Showing posts with label DessERT. Show all posts
Showing posts with label DessERT. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Kek Sarang Semut






Assalamualaikum...





Haluuu...




Semangat membaking luntur sikit sejak winter ni, sejuk woo rasa malas nak gerak, nak duduk dalam selimut sambil tengok cerita je..hehe over. kali ni nak share resepi kek sarang semut. Mak iolss suka buat kek ni. Dulu² tak teringin sangat nak makan kek ni sebab dia macam kenyal cikit. iolss suka kek yang gebu gebas tu..Lepas tu nak mkan kek ni leceh,sebab kena buang semut dulu...hehehe  tapi husband request kek sarang semut ni. Kak rumah Ma panggil kek gula hangus, rupanya sama je nama je lain.






Bahan-Bahan :

(A)
250 g Gula Pasir 
225 ml Air 
75 g Butter 

(B)
4 biji Telur Gred A
125 g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bikarbonate*
1 sk Baking Powder*(*disatukan dan diayak)
75 g Susu Pekat
1 sk Esen Vanilla








Cara - Cara :


1.     Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair, kacau hingga gula menjadi karamel, Masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, Hati² ekh sbb takot terkena tangan.pamas wooo kacau hingga rata. Masukkan butter, kacau hingga butter cair. Tutup api dan biakan sejuk.


2.     Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan masukkan gula karamel tadi. Putar sebati dan masukkan dalam acuan yang telah di letak baking paper. Rehatkan 30 minit.



3.     Panaskan oven pada suhu 170C kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan mengunakan api BAWAH sahaja.




Tadaaa siappp...






Yang lubang² tu aku potong serong so nampak jelas la lubang² sarang semut..heeeeee





Bye²...

Thursday, September 22, 2016

Kek Coklat Moist (Simple Sgt²)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Menghilang sekejap sbb laptop buat hal dan kebetulan weolls balik Malaysia.. hehe Naik 2kg balik Malaysia =) so back to the reality..Hello Osaka & helllo autumn. Before balik haritu kat sini tengah summer balik² je da msuk autumn dan banyak² season aku suka autumn sebab udara dia best x panas & x sejuk beku. Yang paling best bila dpt tgk daun² maple merah penuh pokok, owsem sangat. Nanti aku share pic autumn kali ni tapi tunggu tengah² autumn baru ada daun merah² tu. Nak share yg last year mcm x best da..hehe

Laptop aku actully skrin dia pecah..hehe Mr. Aj buat main snowboard ....padam muka letak sticker butterfly banyak² lg so dia mcm tertarik dgn keindahan laptop aku tu..kih² Kali ni aku nak share resepi kek coklat moist, aku suka buat kek byte size sebab senang nak makan lagi satu senang bila kita nk bawak untuk potluck, da ciap potong² en x leceh da nak bwk pisau.









Bahan - Bahan :


1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla













Cara - Cara :


1.      Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.





Ciappp...






















Bye²...


Sunday, May 15, 2016

Mango Panna Cotta









Assalamualaikum...






Haluuu...





Berhabuk blog, hehe....Actually busy packing & unpacking barang² sebab kteorg pindah rumah baru. Still lagi kat Osaka la but kt Suita. Penat weh pindah rumah ni, nampak macam sikit je barang² kiteorg skali packing, berkotak². Benda yg byknya baju la, yg musim winter pyer baju lagi la tebal² kan, tu pun da pakai vacuum bag. Yang pasti ratio baju aku : husband = 5:1..keh² biasa la perempuan.


Panna Cotta ni dessert yg senang & simple then x pakai banyak barang pun. Aku buat dessert ni masa housewarming kteorg, tapi masa tu buat Strawberry Panna Cotta sebab x jumpa mango. For me, aku lagi suka Mango tapi Panna Cotta ni boleh je nak letak buah pape as long as korang suka buah tu, kan buat untuk makan sendiri but pliss jgn letak durian ok..even ko hantu durian,tengok durian mengalir air liur mimpi² sampai nagis bucu katil x dapat makan sebab buah ni sangat x sesuai dengan Panna Cotta.


Jum kita buat Mango Panna Cotta.






