Assalamualaikum...
Haluuu...
Jum tambah lemak dalam badan..hehe sape yg suka makan cheese mesti suka gratin ni. Gratin lebih kurang macam lasagna la tapi xde lapis². Untuk gratin kali ni aku guna pasta yang bentuk shell tu sebab bentuk dia comel, sebab tu je ke? yeaaaaa..sebab dia comel..
Makan gratin ni masa hujan..perghhh sedap.
Bahan - Bahan:
Untuk Inti
1 cup Pasta (direbus & ditoskan)
1 cup Isi Ayam
1 ulas Bwg Putih - (hiris halus)
3 ulas Bwg Merah- (hiris halus)
1/2 sb Serbuk Blackpaper
1 sb Butter
sedikit Garam
Cendawan secukupnya
sedikit Serbuk Basil (option)
Untuk White Sauce
500ml susu segar
3 keping cheddar cheese
3 sb tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam
Cara - Cara :
1. Memula kite buat die punya inti dlu, tumis bwg putih & merah sehingga naik bau kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam tu masak.
2. Masukkan cendawan butang kedalam ayam tadi kemudian perisakan dengan sedikit garam dan masukkan sedikit serbuk blackpaper. Biarkan sehingga cendawan masak kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. Gaul sehingga sebati kemudian tabur serbuk basil. Kalau xde pun xpe, aku letak sebab nak eksyen ada serbuk basil..heheheheh da siap masak boleh tutup api dan ketepikan.
3. Kemudian kite buat white sauce plak, masukkan semua bahan kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga sauce kelihatan pekat then ketepikan.
4. Sediakan bekas kaca gratin atau apa² bekas tahan panas, masukkan inti kkemudian surahkan white sauce. Last tabur cheese.
5. Bakar 10 - 20 minit pada suhu 200 celcius. Ciap & best makan tyme dia panas².
Bye²...