Monday, June 23, 2014

Kentang Goreng Ranggup...krukk...krukk~




Assalamualaikum...



Haluuuuuuu...




Oleh kerana org di sana (incik suami) suke makan kentang maka org di sini pun try cari cara nk kasi kentang goreng crispy macam fries kepci & McD tu. Kt Osaka ni ade la kepci & McD tp status halal tu x mcm tempat kita so better x pyah try la makan kt citu.

Biasanya klau kite goreng kentang sdiri mesti lembik & mengecewakan kannnnn? Arini org di cini nak share cara utk membuatkan kentang goreng ranggup & crispy.





Bahan-Bahan:

Ubi kentang
Garam
Air (untuk merebus)
Minyak (untuk menggoreng)
Sos Cili
Mayonis yang putih gebu..hehe

Cara-Cara:

  1. Cuci Ubi kentang & kupas kulitnya, Potong ubi tadi panjang² mcm fries yg jual kt kepci tu. 
  2. Rebus kentang dengan air dan sedikit garam. Biarkan dalam 2-3 minit. 
  3. Toskan kentang tadi dan bilas dengan air sejuk. 
  4. Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng kentang yg telah siap direbus tadi. Make sure kentang korg td betol² dah ditoskan b4 masuk dlm minyak panas, takot t terkena minyak pnas bila msukkn kentang. 
  5. Goreng kentang sehingga kekuningan. 
  6. Angkat kentang kemudian sejukkn selama 1 jam (aq ltak dlm peti ais j). 
  7. Selepas itu, goreng kentang yg telah disejukkn tadi skali lagi sehingga masak. 
  8. Hidangkan dengan sos cili & mayonis..Mkn tyme panas²..sedapppp



Selamat Mencuba.

Thursday, June 19, 2014

Homemade Takoyaki




Assalamualaikum...



Haluuuuuuu...




Alhamdulillah da hampir 3 minggu bertukar status dari Cik yang comel kepada Puan yang comel...heee~ Harini nak share resepi Takoyaki. Takoyaki ni makanan org jepun tp da mula jd kegemaran org Malaysia. Kt Osaka ni byk sgt kedai yg jual Takoyaki tp sos takoyaki die tu x sure Halal ke x. So, jum kita masak Takoyaki sdiri.


Bahan-Bahan adunan Takoyaki:

200g tepung takoyaki
650ml air
sebijik telur
( Campurkan semua bahan, kacau sehingga sebati & x berketul²)


Bahan-Bahan untuk inti:

Sotong, Isi ayam, crab stick (kena rebus dlu)
Kubis (dihiris nipis)
Daun Bawang (klau korg suke,aq x ltak)

Bahan-Bahan utk tabur:

sos takoyaki (aq buat sdiri)
mayonis putih gebu..hehe
serbuk nori (seaweed)
bonilo flakes


Bahan-Bahan sos Takoyaki:

1 cwn sos tomato
air asam jawa
kicap
2 ulas bwg putih
2 hiris halia
( Masukkn semua bahan di dalam periuk pada api yg sederhana
 dan kacau sehingga sos menjadi pekat)


Cara-Cara:



  1. Panaskn pan takoyaki & sapukn minyak ckit.
  2. Masukkn adunan Takoyaki ke ats pan kemudian letak isi yg telah disediakan dan letak hirisan kubis, klau suka daun bawang, korg bleh tambahkn daun bwg juga.
  3. Sengetkan Takoyaki bila tepung da mula masak,tambahkn adunan tadi pada ruang² kosong takoyaki. Buat bulat cantik² tau.

  4. Bila Takoyaki da jadi bulat, korg bleh pusing² kt pan tu tuk biarkan setiap sudut takoyaki tu masak...heheheh ayat skema "setiap sudut okkkkk"
  5. Angkat Takoyaki yg sudah masak.
  6. Tuangkn sos Takoyaki, mayonis, serbuk nori dan bonilo flakes.

TADAAA ciappp!!!!



Makan tyme panas² sdappp tp kena hati² t melecur lidah.


Selamat Mencuba