Assalamualaikum...
Haluuu...
Harini nak share 1 resepi ruti.. aku memang peminat tegar ruti, klau tak makan nasi pun tak pe asal ada ruti. Oleh kerana banyak sangat stock oat kat rumah ni beli kunun nak kuyus makan oat je tapi skali je makan pastu tak hingin pandang dah so kita guna oat ni untuk buat ruti. Kteorg makan berdua ni tahan la 2-3 hari.
Resepi ni aku dapat kat sini thanks tuan pyer resepi sedap sangat, gebu uoilss ruti ni
Bahan - Bahan :
(Untuk Doh)
320g Tepung Roti
2sk Yeast
180 ml Air
1/2 sk Bread Improver*
1/2 sk Bread Softerner*(*optional)
(Bahan Lain)
80g Quaker Oat
60ml Air
6g Garam
25ml Madu
25g Brown Sugar
30g Butter
Cara - Cara :
1. Masukkan semua bahan untuk doh ruti ke dalam bread maker kemudian setkan kepada setting untuk adunan, kalau bread maker aku ni sejam je da siap uli.
2. Biarkan adunan naik 2 kali ganta kemudian masukkan bahan² lain dan settingkan lagi skali untuk doh pada bread maker.
3. Keluarkan doh kemudian boleh bentukkan doh kepada bentuk yang disukai. Aku buat roti bun kunun macam bunga bolat².
4. Tutup adunan dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaan ruti dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan.
5. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit.
tinggggg siappp...
Ni la ruti oat ioilss yg kunun nak bentuk bunga tu |
Belanja pic dekat sikit..haaa gebu ... |
So boleh biarkan ruti sejuk or boleh ngap panas².. aku suka ruti panas² sedap wooo.
Bleh gak makan dengan mushroom soup.Nak resepi Mushroom soup yg sedap sgtttt sgtttt tgk sini..
Bye²...