaa tengok tak cheese kat dalam tuuuu mengoda kannn...








Bye²

Sunday, November 23, 2014

Jagung Crepe






Assalamualaikum...





Haluuu...




Harini nak share resepi klasik cikit sebabnya resepi crepe ni 2 taun lepas tgh hot kan, ekhh nape baru skrg nak buat? sebabnya nak abiskan krim jagung yg extra tyme buat apam balik haritu. Kalau nak tgk resepi apam balik bleh tgk kt sini

 Pikir punya pikir dapat idea tuk buat jagung crepe. Dulu pemes durian crepe kan? ioilss x terjebak dengan virus durian crepe ni tau. tuff en ioilss mcm kim jong kook...spartaaa pastu berapi² kat belakang..ngee kalau layan mengarut ni ioilss mmg no 1. Sebenarnya x makan durian tu la x tjebak dengan virus durian crepe ni.

Jum kite buat jagung crepe.





Bahan - Bahan :

125g Tepung Gandum
250ml Santan
1 bijik Telor
esen vanilla
sedikit garam
pewarna kuning


whipping cream
krim jagung






Cara - Cara :



1.   Blend semua bahan kecuali whipping cream & krim jagung hingga sebati kemudian tapis. Kalau adunan pekat bleh tambah sedikit air sebab kalau pekat² t susah nak buat crepe yg nipis.

2.   Panaskan kuali non-stick kemudian sendukkan adunan crepe kite tadi then masak. Sila guna api yg kecil je.

3.   Bila nampak permukaan crepe dah kering boleh angkat crepe tu, tak payah balikkan. Terus je angkat.

4.   Bila semua adunan crepe da ciap dimasak, biarkan sejuk.

5.   Pukul whipping cream dengan mixer sampai die kembang dan ketepikan.

6.   Bentang sekeping crepe kemudian sudukan whipping cream letak kat tengah² then letak krim jagung kemudian whipping cream lagi. Lipat crepe seperti bentuk bantal.

7.   Masukkan crepe ke dalam peti sejuk sekejap...Ciap..
















Bye²...

Saturday, November 22, 2014

Grilled Ciken Chop






Assalamualaikum...





Haluuu...






Sape suka makan ciken akat tangan...hehe Kalau kat rumah ma suka buat ciken chop, die punya ciken chop besar woo, tebal plak tu, pkai ayam fresh...sedapppp. So kat jepun ni ayam halal yg frozen je la kite guna, tak kan nak bela ayam kt balcony kan, beku ayam² tu kat luar nanti sebab sejuk sangat.

Kalau ikot tekak ni, lagi suka chiken chop yg grill dari yg goreng salut bread crumb tu. Ni rajin nak buat grill sebab bleh pkai pemanggang ajaib je, senang dan cepat..opsss bukan nak jual pemanggang ajaib tau, sekadar pendapat.

Jum buat grilled ciken chop.








Bahan - Bahan :

3 paha ayam boneless *
1 sb serbuk lada hitam *
3sb sos tiram *
1sb serbuk lada *
1sb kicap manis *
1sb lemon juice *
 halia - dicincang halus *
1sb madu *
sedikit garam *

* Gaulkan semua bahan diatas dan perap ayam dalam peti sejuk semalaman


Bahan untuk gravy :

1/2 biji bwg Besar Holland
1sb Butter
2sb Tepung Jagung
750ml Air
1sb Sos Tiram
1sb Kicap Manis
1sb Sos Tomato
1sb serbuk Black Paper
1/2 kiub ayam
secubit garam







Cara - Cara :


1.   Untuk ayam yang telah diperap tadi, kite grill dalam pemanggang ajaib. Letakkan sedikit minyak olive oil dan panggang ayam hingga masak. 

2.   Panaskan butter kemudian tumis bawang sehingga layu.

3.   Masukkan air, sos tiram, kicap sos tomato, black paper, kiub ayam dan sedikit garam kemudian kacau sebati.

4.   Bila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

5.     Biarkan gravy mendidih dan memekat. Bila gravy da pekat boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan ayam tadi.

6.   Boleh makan dengan coleslaw dan fries.









Gravy x sempat nak pekat sangat sebab da x sabar nak makan...hehehe






Bye²

Tuesday, November 18, 2014

Apam Balik Lembut






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini baru sempat update blog sebab kite selsema. Kalau pegi pasar malam mesti suka  beli apam balik ni, kalau bli kna mintak jagung xtra baru sedap..hehe Nak cari orang jual apam balik kat cini mmg dalam mimpi je la, jgn ke orang jual apam balik, apam balik pun xde. Kenapa org panggil apam balik ekh? Incik suami ckp da beli balik...hehehe

Jum kite buat apam balik sendiri...