Bahan - Bahan :

2 sk gelatin (larutkan dengan 3 sb Air Panas)
1 cwn Susu Segar
1/2 cwn Heavy Cream
1/4 cwn Gula
1 biji Mango atau 12 biji Strawberi








Cara - Cara :


1.     Larutkan Gelatin dengan air panas kemudian kacau sehingga gelatin betol² larut. Aku guna gelatin Halalgel, bawak dari Malaysia lg..gigihhh (tepuk tangan kekuat)

2.     Masukkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam sauce pot kemudian panaskan dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau² biar gula hancur dan sebati. Bila da panas, tengok klau da keluar bubble² kat tepi pot tu da boleh tutup api then masukkan larutan gelatin tadi. Kacau sehingga sebati.

3.     Susu tadi kita boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai untuk dessert macam cawan kecik² tu. Then sejukkan panna cotta kita di dalam fridge selama 5-6 jam.Sejuk² baru besttt.

4.     Untuk mango sauce plak, blend mango sehingga menjadi puri. Aku da tak letak gula dalam puri tu sebab tak nak kill rasa mango tu. Kalau pakai strawberry boleh letakkan 2-3 sk gula masa blend tu.Ikut selera masing². Simpan puri dalam fridge gak.

5.     Bila nak makan boleh sudukan puri mangga tadi ke atas panna cotta kita. 




Siapppp













Makan tyme panas² ni best....sejukk











Ni plak strawberry panna cotta yg aku buat masa housewarming.





Selamat mencuba...




Bye²...


Wednesday, March 23, 2016

Walnut Brownies






Assalamualaikum...





Haluuu...




Sekarang bukak je fb pemes u chewy fudge brownies ni tapi orang duk panggil dia brownies kedut.keh² memang kelakar..hehe mula² aku gelak gak bila orang cakap brownies kedut, amboiiii kalau kulit xmo kedut. Trus gi inject tang citu tang cini nak hilang kedut, kalau brownies nak yg kedut plak.

Actually, nama dia brownies kedut sebab rughpe permukaan dia kedut², shining & ade crack² gitu. Nanti bleh la guna ayat wajahmu cantik umpama brownies, biasa org guna umpama bulan,lekut² gak kan..samaaaa.. Ok da abis iklan so brownies ni teksture dia padat, dense dan rich sangat rasa coklat dia.


Aku buat half dari resepi je sebab berdua je nak makan nanti x habis lagipun kteorg x suka sangat coklat. Peminat tegar white chocolate sebab tu weoills putih gebu gebas...heeeeeeeeeeeeee








Bahan - Bahan :


400g Dark Coklat Couverture @ Coklat Compoun
150g Butter
170g Brown Sugar
4 Biji Telur
1 sk Esen Vanilla
100g Tepung Naik Sendiri
30g Serbuk Koko
80g Walnut






Cara - Cara :


1.     Satukan butter & coklat dan cairkan dengan kaedah double boiling then ketepikan.

2.     Dalam bowl lain, gaul sebati brown sugar, telur dan esen vanilla. Bila sebati tuang ke dalam bowl coklat yang telah kita cairkan tadi. Kacau sampai sebati

3.     Masukkan tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati.

4.     Masukkan walnut dan kacau lagi. Exercise tangan ok,xde la rasa bersalah sgt nak makan nanti. 

5.     Tuang dalam loyang then bakar selama 30 minit pada suhu 160 celcius dalam oven yang telah dipanaskan.

6.     Biarkan brownies sejuk dulu baru potong.






Ciappp...






I pyer brownies ni x kedut sangat sebab i letak collagen..keh² padahal pakai milk chocolate sebab x jumpa la pure chocolate kt Osaka ni. Klau kt Malaysia aku biasa guna Coklat Compound Beryls.



















Bye²...

Wednesday, March 2, 2016

Hasselback Baked Apples











Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share ckit resepi dessert yg senang & simple tapi sodappp. Sebab aku tak berapa suka sangat makan epal merah so try la cari resepi untuk habiskan epal merah kat rumah ni. Kalau epal hijau memang tak sempat la nak baked² bagai ni...da selamat ena ngap. Sepanjang aku duduk at Osaka ni ta pernah nampak plak epal hijau..Urm..deorang tak makan epal hijau kot.

