Wednesday, June 8, 2016

Cinnamon Roll wiff Custard Sauce





Assalamualaikum...




Haluuu...





Cinnamon roll ni 1st tyme aku makan sebab aku jenis yang tak suka benda yang berspices² ni. Boleh terjebak buat ni sebab Mr. Husband tibe² msg ckp terbayang cinnamon & bread kat retina mata. hehehe retina ok,.fening btol ayat org suka biology ni.

Aku bayangkan cinnamon tabur² atas ruti ohhhh myyyyy totally not my taste. Skali try buat uishhh sedap ok, makan plak dengan custard sauce. Perghhh berhantu wehh, rasa mkn makan tanpa henti.

Resepi ni aku amik kat bloh tapi lupa da link dia kt ne. Keh² xpe la. So jum kita tengok resepi Cinnamon Roll ni.








Bahan - Bahan :


250g Tepung Roti
50g Gula Kastor
1/2sk Garam 
30g Telur (pecahkan sebijik telur,kacau then amik half dari telur tu)
6g Instant Yeast
20g Shortening
125ml Air Suam


(Bahan² Untuk Tabur)

1 1/2sb Butter (dicairkan)
3sb Brown Sugar*
1/3 sk Serbuk Kulit Kayu Manis*
*disatukan sehingga sebati
1/2 cawan kismis,



(Bahan² Custard Sauce) 

2 cwn Susu Segar
2sb Tepung Custard
4sb Gula



Cara - Cara :


1.     Larutkan yis dalam air suam then biar dia berbuih. 

2.     Satukan semua bahan, masukkan bancuhan yis tadi uli sehingga menjadi doh. Uli adunan sehingga doh licin dan kenyal.

3.     Rehatkan doh dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga doh naik. Kalau nak senang macam aku masuk semua bahan dalam bread maker then set setting untuk doh.settle..hehehe

4.     Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin, buat roti mmg camtu da biarkan dia naik,kembang pahtu tumbuk bagi keluar angin pulak..hehehe

5.     Canai doh nipis dan berbentuk empat segi then sapu doh dengan butter yang dicairkan kemudian tabur gula & serbuk cinnamon yang telah kita satukan tadi. Last skali tabur kismis plak.

6.     Gulung doh kita tadi macam swissroll ,makesure gulung cantik² & kemas². pastu potong kepada 10 bahagian.

7.     Letak setiap potongan dalam paper cupa & perap 45 minit. Sapu telur yang balance tadi.

8.     Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit.

9.     Untuk Custard sauce plak satukan susu segar dan tepung custard, kacau kemudian tapis.

10.     Masukkan susu segar dan tepung custard yang telah ditapis tadi ke dalam sauce pan dan tambah gula. kacau dengan api sederhana sehingga mencapai kepekatan yang diingini .

ps: sila rajin² kacau sbb nanti hangit.









Ciappp.....














Bye²...