Bahan - Bahan :

1 cawan Tepung Gandum
150ml Air
45g Gula
1 bijik Telur
1sb Minyak
1/2 sk Yis
1/2 sk Baking Powder
secubit Garam
Esen Vanilla
Pewarna Kuning

Untuk tabur : 
Jagung krim
Kacang
Gula
Butter










Cara - Cara :


1.   Blend telur dan gula sehingga kembang.

2.   Masukkan garam, baking powder, minyak, esen vanilla dan air kemudian blend lagi.

3.   Masukkan tepung dan pewarna, blend sehingga sebati. Perap adunan selama 1 jam.

4.   Panaskan non-stick pan dgn menggunakan api yg kecil je. Masukkan adunan tadi kemudian tabur gula, jagung, kacang then butter. Letak jagung dan kacang byk² baru best.

5.   Bila da masak bleh lipatkan apam then angkat apam balik. Ciappp.








Ni pic before potong.










Bagi pic dekat cikittttt...tgk ni, gebu tau..




terkeluar jagung die sebab banyak...nyum²






bye²...

Wednesday, November 12, 2014

Ciken Nugget






Assalamualaikum...






Haluuu...






Aishh... kalau kt Malaysia xdenya rasa nak makan macam² bila da kt jepun ni sume bende nak makan..hehe gumuk la gini. Aritu da buat popcorn ciken harini nak buat nugget plak. Cara beh kurang je dari popcorn ciken tu. Kalau nugget buat sdiri ni rasa daging ayam die ag juicy sebab fresh kan, nugget dalam paket yg kite bese beli tu da lama deorg buat.

Resepi ni boleh dapat dalam 25-30 ketul nugget, bleh frozenkan yg selebihnya t snng cikit, tinggal goreng je bila nak makan tambah² tuk breakfast kan. Bgun pagi² goreng nugget then buat air teh susu panas. Uishh heaven...






Bahan - Bahan :

500g Ayam boneless
1 cawan Bread Crumb
150 Taufu Lembut
Garam
Gula
1sb serbuk Blackpaper
1sb serbukWhitepaper

* 1sb serbuk jintang manis
*1sb serbuk jintang putih
*1sb serbuk kayu manis

*option, kalau xde pun xpe, still sedap gak sebab ciken kannnn..

Telur & Bread Crumb secukupnaya untuk coating.






Cara - Cara :

1.     Buang kulit dan lemak pada isi ayam kemudian potong kecik² then kisar isi ayam dengan menggunakan food processor. 

2.   Gaulkan isi ayam yang telah dikisar dengan garam, gula, blackpaper, whitepaper dan apa² serbuk yang disukai.

3.   Kemudian masukkan taufu dan gaul hingga sebati. Taufu ni x rasa sangat bila nugget da ciap goreng tapi isi nugget akan rasa lebih lembut dan juicy.

4.   Gaulkan isi ayam tadi dengan 1 cawan bread crumb plak.

5.  Bentukkan nugget kite, suka ati nak buat bentuk ape.

6.   Pukul telur dalam bowl sekejap. Celup nugget tadi kedalam telur kemudian golekkan ke dalam bread crumb.
( nugget - telur - bread crumb)

7.   Goreng nugget sehingga warna kekuningan dan toskan minyak nugget dengan kitchen paper.


Ciappp...






Lagi cantik bila pakai bread crumb yg colour oren tu. aq guna yg colour putih je sebab x jumpa yg colour oren...kasi pic lagi dekat cikitttt..




Makan tyme nugget panas² dengan sos kegemaran....sedapppp



Sos tomato...nyum² ape, x rock makan sos tomato? sos tomato boleh buat kulit cantik tauuuuuu....hehehehehehehe ayat nak cover sbb x suke sangat makan pedas







Bye²

Sunday, November 9, 2014

Aiskrim Pisang ( 1 Bahan je )






Assalamualaikum...





Haluuu...




Hi sume....haaaa x cayer ekh nak buat aiskrim boleh pakai 1 bahan je? hehe magic kan. Pas korang try buat ni sure korang berangan nak ade kebun pisang. Well aq ade kebun pisang, besar kebun aq, farmville name die. Simpan kt pesbuk tu. tapi tu dulu, skrg da x men farmville, da xde kebun duit berjota² dah..heeee

Ok cara buat aiskrim ni senang sangat². Ni hasil tengok masterchef Australia. Jum kite buat sama² & berkongsi rasa nak ade kebun pisang sama².






Bahan - Bahan :

Pisang dan pisang dan pisang...hehe 






Cara - Cara :

1.   Buang kulit pisang then potong kecik².


2.   Simpan pisang yang dipotong tadi dalam peti ais selama 5 jam. Kalau nak best lagi semalaman.

3.   Keluarkan pisang yang telah dibekukan kemudian kisar pisang tu sampai smooth. 


Make sure blander korang tu cukup kuat utk kisar ais. Biasa ade blander yg boleh buat smoothie tu kan. Kisar sampai smooth macam ni,




Tadaaa ciappp.. Kalau nak die keras cikit bleh masukkan dlm peti ais kejap.