Jum kita buat Hasselback baked apples ni. Owh nama dia hasselback sebab epal tu dia slice² macam dalam gambar tu sebab tu org panggil hasselback, xmo potong camtu pun xde hal tapi kena tukar square baed apples atau pape nama bentuk yg korang potong.

=)




Bahan - Bahan :

2 bijik Epal 
4 sb Brown Sugar*
3 sb Butter (dicairkan)*
1 sk Serbuk Kayu manis *
2 sb Rolled Oats
1 sk Tepung Gandum
1/2 sk Garam
1 scoop Eskrim Vanilla

*bahagi 2 bahagian



Cara - Cara :


1.     Cuci epal, kupaskan kulit epal kemudian buangkan potong dua then buang bijik & empulur epal tadi. Jangan makan bijik epal nanti tumbuh pokok dlm perot. Slice epal nipis² tapi jangan sampai terpotong. Letak epal ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dalam oven.

2.     Satukan 1 sb butter, 2sb brown sugar & 1/2 sk serbuk kayu manis. kacau sehingga sebati dan sapuan ke atas epal yang telah kita potong tadi.

3.     Tutup bekas epal tadi dengan aluminium foil then bakar selama 20 minit pada suhu 200 celcius. kemudian buag aluminium foil tadi dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga epal tu tender.

4.     Sambil² tunggu epal kita tender, campurkan baki butter, brown sugar & serbuk kayu manis dengan oat, tepung dan garam. kacau sehingga semua bahan tadi sebati. Then sapu la kat epal kita yang telah dibakar tadi.

5.     Selepas da sapu, bakar epal lagi 10 minit. So kena rajin buka tutup pintu oven..hehe

6.     Bila da ciap boleh letakan ais cream vanilla atas epal kita tadi.





Ciap....






nak letak eskrim perisa lain pun boleh. Aku letak vanilla sebab vanilla besttttttt.





Bye²...

Friday, February 12, 2016

Japanese Cotton Cheesecake (3 Bahan Je)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi cheesecake yg paling senang di abad ini & hanya pakai 3 bahan. Da guna 3 bahan je harusla senang kan. Japanese Cotton Cheesecake ni gebu sangat² & cair dalam mulut bila makan..hehe x tau la nak describe camne rasa dia, nak tau try la buat sdiri.









Bahan - Bahan :

120g White Chocolate
120g Cream Cheese
3 Biji Telur




Cara - Cara :

1.     Asingkan telur kuning & telur putih. Cairkan white chocolate dengan kaedah double boiler. Bila da cair masukkan cream cheese dan kacau sehingga kedua-duanya sebati.

2.     Tutup api untuk double boiler tadi kemudian tambah telur kuning & kacau hingga sebati.

3.     Dalam bowl yg lain, pukul putih telur sehingga kental & menjadi meringue. Kalau nak tau die betul² kembang angkat bowl, kalau putih telur kite x jatuh tu tanda die da cukup.

4.     Then masukkan meringue sikit² ke dalam white chocolate kita tadi. Kacau sehingga sebati dengan kaedah kaup balik.

5.     Letakkan baking paper di sekeliling & bawah loyang kemudian masukkan adunan tadi. Letak baking paper tu xmo bg kek melekat.

6.     Bakar kek dengan menggunakan kaedah au bain-marie (waterbath). 15 minit pada suhu 170 celcius, 15 minit lagi pada suhu 160 celcius dan biarkan kek dalam oven selama lagi 15 minit supaya kek tidak merekah & gebu gebassss...



Da ciap bleh deco dengan sugar powder @ ape² ikot kreativiti masing².







Enjoy....





Bye²...

Monday, October 19, 2015

Pai Epal Simple






Assalamualaikum...






Haluuu...





Kat rumah ni ada banyak sangat epal, asik makan camtu je so nak gak try buat pai. Makan panas² mesti sedap kan tambah² tyme sejuk camni..uishhh besttt. Pai epal ni dapat resepi kat sini thanks tuan blog for the recipe. 





