Thursday, April 14, 2016

Gyudon (Beef Bowl)







Assalamualaikum...






Haluuu...






Harini nak share resepi Jepun, gyudon ni macam nasi + daging masak kicap...Actually 1st time aku try gyudon ni kat Restoran Naritaya, Tokyo. Best sebab daging dia nipis² & lembut. Dapat makan daging yang halal kat kedai memang sangat heaven bila ko duduk kat Jepun ni...hehehe

Bila balik dari Tokyo, kite orang ade jumpa 1 kedai Halal kat Kansai Airport. So husband pun ajak makan kat situ & dia order gyudon. Memang suka sangat dia makan gyudon. Bese la carnivore ni memang suka makan daging..keh² 

Bezanya gyudon kat Naritaya dia letak telur hard boiled tapi kat airport dia letak telur mentah. Mentah??? yesss mentah ketuk² then letak atas nasi daging tu, sebab nasi tu panas so biasanya orang jepun akan kacau² telur tu mix dengan nasi panas² & daging. Bila da kacau tu telur tu jadi la cam half cook yang x bape cook. Even aku species yg suka sangat half cook egg tapi klau telur mentah yg mix dengan nasi ni memang xleh telan la even ko cakap makan telur camni boleh buat kulit cantik ting...ting...ting...pun.

Hasil dari google aku jumpa resepi gyudon yg tak menggunakkan sake. Thanks Kak Ros for the recipe. Boleh tengok sini untuk resepi dari blog Kak Ros.









Bahan - Bahan :




1/2 paket Katsuo Dashi dicampur dengan 300ml air 
200g Daging yang dihiris nipis
3 sb Soyu (kicap cair jepun)  jenama kikoman
1/2 sb Gula
1/2 sb Madu
1/2 biji Bawang Besar, dihiris nipis
2 inci Halia tumbuk halus
sedikit Garam
sedikit Minyak
Telur Rebus
Halia Jeruk







Cara - Cara :




1.      Di dalam bekas kecil satukan soyu, gula dan madu, ketepikan.

2.     Daging dihiris nipis² kalu nak senang potong masa daging tu half frozen. Baru x hancur nak potong nipis² then rebus daging sekejap dengan bancuhan dashi tadi berserta dengan halia, 

3.     Panaskan sedikit minyak dalam fry-pan, masukkan bawang besar & tumis hingga bawang agak layu, Then masukkan bancuhan soyu tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan daging yang telah direbus, bersama-sama kuah dashi yang terdapat dalam periuk daging tadi, kacau sehingga kuah agak kering, sesuaikan rasa, kalau tak cukup masin boleh tambahkan sedikit lagi soyu atau gula.

4.     Cara Penyediaan Gyudon, sendukkan nasi jepun di dalam bowl kecil dan toppingkan atasnya dengan daging yang siap dimasak tadi, taburkan sedikit halia jeruk dan telur rebus.



Ciappp...
















Bye²...

Wednesday, March 23, 2016

Walnut Brownies






Assalamualaikum...





Haluuu...




Sekarang bukak je fb pemes u chewy fudge brownies ni tapi orang duk panggil dia brownies kedut.keh² memang kelakar..hehe mula² aku gelak gak bila orang cakap brownies kedut, amboiiii kalau kulit xmo kedut. Trus gi inject tang citu tang cini nak hilang kedut, kalau brownies nak yg kedut plak.

Actually, nama dia brownies kedut sebab rughpe permukaan dia kedut², shining & ade crack² gitu. Nanti bleh la guna ayat wajahmu cantik umpama brownies, biasa org guna umpama bulan,lekut² gak kan..samaaaa.. Ok da abis iklan so brownies ni teksture dia padat, dense dan rich sangat rasa coklat dia.


Aku buat half dari resepi je sebab berdua je nak makan nanti x habis lagipun kteorg x suka sangat coklat. Peminat tegar white chocolate sebab tu weoills putih gebu gebas...heeeeeeeeeeeeee








Bahan - Bahan :


400g Dark Coklat Couverture @ Coklat Compoun
150g Butter
170g Brown Sugar
4 Biji Telur
1 sk Esen Vanilla
100g Tepung Naik Sendiri
30g Serbuk Koko
80g Walnut






Cara - Cara :


1.     Satukan butter & coklat dan cairkan dengan kaedah double boiling then ketepikan.

2.     Dalam bowl lain, gaul sebati brown sugar, telur dan esen vanilla. Bila sebati tuang ke dalam bowl coklat yang telah kita cairkan tadi. Kacau sampai sebati

3.     Masukkan tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati.

4.     Masukkan walnut dan kacau lagi. Exercise tangan ok,xde la rasa bersalah sgt nak makan nanti. 

5.     Tuang dalam loyang then bakar selama 30 minit pada suhu 160 celcius dalam oven yang telah dipanaskan.

6.     Biarkan brownies sejuk dulu baru potong.






Ciappp...