Sliding door berwap sebab suhu sejuk..hehe gigih nak makan eskrim even tyme² sejuk...hehe





Kalau x nak rasa pisang je bleh tambah salah 1 bahan kt bawah ni :

* peanutbutter
* nutella
* madu
* oreo
* cocoa powder
* cinnamon powder
* chocolate chip


Senang dan sedap kan.......








Bye²

Thursday, November 6, 2014

Grilled Salmon






Assalamualaikum...





Haluuu...





Sape suke salmon, kite bleh geng. Ape yg best sgt salmon ni? uishh susah nak cite sbb salmon sgtla sedap dan snng dimasak. Ni salah satu cara tuk grill salmon, klau ikot tekak ni suke salmon yg grilled kejap je sbb tyme tu daging salmon ni x kering dan ade rase juicy.

Salmon akan jadi kurang sedap bila die over cook dan rempah tuk salmon x yah byk² sgt sbb nanti rasa salmon tu ilang. Hehe banyak btol membebel sal salmon. Jum kite grill salmon, resepi ni simple sgt².




Bahan - Bahan :

Ikan Salmon
Serbuk Oregano
Serbuk Basil
Garam
Broccoli
Olive Oil




Cara - Cara :

1.   Memula cuci salmon kemudian letak sedikit garam. Sedikittttt je tau, incik husband ckp garam tu just untuk mengeletek rasa....hehe ayat die kalah novelist.

2.   Kemudian tabur serbuk oregano dan basil.

3.   Grilled salmon tu selama 5 minit untuk setiap bahagian. Kalau pakai pan tu letak sedikit olive oil, then masukkan skali broccoli tu dalam pan.



Ciappp...



Best makan tyme die still lagi panas...



okbye...

Monday, November 3, 2014

Dorayaki Strawberry






Assalamualaikum...






Haluuu...





Dorayaki ni bese budak² cakap kuih doremon sebab asal tgk cite doremon je msti die makan dorayaki ni kan. Asalnya inti dorayaki ni kacang merah tapi harini nak ubah cikit letak jem strawberry sbb ade banyak jem strawberry kat umah ni. Bli yg jar besar haritu..hehe bli besar terus t xyah g kedai dah..Rajin kannn..

Ceritanya tyme kt kedai ade ternampak dorayaki ni, gebu wehhh dorayaki die pas2 incik husband usya² ingredient die, de letak emulsifiers dan x ditulis plak emulsifiers ape. Kalau kt Malaysia bese ade coding kan. Kat dorayaki tu xde ckp plak so x jadi la beli. Dengan muka kecewa balik umah..hehehe then cari resepi dorayaki. Tertarik dgn 1 blog omjupun, (bese org putih kite ckp omputih, org jepun jadi omjupun) lupe da ape blog die. Nape nak cari blog dari jepun? sebab nak makan dorayaki yg macam kt kedai tu..heeeeeee 

Kat Kelantan bese beli dorayaki ni kt kdai roti primula, sedap tapi die buat bite size, yg tgk kt kedai jupun ni saiz die besar tapak tgn, tapak tgn je bukan dengan jari² tu skali.. Betol² mcm saiz yg doremon makan tu la. Klau tgk cite doremon kan bese tgk doremon pegang dorayaki tu nampak dorayaki besar dari tgn doremon yg bulat tu. Kalau Nobita yg makan, besar tapak tangan die...opsss kantoi suke tgk cite Doremon...☺

Cepat² tukar topik bagi resepi....



Bahan - Bahan :

100g Tepung Gandum
1/2sk Baking Soda
2 biji Telur
50g Gula
1sb Madu
Jem Strawberry




Cara - Cara :

1.    Pukul telur kemudian masukkan gula dan madu.

2.   Campurkan tepung dangan baking soda kemudian masukkan sedikit² kedalam telur tadi sambil kacau sebati hingga habis.

3.   Wrapkan bowl then masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.   Gunakan nonstick pan untuk goreng dorayaki tu. Masak dengan api yg kecil mcm buat pancake. Dorayaki ni die gebu dari pancake. Suka hati nak buat bentuk besar atau bite size.


Tgk tuuuuu....gebu kannnn


5.   Letakkan jem diantara kuih kite tadi. Buat mcm inti.ciappp..






Tadaaa...








Gebu & cekci kannnn...hehe 

yeayyyy clap².. mcm ni la rupa dorayaki yg kt kedai tu, tinggal masuk dalam plstik je...hehe overrr sampai nak masuk dlm plstik sebab nak sama dgn kedai...


Bleh makan sbil tgk cite Doremon...





Bye²...