Bahan - Bahan :


Pastry
300g Tepung Gandum
120g Mentega, disejukkan dan dadu kecil
40g Shortening
1sk Gula Aising
1/3sk Garam
4 - 5sb Air Ais

Inti Pai
3 biji Epal
2 1/2 sb Gula Perang 
1/2sk serbuk Kulit Kayu Manis
2sb penuh Mentega
1sb penuh Tepung Jagung
1/4sk Garam

Makeup
1 Kuning Telur*
1/2 sk Esen Vanilla*
1 sb Susu Cair (aku guna susu segar)*
*kacau rata







Cara-Cara :


1.     Mula² buat pastry dulu, satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Bungkus dengan plastik then simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

2.     Untuk inti plak kupas epal, buang kulit, empulur & dadukan epal.


3.       Panaskan mentega, masukkan epal kacau dan tambah gula perang dan garam. Kalau nak manis boleh tambah gula lagi, nak kencing manis bleh masukkan sekilo gula..=) 

4.     Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan. 

5.       Keluarkan doh dari peti sejuk,potong 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.

aku xde acuan pai, so guna bowl ni je...janji bleh masuk oven sudah....

6.     Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh susun ikut kreativiti sdiri pada bahagian atas inti pai. Aku buat munge rose...hehe




7.      Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.






Ciappp...


















Bye²....

Thursday, July 23, 2015

Kek Blueberry




Assalamualaikum...





Haluuu...





Selamat Hari Raya Aidilfitri sume....Aku raya kt Osaka tahun ni, raya kat perantauan ni xdela meriah mcm raya kt Malaysia. Harusssslllaaa mne bleh kacau dodol, bakar lemang, main mercun sume kt sini kan. Rendang pun klau nak makan boleh, tapi kena masak sdiri la..hehe

Menu raya tahun ni rendang daging, nasi himpit, roti jala, kari ayam & kek blueberry. Haaaa biskut raya xde...hehe tu buat kek, kunun ganti kuih raya. Tak plan pun nak buat kek tapi masa gi supermarket aritu nampak blueberry melambai² suh beli....heeeeee~

So da ada blueberry goggle cari resepi. Aku amik resepi ni kt blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku suka tengok blog ni sbb kalau ikot resepi dia mesti sedap kira kena dengan selera aku la. Thanks Mat Gebu..






Bahan - Bahan :

200g Mentega
2 biji Telur gred A
100ml Susu Segar
140g Gula Kastor
220g Tepung self-raising 
1sk Esen Vanilla
150g Blueberry






Cara - Cara :


1.     Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Kacau rata.

2.     Tuang esen vanilla dan masukkan blueberry tadi, gaul rata dengan spatula. Masukkan dalam acuan yg da dileserkan mentega.

3.     Panaskan oven then bakar 40 minit atau hingga masak pada suhu 175 celcius.


Siappp...







Tadaaaaaa...















Bye²...

Sunday, June 28, 2015

Kek Coklat Cheese Leleh (Simple)






Assalamualaikum...





Haluuu...





Baru ade masa nak share resepi ni, mcm² yang jadi bulan june ni..hehe sweet sgt² tau even ada rasa risau dan terkejut, dia macam tiba² je tau..suspen x? nanti rajin aq update post pasal bde ni ea. Kek ni aq buat masa anniversary kiteorg. Senang je nak buat kek ni. Jum kita tengok resepi dia.





Bahan - Bahan :

(Kek Coklat)
1 1/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
1 cwn Minyak Jagung
3/4 cwn Gula
3/4 cwn Serbuk Koko
1 cwn Susu Segar
1 biji Telur
1 sk Esen Vanilla

(Cheese Leleh)
250g Cream Cheese
1/2 tin Susu Pekat



Cara - Cara :

1.     Mula² buat kek coklat dulu. Pukul Telur sehingga berbuih kemudian masukkan minyak jagung, susu, gula, serbuk koko dan esen vanilla. Kacau sebati.

2.     Masukkan tepung kemudian kacau sehingga sebati.

3.     Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 Celsius selama 45 minit.

4.     Untuk cheese leleh plak, pukul cream chesse dan susu pekat sehingga pekat dan sebati.

5.     Bila kek da masak biarkan kek sejuk seketika then boleh curahkan adunan cheese tu kt atas kek....ciapp






Tadaaa...








So boleh la hias kek korang ikot suka korang. Senang kan nak buat. Gigil aq nak tulis atas kek tu. hehehehe






Selamat Mencuba...




Bye²...

Wednesday, May 27, 2015

Puding Pandan Santan Perantauan






Assalamualaikum...





Haluuu...