I pyer brownies ni x kedut sangat sebab i letak collagen..keh² padahal pakai milk chocolate sebab x jumpa la pure chocolate kt Osaka ni. Klau kt Malaysia aku biasa guna Coklat Compound Beryls.



















Bye²...

Wednesday, March 9, 2016

Peanut Butter Cake (3 minit & 3 bahan)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kek 3 minit ni macam² resepi kita boleh buat, aku biasa buat kek 3 minit ni untuk breakfast. Senang je nak buat dan sangat cepat. 3 minit je bleh makan kek nyum². Nasib baik 2-2 suka kek so untuk breakfast memang sangat sesuai untuk kita makan kek..hehe

Kali ni aku nak share resepi peanut butter cake, nanti next time buat chocolate kek plak ekh.x sempat nak snap gambar kek coklat sebab da ngap, masuk perot.







Bahan - Bahan :

3 sb Peanut Butter
1 1/2 sb Gula
1 bijik Telur






Cara - Cara :


1.     Masukkan semua bahan ke dalam cawan yang boleh dimasukkan ke dalam microwave then kacau sehingga sebati.

2.     Masukkan ke dalam microwave then masak selama 3 minit.




tinggg!!!



ciap...





Boleh letak pape topping kegemaran..





ni dia tekstur kek peanut butter kita...





Enjoy...






Bye²

Monday, March 7, 2016

Rosemary Ciken










Assalamualaikum...





Haluuu...





Arini mood rajin cikit, nak share resepi ciken. Asal dessert je kan, x kan buat dessert je ari²? haaa da tuan blog manis orangnya so dessert is the best word to describe how sweet she is..kehkehkeh aipppp² konsep hidup I skrg yang aman² je so jgn buat muka annoying ekh.

Macam biasa nak masak ciken ni sangat la senag sebab main campak² je yg penting watak utama dia ciken & heroin dia rosemary. Rosemary ni sangat best bila digandingkan dengan ciken ni,nak letak masa grill dgn salmon pun no hal tapi klau dengan ciken lagiiiiiii la sedap.







Bahan - Bahan :


500g Ayam ,pakai boneless sbb senang nak makan =) 
2 ulas Bawang Putih (cincang)
1sk Serbuk Jintang Manis
1sk Serbuk Jintang Putih
sedikit Garam
sedikit Serbuk kunyit
Black Paper
Rosemary
Carrot
Kentan






Cara - Cara :


1.     Cuci ayam & toskan, Masukkan semua bahan kecuali kentang dan carrot kemudian perap selama 1 jam atau lebih, kalau nak sedap semalaman.

2.     Buang kulit kentang dan carrot kemudian potong mengikut kesukaan masing². Aku lagi prefer besar² sebab nanti x kering sangat bila da masak.

3.      Gaul carrot dan kentang bersama ayam yang telah kita perap tadi then wrapkan dengan aluminium foil macam gambar bawah ni.



4.     Kemudian grill ayam pada suhu 200 celcius selama 30 minit. Gambar bawah ni rupa bila da grill selama 30 minit.Bila da 30 minit buka wrap dia sedikit kemudian bakar lagi 30 minit atau lagi tepat orang panggil broil.


Tujuan wrapkan dulu dengan aluminum foil ni supaya :

1. isi ciken tidak kering semasa di masak.
2. tak yah nak sental² tray semasa mencuci...=)



Tingggg!!!






Siappp...











Senang kan...




Bye²...

Wednesday, March 2, 2016

Hasselback Baked Apples











Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share ckit resepi dessert yg senang & simple tapi sodappp. Sebab aku tak berapa suka sangat makan epal merah so try la cari resepi untuk habiskan epal merah kat rumah ni. Kalau epal hijau memang tak sempat la nak baked² bagai ni...da selamat ena ngap. Sepanjang aku duduk at Osaka ni ta pernah nampak plak epal hijau..Urm..deorang tak makan epal hijau kot.

Jum kita buat Hasselback baked apples ni. Owh nama dia hasselback sebab epal tu dia slice² macam dalam gambar tu sebab tu org panggil hasselback, xmo potong camtu pun xde hal tapi kena tukar square baed apples atau pape nama bentuk yg korang potong.

=)




Bahan - Bahan :

2 bijik Epal 
4 sb Brown Sugar*
3 sb Butter (dicairkan)*
1 sk Serbuk Kayu manis *
2 sb Rolled Oats
1 sk Tepung Gandum
1/2 sk Garam
1 scoop Eskrim Vanilla

*bahagi 2 bahagian



Cara - Cara :


1.     Cuci epal, kupaskan kulit epal kemudian buangkan potong dua then buang bijik & empulur epal tadi. Jangan makan bijik epal nanti tumbuh pokok dlm perot. Slice epal nipis² tapi jangan sampai terpotong. Letak epal ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dalam oven.

