Friday, December 19, 2014

Caramel Popcorn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Konichiwa, kalau tgk movie memang x sah kalau x makan popcorn kan. Even tgk movie dalam umah pun kna makan popcorn baru dpt feel tgk movie..hehe.. So before strt tgk movie, jum kite buat caramel popcorn sendiri. Senang je nak buatnya, x payah mesin popcorn pun, kite pakai periuk yg ade tutup tu je. Bahan utama nak buat popcorn ialah biji jagung untuk popcorn, klau x tau roughpe die, ni haaa...








Bahan - Bahan :

2 gengam biji Jagung
2sb Minyak Canola / Minyak Masak
1sb Butter
secubit Garam


Caramel Souce

1 cawan Brown Sugar
4sb Butter
4sb Susu Pekat
2sb Madu
1sk Baking Powder
1sk Esen Vanilla






Cara - Cara :

1.     Panaskan minyak dan cairkan butter dalam periuk, letak secubit garam then masukkan biji jagung kemudian gaul-gaul rata biji jagung dengan minyak dan butter. Tutup periuk tunggu biji jagung tu meletup.




2.     Sambil² biji jagung tu meletup skali-sekala goyangkan periuk dari luar sebab nak bagi semua biji jagung tu meletup. Tyme meletup ni paling seronok dan bau die mengancam.


 Sila buat muka excited sambil tengok biji jagung meletup.



3.     Bila bunyi pop da xde boleh tutup api then pindahkan popcorn ke dalam bowl.


4.     Jum buat caramel source plak, masukkan brown suger, butter, madu dan susu pekat. Kacau sehingga sebati, guna api kecil je, takot gula hangus nanti pahit plak.

5.     Bila dah sebati boleh tutup api dan masukkan baking powder dan esen vanila dan kacau cepat².




6.     Masukkan caramel souce ke atas popcorn tadi kemudian kacau sebati, biar semua popcorn kena caramel. Nanti bleh tengok movie dengan aman sebab x yah pilih popcorn yg kena caramel source je..hehe

7.     Kalau nak popcorn lagi crunchy bleh ratakan popcorn atas baking paper kemudian bakar dalam oven sampai nampak die kering. Biarkan popcorn sejuk kejap dan pisahkan popcorn yang melekat² tu..ciappp.





 .

Yeayyy.... seronok bila dapat makan popcorn yang semuanya kena salut dengan caramel...hehehe


ps: thanks Kak Long for the recipe.!!!



Bye²...

No comments:

Post a Comment