Tyme² panas ni dpt puding sejuk² best kan tapi kat jepun ni nak cari daun pandan susah woo, yg tanam kt umah ni pun x besar² mb sebab cuaca kot. Gigih bwk dari malaysia pandan tu, pastu die naek flight then smpai jepun..hehe jauh en pandan tu travel.

So utk gantikan daun pandan tu, aq gune pandan paste. Pun boleh la asal ade gak rase pandan cikit². Pasal tu la puding ni name die perantauan. kalau x perantauan bleh pakai daun pandan yg diblend dgn air sikit, paste pandan da x pandang la klau kt Malaysia, sbelah mata pun x tgk..eksyenn!!!




Bahan - Bahan :

1 paket Agar² Serbuk (11g)
4 cwn Air (refer direction kat kotak masing²)
200g Gula 
250ml Santan
1 biji Telur
sedikit Pandan Paste
sedikit Pewarna Hijau
secubit Garam





Cara - Cara :

1.     Masukkan air, agar² dan gula ke dalam periuk. Larutkan dengan api yg sederhana.

2.     Masukkan telur ke dalam santan dan pukul hingga sebati. Pakai garfu jeee.

3.     Masukkan santan dan telur tadi ke dalam larutan agar² kemudian masukkan pandan paste, pewarna hijau dan secubit garemmm..

4.    Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.

5.     Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk & bila da nampak puding tu keras ckit bleh masukkan ke dalam peti sejuk.


Hidang bila puding tu sejuk, baru besttt..









bye²....

Wednesday, May 13, 2015

Cream Puff Gebuss






Assalamualaikum...





Haluuu...





Mcm yang laz post aq ade janji nak share resepi cream puff en. So ni entry psal cream puff. Sebelum kawin dulu pun aq suke buat cream puff ni sebab ni memang fav aq. Letak dalam fridge sampai die sejuk pastu ngapppp...uishhh sedappppp...hehe aq suke cream puff yg sejuk.


Cream puff ni senang je nak buat, cuma kna buat keje 2 kali la buat puff dan filling die. Bila da dua² ciap kna masukkan filling dalam puff tu pulak. Dengar mcm leceh kan tapi bila pikir nikmat cream puff tu terus rasa nak buat tau..



Bahan - Bahan : 

Untuk Filing cream puff

2 sb Tepung Gandum*
2 sb Tepung Custard*
8 sb Gula*
2 cup Susu Segar
2 biji Telur (L size)
1 sk Esen Vanilla
2 sb Butter



Untuk Puff

125g Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
100g Butter
250ml Air 
1 sk Gula 
1 sk Esen Vanilla
3 biji telur (L size)





Cara - Cara :


Untuk Filling

1.      Memula kite buat filling die dulu, Masukkan bahan bertanda * ke dalam bowl. Tambah sedikit susu segar & kacau hingga tidak berketul.

2.     Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu segar yang selebihnya & kacau lagi.

3.     Masukkan semua bahan tadi dalam periuk. Masak dengan api sederhana & kena sentiasa kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus. Kacau² sambil buat exercise lengan. Masak filling ni t lengan pun slim..hehe...
Masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api. Masukkan mentega & kacau sebati.

4. Sejukkan filling sebelum masukkan ke dalam piping bag.


Untuk Puff

1.     Panaskan air,gula dan butter sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan

2.     Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. Kemudian  masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung . Kacau adunan sebati. Pakai hand mixer pun boleh.

3.     Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe adunan tu ikot bentuk idaman anda sampai abis.

4.     Spray air ke atas doh yg kite pipe tadi untuk membantu adunan naik. Panaskan oven pada suhu 200 celcius. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit dgn api atas bawah.

5.    Potong puff jgn sampai terbelah dua & masukkan filling ke dalam puff tu sampai penuh ringga dalam puff tu. 


Ciappp...




Yang bestnya bila buat sdiri leh letak filling banyak²...tgk cream puff aq tu, tkeluar filling die.



urmmm nyum²





Saturday, May 9, 2015

Kek Pisang Grand Prix






Assalamualaikum...




Haluuu...




Kerlass en tajuk kek pisang kite, grand prixnya bukan ape sebab kek pisang ni senang & cepat sgt nak membuatnya. Incik husband yg buatkan kek pisang ni, sedap wooo. Klau makan yg org buatkan mmg jadi lagi & lagiiii sedapkan..hehe ekhhhh ke aq sorang je rase camtu?