2.     Satukan 1 sb butter, 2sb brown sugar & 1/2 sk serbuk kayu manis. kacau sehingga sebati dan sapuan ke atas epal yang telah kita potong tadi.

3.     Tutup bekas epal tadi dengan aluminium foil then bakar selama 20 minit pada suhu 200 celcius. kemudian buag aluminium foil tadi dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga epal tu tender.

4.     Sambil² tunggu epal kita tender, campurkan baki butter, brown sugar & serbuk kayu manis dengan oat, tepung dan garam. kacau sehingga semua bahan tadi sebati. Then sapu la kat epal kita yang telah dibakar tadi.

5.     Selepas da sapu, bakar epal lagi 10 minit. So kena rajin buka tutup pintu oven..hehe

6.     Bila da ciap boleh letakan ais cream vanilla atas epal kita tadi.





Ciap....






nak letak eskrim perisa lain pun boleh. Aku letak vanilla sebab vanilla besttttttt.





Bye²...

Friday, February 12, 2016

Japanese Cotton Cheesecake (3 Bahan Je)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi cheesecake yg paling senang di abad ini & hanya pakai 3 bahan. Da guna 3 bahan je harusla senang kan. Japanese Cotton Cheesecake ni gebu sangat² & cair dalam mulut bila makan..hehe x tau la nak describe camne rasa dia, nak tau try la buat sdiri.









Bahan - Bahan :

120g White Chocolate
120g Cream Cheese
3 Biji Telur




Cara - Cara :

1.     Asingkan telur kuning & telur putih. Cairkan white chocolate dengan kaedah double boiler. Bila da cair masukkan cream cheese dan kacau sehingga kedua-duanya sebati.

2.     Tutup api untuk double boiler tadi kemudian tambah telur kuning & kacau hingga sebati.

3.     Dalam bowl yg lain, pukul putih telur sehingga kental & menjadi meringue. Kalau nak tau die betul² kembang angkat bowl, kalau putih telur kite x jatuh tu tanda die da cukup.

4.     Then masukkan meringue sikit² ke dalam white chocolate kita tadi. Kacau sehingga sebati dengan kaedah kaup balik.

5.     Letakkan baking paper di sekeliling & bawah loyang kemudian masukkan adunan tadi. Letak baking paper tu xmo bg kek melekat.

6.     Bakar kek dengan menggunakan kaedah au bain-marie (waterbath). 15 minit pada suhu 170 celcius, 15 minit lagi pada suhu 160 celcius dan biarkan kek dalam oven selama lagi 15 minit supaya kek tidak merekah & gebu gebassss...



Da ciap bleh deco dengan sugar powder @ ape² ikot kreativiti masing².







Enjoy....





Bye²...

Sunday, January 31, 2016

Twice-Baked Potatoes











Assalamualaikum...





Haluuu...





Sape suka kentang angkat tangan...hehe actually aku tak suka kentang, kalau beli snake plate kt kepci tu mesti x abis mash potato tu, gravy die je licin..=) disebabkan ada org yg suke sgt makan kentang so kita masak la jugak kentang ni. Nama die twice baked potatoes sebab kentang ni kita kena bakor 2 kali. Ni sangat sesuai mkn tyme² winter mcm skrg ni.Makan panas² syokkk..






Bahan - Bahan :

4 Biji Kentang
2-4 sb Butter
1/2 cup Cheddar Cheese
Garam
Susu Segar
Blackpaper Powder
Olive Oil
Oregano





Cara - Cara :

1.     Cuci kentang bersih² then keringkan dengan kitchen paper. Lumurkan kentang dengan olive oil then bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 celcius.

2.     Bila kentang da masak potong kentang macam cup. 1 bahagian kecik & 1 bahagian lagi besar. Sori lupa nak snap pic. keluarkan isi kentang, makesure kulit kentang tu still ada isi sikit²  nak mengelakkan dia pecah masa kita bakar nanti. Senang cite, buat macam mangkuk dengan kentang tu.

3.     Isi kentang yang telah dikeluarkan tu kita mashkan masukkan butter, susu segar sikit, garam & black paper. Macam nak buat mash potato tu. Masukkan cheese & gaul hingga sebati.

4.     Masukkan mash potatoes tadi ke dalam mangkuk kentang yg kita buat tadi tu, taburkan oregano then bakar sekali lagi selama 15-20 minit. agak² cheese da cair tu ok la.




Ciap...






Bye²...