Assalamualaikum...
Haluuu...
Harini nak share resepi cheesecake yg paling senang di abad ini & hanya pakai 3 bahan. Da guna 3 bahan je harusla senang kan. Japanese Cotton Cheesecake ni gebu sangat² & cair dalam mulut bila makan..hehe x tau la nak describe camne rasa dia, nak tau try la buat sdiri.
Bahan - Bahan :
120g White Chocolate
120g Cream Cheese
3 Biji Telur
Cara - Cara :
1. Asingkan telur kuning & telur putih. Cairkan white chocolate dengan kaedah double boiler. Bila da cair masukkan cream cheese dan kacau sehingga kedua-duanya sebati.
2. Tutup api untuk double boiler tadi kemudian tambah telur kuning & kacau hingga sebati.
3. Dalam bowl yg lain, pukul putih telur sehingga kental & menjadi meringue. Kalau nak tau die betul² kembang angkat bowl, kalau putih telur kite x jatuh tu tanda die da cukup.
4. Then masukkan meringue sikit² ke dalam white chocolate kita tadi. Kacau sehingga sebati dengan kaedah kaup balik.
5. Letakkan baking paper di sekeliling & bawah loyang kemudian masukkan adunan tadi. Letak baking paper tu xmo bg kek melekat.
6. Bakar kek dengan menggunakan kaedah au bain-marie (waterbath). 15 minit pada suhu 170 celcius, 15 minit lagi pada suhu 160 celcius dan biarkan kek dalam oven selama lagi 15 minit supaya kek tidak merekah & gebu gebassss...
Da ciap bleh deco dengan sugar powder @ ape² ikot kreativiti masing².
Enjoy....
Bye²...