Kteorg nak gi bbq kt taman so decided nak buat dessert la sebab da banyak makanan² berat so kteorg bawak dessert. Kteorg buat kek pisang, creampuff & aiskrim coklat Malaysia..hehe daging utk bbq incik husband da ciap² marinade sebab makin lama marinade makin sodap kan.

Resepi creampuff dan aiskrim coklat Malaysia tu nanti aq update ekh. Kali ni buat post kek pisang grand prix dulu. ishh jgn duk gelojoh sgt nak sumbat semua resepi kt post ni.




Bahan - Bahan :

200g Tepung Gandum*
1 sk Soda Bicarbonate*
1 sk Baking Powder*
(*satukan & diayak)
3 bijik Pisang (saiz sederhana)
150g Gula Kastor
Secubit Garam
3 bijik Telur gred A
120ml Minyak Sayur 
1 sk esen vanilla (kalau ade esen pisang bleh guna)




Cara - Cara :


1.     Lenyetkan pisang, gula dan garam sehingga sebati.

2.     Masukkan telur satu per satu kedalam adunan tadi dan kacau rata. Pakai hand mixer je senang.

3.    Masukkan tepung tadi kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

4.     Panaskan oven pada suhu 170 Celsius.

5.     Sapukan butter pada loaf pan dan tuang adunan ke dalam loaf pan.

6.     Bakar kek pisang selama 40 minit. 1 rumah bau kek pisang ni...wangiee bau die..




Ciap...











Bye²...


Monday, May 4, 2015

Pudding Caramel Tanpa Telur







Assalamualaikum...





Haluu...





Sebenarnya da lama sgt nak try resepi pudding caramel ni tapi asyik lupe je. Bila tgk cite My Boss My Hero lagi skali, terus datang balik rasa nak mkn pudding tu. Hehe asal tgk cite tu msti aq terasa nak mkn sgt² pudding caramel. Mane x nya, berlari 1 sekolah semata² nak beli puding caramel. Banyak² cite jepun yg aq tgk rasenya cite ni la the best sebab susah nak layan cite Jepun ni. Deorg biasa buat cite background zaman dulu², x pun cite budak sekolah, kalau anime tu belambak la.

Btw terima kasih kepada tuan punya resepi, aq amik resepi ni kat blog syapex kitchen senang je nak buat weh. Da la x guna telur. Jum kite buat pudding caramel.




Bahan - Bahan :


Untuk Caramel

2 sb Gula Pasir ( gula hangus )



Untuk Pudding

10g Agar-Agar Serbuk 
4 cwn Air
1/3 cwn Gula Pasir 
1/2 cwn Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair (aq gune susu segar)
3 sb Tepung Custard
1 sk Esen Vanila





Cara - Cara :


1.     Mula² kite buat gula hangus. Tabur gula dalam source pan kemudian masak atas api yang kecil sihingga gula menjadi perang. Da ciap tutup api then tuang dalam loyang & ratakan keseluruh loyang. Ketepikan sekejap.

2.     Satukan semua bahan kemudian masak di atas api yg sederhana. Adunan kena kacau selalu takot custard bergentel.

3.     Apabila menggelegak & adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

4.     Biarkan seketika pada suhu bilik. Bila da sejuk sikit baru masukkan ke dalam peti sejuk.

5.     Makan pudding sejuk² besttttt uh..




Tadaa..




Pudding ni dapat 2 bijik sebab loyang kt umah ni cute² je saiz die..maklum la duk 2 org..hehe





Ni bila da potong pudding...Lembutttt..






Bye²...

Monday, April 20, 2015

Pudding Cocktail Dgn Custard Cream







Assalamualaikum...





haluuu...




Deman hanami dah hilang sebab sakura da xde..hehe so duk umah diam² sebab da penat jalan² pegi picnic sbil tgk sakura kan. Harini terasa nak makan dessert yg simple. Aq x suke sgt yg rasa lemak² ni sgt sebab nanti cepat rase muak pastu xleh mkn byk²...heeeeee

Tepung custard ni bawak dari Malaysia, semangat bawak sebab nk makan kat Jepun. Kat cini x sure ade jual ke x sebab biasa usya kt kedai xde, klau beli online tu mungkin ade la. Jum tgk resepi.






Bahan - Bahan :

Untuk Puding Cocktail

1 tin Cocktail (asingkan buah & air)
1 cwn Tepung Custard
5 sb Gula
1200 ml air


Untuk Custard Cream

500ml Susu Segar
200ml Air
200ml Sirap @ Air Cocktail (yg diasingkan tadi)
200 g Gula
1 biji Kuning Telur
2 sb Tepung Custard
1 sk Esen Vanilla






Cara - Cara :


1.     Memula kite buat puding dulu, masukkan tepung custard, gula dan air ke dalam bowl kemudian kacau sehigga gula larut dan tepung custard tidak berketul.

2.     Tapiskan dan kemudian masak di atas api yg sederhana sambil kacau sehingga die pekat dan berkilat.

3.     Potong cocktail dan masukkan ke dalam bekas atau acuan yg tahan panas. Masukkan puding yg dimasak tadi. Biarkan pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk.

4.     Then boleh buat cream die, satukan semua bahan kemudian kacau sehingga gula larut dan sebati.

5.     Tapiskan dan masak sehingga cream menjadi sedikit pekat. Tutup api kemudian biarkan pada suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.

6.     Bila puding dan cream sejuk, boleh dihidangkan.




Ciap...














Bye²...


Wednesday, December 24, 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese.






Assalamualaikum...





Haluuu...





Kepada peminat cheese macam kteorg 2 org ni, biasa kite makan cheesecake yg x yah baked kan. Kali ni jum try buat yang kukus plak. Tadi jalan-jalan kt blog skali nampak resepi ni kt blog Mat Gebu pantang nampak cheese pastu ade plak tulis "senang dan sedap". Asal nampak senang je mesti nak try buat..hehe tentiu kepada tuan punyer resepi.






Bahan - Bahan :


Kek Coklat

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3sb serbuk koko*
1sk soda bicarbonate*
1/2sk baking powder*
(*disatukan dan di ayak)

Lapis Cheese

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1sb air
1sb tepung gandum







Cara - Cara :

1.     Panaskan kukusan. Lenser acuan kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi dan ketepikan.

2.     Untuk Kek Coklat :- Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, pukul sebati. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, pukul sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan² yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak kemudian ketepikan.

3.     Untuk Lapisan Cheese :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati.

4.     Tuang 1 bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan acuan kek dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak.

5.     Biarkan kek sejuk sekejap kemudian boleh keluarkan dari acuan dan dihidangkan.



Ciappp...







Makan dengan teh panas madu sambil men game World of Tank duduk dalam Kotaksu...weee
(spend tyme during winter) Sekarang ni sibuk knitted plak, da ciap buat snow cap tuk incik husband and scarf untuk caye...uuuu besttttt....  








Bye²...

Monday, December 15, 2014

Sweet Cup Corn






Assalamualaikum...





Haluuu...





Harini nak share resepi yang sgt simple, sesuai makan sbil tengok cite. Skrg ni sejuk so nak makan bende yg panas² tuk hangatkan badan. Cup corn ni biasa ade jual kt mall², kt Malaysia dulu pegi beli je rm2 satu cup pastu makan..hehe senang kan.

Bila da duk di perantauan ni kena buat² rajin la cikit kalau nk makan. Sape² yg nak tgk movie kt bilik tu bleh try buat cup corn ni. Syok kot makan jugung sbil tgk movie, kalah popcorn tau. Yg duk asrama tu kukus jagung pakai rice cooker, Boleh je. Kteorg dlu kukus pau dalam rice cooker lagi..hehe






Bahan - Bahan :

1 paket isi Jagung
secubit Garam
Butter
Susu Pekat





Cara - Cara :

1.     Amik jagung dalam peti ais kemudian potong plastik die....hehe (saje je nk tulis sebab  nak bykkn step cara²).



2.     Masukkan jagung ke dalam pengukus kemudian kukus jagung sehingga masak.




3.     Gaulkan jagung dengan sedikit butter then masukkan garam dan susu pekat sesedap rasa. Kalau dari baka diabetes tu leh letak susu pekat manyak² pastu ilang kaki...heeeee

ciappp...





Nyum²...sekelip mata je ni bleh abis...=)







Bye²...